Rabu, 23 Disember 2009

ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT: AQIDAH SULTAN SELANGOR DARUL EHSAN AL-MARHUM AL-SULTANUL-MU^AZZAM ^ALA'UD-DIN SULAYMAN SHAH

al-Sultanul-Mu^azzam ^Ala'ud-Din Sulayman Shah berada di atas mimbar

Al-Sultanul-Mu^azzam ^Ala’ud-din Sulayman Shah berkata dalam kitab baginda Pohon Agama; Bahagian Rukun Iman[1]:
“5. “Qiyamuhu bi-nafsi-hi” maka bukan Ia jirim (mengambil lapang) dan bukan Ia ^arad (barang yang berkehendak kepada tempat pendiriannya). Maka tiada Ia di atas sesuatu dan tiada Ia di bawah sesuatu dan tiada ada kanan sesuatu dan tiada di kiri sesuatu dan tiada di hadapan sesuatu dan tiada di belakang sesuatu dan tiada bagi-Nya atas dan tiada bagi-Nya bawah dan tiada bagi-Nya kanan dan [tiada] bagi-Nya kiri dan tiada bagi-Nya hadapan dan tiada bagi-Nya belakang dan tiada bermasa dan tiada bertempat dan tiada disifatkan zat-Nya dengan kecil atau besar atau panjang atau pendek dan tiada bersifat zat-Nya dengan warna putih atau kuning atau hijau atau barang sebagainya dan tiada bermasuk-masukkan dengan sesuatu dan tiada Ia mengambil manfaat atau kerana menolakkan mudarat.”. Intaha [dipindahkan dari tulisan jawi]

Aqidah yang ditulis oleh al-Marhum al-Sultan Sulayman Shah di atas adalah aqidah yang telah diijmakkan (disepakati) oleh Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah seperti yang telah dijelaskan oleh para ulama muktabar. Antara ulama muktabar tersebut ialah al-Imam Abu Mansur ^Abdul-Qahir al-Baghdadi. Beliau telah menjelaskan kesepakatan tersebut dalam kitab beliau al-Farq baynal-Firaq (sila lihat dalam http://al-masabihul-munawwirah.blogspot.com/).

Justeru, dengan berbesar hatinya disarankan kepada pihak berkuasa dalam hal ehwal agama Islam setiap negeri termasuk Jabatan Mufti dan JAIS di Selangor agar mengenakan tindakan yang sangat tegas, cekap dan segera kepada sesiapa sahaja yang menyebar ajaran tajsim seperti mereka yang beraqidah bahawa kewujudan Allah mesti bertempat. Inilah aqidah kufur yang telah dan sedang disebarkan oleh puak al-Wahhabiyyah di seluruh Malaysia termasuk di Selangor.

Tindakan pihak berkuasa sangat diperlukan di samping pihak-pihak lain yang bertindak sekadar dengan lisan dan tulisan.

WaLlahu a^lam wa-ahkam.
__________________________

[1] Al-Sultanul-Mu^azzam ^Ala’ud-Din Sulayman Shah, Pohon Agama; Bahagian Rukun Iman, Khazanah al-Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1325 H/ 2005 R, hlm. 10.

__________________________

Berikut adalah gambar halaman 10 dan kulit depan dari kitab Pohon Agama:







Ahad, 20 Disember 2009

SANGGAHAN DAN NASIHAT IMAN KE ATAS DAKWAAN DR. FAUZI DERAMAN

Dr. Fauzi bin Deraman berkata dalam al-Kulliyyah TV3: Satu Aqidah, bertempat di DBP Kuala Lumpur:
“…Jadi sebab itulah rasa saya, tradisi keterbukaan dan tradisi ilmu kita saya rasa perlu disebarkan. Dan berkaitan juga dengan apa yang saya cadangkan tadi..apa namanya.. tradisi atau manhaj mengajar aqidah dan juga perlu diubah. Tidak dengan talqin sahaja, belajar macam-macam; wujud ertinya ada, lawan tiada, mustahil ada, akhirnya tak de”. Intaha.

Pesanan: Sila cari dan lihat sendiri rakaman video al-Kulliyah di atas melalui youtube.
Sanggahan dan Nasihat:

1. Apakah manhaj sebagai gantian kepada manhaj al-Imam al-Ash^ari dan al-Imam al-Maturidi yang sudah diterima seluruh dunia Islam sejak berzaman? Amaran saya, jika manhaj yang dimaksudkan itu manhaj al-Wahhabiyyah yang sememangnya mengandungi aqidah tajsim dan tashbih, maka itu merosakkan aqidah umat Islam. Nasihat saya, jika manhaj yang dimaksudkan itu manhaj yang didokong oleh para ulama muktabar pada zaman salaf seperti al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik, al-Imam al-Shafi^i, al-Imam Ahmad ibn Hanbal dan selain mereka, maka itu amat dialu-alukan lantaran mereka membawa manhaj yang berbeza dengan puak al-Wahhabiyyah al-Mujassimah al-Mushabbihah. Manhaj ulama salaf itu sama dengan manhaj al-Imam al-Ash^ari dan al-Imam al-Maturidi dari sudut aqidah tanzih iaitu aqidah yang menquduskan Allah dari penyerupaan dan persamaan dengan makhluk, meskipun mereka berbeza sedikit dari sudut ta’wil nusus mutashabihat.

2. Kata-kata Dr. Fauzi di atas mengandungi maksud untuk mempelekeh manhaj pengajian aqidah tauhid di sisi al-Asha^irah dan al-Maturidiyyah. Namun, dalam masa yang sama dia melampaui batas sehingga melakukan pembohongan dan pendustaan ke atas manhaj pengajian tauhid tersebut. Tiada suatu ungkapan pun dalam kitab-kitab dan pengajian tauhid di pondok-pondok pengajian ilmu Islam seperti yang didakwa Dr. Fauzi itu iaitu; “…mustahil ada, akhirnya tak de”. Omongan Dr. Fauzi ini suatu pendustaan yang nyata!! Adakah Dr. Fauzi mahu menafikan kesahihan iman umat Islam dan mengkafirkan mereka sejak seribu tahun yang lalu (iaitu sejak tersebarnya manhaj al-Imam al-Ash^ari dan al-Imam al-Maturidi dalam pengajian tauhid) sehingga kini?! Nasihat saya kepada Dr. Fauzi, lain kali sebelum bercakap fikir dulu, pilih perkataan yang baik dan selepas itu ungkapkanlah dengan cara yang terbaik. Ini lebih sesuai dengan kedudukan anda sebagai "Dr." dalam pengajian Islam.
3. Aqidah yang dibawa oleh al-Asha^irah dan al-Maturidiyyah adalah aqidah tauhid dan bukannya aqidah syirik dan aqidah ta^til (aqidah yang menafikan kewujudan Allah)! Aqidah tauhid yang disebarkan oleh al-Asha^irah al-Maturidiyyah ialah mengithbatkan kewujudan Allah dan segala kesempurnaan yang layak dengan-Nya serta menquduskan-Nya dari segala kekurangan dan kelemahan. Nasihat saya kepada Dr. Fauzi dan yang menyokongnya, lihatlah kitab-kitab al-Asha^irah al-Maturidiyyah serta hadirilah majlis pengajian mereka terutama di pondok-pondok pengajian Islam. Seterusnya, bertaubatlah di atas pembohongan anda ini. Ajakan taubat ini juga ditujukan kepada hadirin yang ketawa kerana memperlekeh ketika Dr. Fauzi mengungkap perkataan tersebut.
4. Jika Dr. Fauzi memaksudkan “..akhirnya tak de” dengan makna: "akhirnya manhaj pengajian tauhid al-Asha^irah al-Maturidiyyah ini akan hilang", maka pihak yang berusaha untuk mentiadakannya ialah peribadi seperti Dr. Fauzi, Dr. Mohd. Asri dan seumpama dengan mereka yang digelar sebagai al-Wahhabiyyah. Nasihat saya kepada al-Asha^irah, bangkitlah menyebarkan aqidah tauhid menurut manhaj al-Imam al-Ash^ari dengan bersungguh-sungguh demi menjaga aqidah umat Islam sebelum puak al-Wahhabiyyah menghilangkannya dari bumi Malaysia. Ingat dan awas! Mereka telahpun berjaya menghilangkannya dalam sukatan pelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam KBSM.

5. Pesanan saya, jauhi peribadi yang cuba mempertikaikan manhaj al-Imam al-Ash^ari dan al-Imam al-Maturidi dalam pengajian aqidah tauhid. Ini kerana biasanya mereka adalah daripada kalangan puak yang membawa aqidah tajsim dan tashbih yang merosakkan dan membatalkan iman.
WaLlahu a^lam…

Jumaat, 18 Disember 2009

ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT: AQIDAH JAKIM



Bahagian Hal Ehwal Agama Islam (BAHEIS) [sekarang dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)], Jabatan Perdana Menteri sejak tahun 1393 H/ 1973 R telah menerbitkan sebuah kitab yang berjudul Mestika Hadis Rasulullah SallaLlahu ^Alayhi Wa Sallam yang ditulis dan disusun secara kerjasama oleh Sohibul-Fadilah Dato’ Hj. Muhammad Nor bin Hj. Ibrahim, Tn. Hj. Ismail bin Hj. Yusuf dan al-Sheikh Abdullah bin Muhammad Basmeih. Di jilid 1 kitab tersebut ada dinyatakan aqidah tanzih yang menquduskan Allah dari jisim, arah, tempat dan masa. Berikut adalah petikannya[1]:
“Dengan sabitnya keesaan yang sebenarnya bagi Allah taala, maka nyatalah bahawa wujud zat-Nya bersih suci daripada tersusun yang membawa kepada berjisim atau berpihak”. Intaha [Ditransliterasikan dari tulisan jawi].

Kemudian ketika menjelaskan makna ayat 11 surah al-Shura ada dinyatakan[2]:
“(4) Menyalahi segala rupa bentuk, segala corak warna dan segala cara dan gaya yang didapati oleh pancaindera atau yang difikirkan oleh akal, juga berkeadaan tidak diliputi oleh masa atau tempat ta^alaLlahu ^amma yasifun. Intaha [Ditransliterasikan dari tulisan jawi].

Aqidah yang dibawa oleh JAKIM di atas adalah aqidah yang diijmakkan oleh Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah (Sila lihat http://al-masabihul-munawwirah.blogspot.com/ untuk maklumat lanjutan berkenaan Allah ada tanpa bertempat). Oleh itu, pihak berkuasa dalam hal ehwal agama Islam di Malaysia hendaklah berlaku tegas ke atas sesiapa sahaja yang membawa aqidah kufur tajsim dan tashbih seperti puak al-Wahhabiyyah yang berkata bahawa Allah mempunyai anggota tangan, kaki, mata dan muka dan bahawa kewujudan Allah hanya boleh disabitkan apabila Allah taala bertempat di suatu tempat.
Bertindaklah dengan segera demi menjaga dan menyelamatkan aqidah umat Islam di Malaysia!!!

Allahu akbar!!!
WaLlahu a^lam…


_____________________________

[1] Muhammad Nor bin Hj. Ibrahim (Dato’ Hj.), Ismail bin HJ. Yusuf (Hj.)dan Abdullah bin Muhammad Basmieh, Mestika Hadis RasuluLlah sallaLlahu ^alayhi wa sallam, Bahagian Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1421 H – 2000 R, cet. 8, hlm. 181.
[2] Ibid, hlm. 183.

Khamis, 17 Disember 2009

WAHHABI SUATU MISTERI? WAHHABI SUATU LANJUTAN MAZHAB HANBALI? WAHHABI TIDAK SESUAI DI MALAYSIA?

(1) WAHHABI ITU MAZHAB HANBALI?

Ada pihak menyangka bahawa puak Wahhabi itu adalah lanjutan daripada mazhab Hanbali. Soalnya, kenapa ada di kalangan ulama besar dalam mazhab Hanbali sendiri turut menyanggah puak Wahhabi dan tokoh-tokoh rujukan mereka? Jawabnya, kerana tokoh-tokoh tersebut menganut fahaman kufur tajsim dan tashbih dan kerana mereka menyalahi beberapa perkara ijmak. Oleh itu, sebelum kemunculan Ibn Taymiyyah (w. 728 H) dan pergerakan Wahhabi lagi mereka secara umumnya telah digelar sebagai mujassimah mushabbihah.

Antara tokoh mujassimah mushabbihah yang bermazhab fiqh Hanbali atau yang mendakwa bermazhab fiqh Hanbali ialah Abu ^Abdillah ibn Hamid, Abu Ya^la, Ibn al-Zaghuni, Ibn Taymiyyah al-Harrani, Ibnul-Qayyim al-Jawziyyah, pentaqlid Ibn Taymiyyah Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab al-Najdi pengasas ajaran Wahhabi dan pengikutnya yang digelar al-Wahhabiyyah atau al-Qarniyyah.


Sebahagian Senarai Ulama Mazhab Hanbali Yang Menyanggah Mujassimah Mushabbihah

1. Al-Imam al-Hafiz al-Mufassir Abul-Farj ^Abdr-Rahman ibn al-Jawzi al-Hanbali (w. 597 H) menyanggah mujassimah mushabbihah seperti Abu ^Abdillah ibn Hamid, Abu Ya^la dan Ibn al-Zaghuni yang menyelinap dalam institusi mazhab Hanbali melalui kitab beliau:
· Daf^ Shubahit-Tashbih bi-Akuffit-Tanzih fir-Radd ^alal-Mujassimah wal-Mushabbihah
· Al-Bazul-Ashhab al-Munqid ^ala Mukhalifil-Madhhab.
2. Al-Qadi Ahmad ibn ^Umar al-Maqdisi al-Hanbali. Penglibatan beliau dalam menyanggah Ibn Taymiyyah dapat dilihat dalam kitab ^Uyunut-Tawarikh oleh al-Mu’arrikh Ibn Shakir al-Kutbi (w. 764 H) dan Najmul-Muhtadi wa Rajamul-Mu^tadi oleh al-Mu’arrikh al-Faqih al-Mutakallim al-Fakhr Ibnul-Mu^allim al-Qurashi (w. 725 H).
3. Qadi Qudah al-Madinah al-Munawwarah Abu ^AbdiLlah Muhammad ibn Musallam ibn Malik al-Salihi al-Hanbali (w. 726 H)
4. Al-Hafiz ^Abdur-Rahman ibn Ahmad yang dikenali dengan nama Ibn Rajab al-Hanbali (w. 795 H) menyanggah pendapat Ibn Taymiyyah menyalahi ijmak berkenaan talak tiga sekaligus melalui kitab beliau:
· Bayan Mushkilil-Ahadith al-Waridah fi annat-Talaqath-Thalath Wahidah
5. Al-Shaykh Sulayman ibn ^Abdil-Wahhab al-Hanbali saudara Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab al-Najdi pengasas al-Wahhabiyyah menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Sawa^iq al-Ilahiyyah fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
· Faslul-Khitab fir-Radd ^ala Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab
6. Al-Shaykh Abul-^Awn Shamsud-Din Muhammad ibn Ahmad ibn Salim yang dikenali sebagai Ibn Safarini al-Nabulusi al-Hanbali (w. 1188 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Ajwibatun-Najdiyyah ^an al-As’ilatin-Najdiyyah
7. Al-Shaykh ^Abdullah ibn Awdah yang digelar sebagai Sufan al-Qadumi al-Hanbali (w. 1331 H) seorang alim bermazhab Hanbali di Hijaz dan Syam. Beliau menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Rihlatul-Hijaziyyah war-Riyad al-Unsiyyah fil-Hawadith wal-Masa’il
· Al-Radd ^alal-Wahhabiyyah
8. Al-Mufti Mustafa ibn al-Shaykh Ahmad ibn Hasan al-Shati al-Dimashqi al-Hanbali yang pernah menjawat sebagai Qadi di Dawma (w. 1348 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Risalatun fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
· Al-Nuqulush-Shar^iyyah fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
9. Al-Mufti Ahmad ibn Hasan al-Shati al-Dimashqi al-Hanbali menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Radd ^alal-Wahhabiyyah
10. Al-Shaykh Muhammad ibn ^Abdir-Rahman al-Hanbali menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Tahakkumul-Muqallidin bi-man Idd^a Tajdidad-Din
11. Al-Shaykh Ibn ^Abdir-Razzaq al-Hanbali menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam masalah ziarah kubur Nabi Muhammad melalui kitab beliau:
· Al-Jawabat fiz-Ziyarah
12. Al-Shaykh ^Abdul-Muhsin al-Ashqiri al-Hanbali Mufti di al-Zubayr, Basrah menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam masalah ziarah dan tawasul dengan para nabi dan solihin melalui kitab beliau:
· Al-Radd ^alal-Wahhabiyyah
13. Al-Shaykh ^Afifud-Din ibn ^Abdillah ibn Dawud al-Hanbali menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· al-Sawa^iq war-Ru^ud



(2) WAHHABI ITU BENAR TETAPI TIDAK SESUAI DI MALAYSIA?

Ada pihak yang mendakwa bahawa ajaran dan fahaman Wahhabi tidak sesuai di Malaysia meskipun ajaran Wahhabi itu benar. Soalnya, adakah benar ajaran Wahhabi itu hanya tidak sesuai di Malaysia? Adakah betul ajaran Wahhabi itu suatu ajaran yang benar? Jawabnya, ajaran Wahhabi itu bukan hanya tidak sesuai di Malaysia sahaja, bahkan tidak sesuai di mana-mana tempat pun di dunia ini!! Ajaran Wahhabi juga bukan suatu ajaran yang benar kerana seluruh tokoh besar ulama empat mazhab menolak aqidah kufur tajsim yang merupakan salah satu ajaran dan fahaman sesat Wahhabi.

Setelah sebahagian ulama mazhab Hanbali disenaraikan di atas, berikut pula adalah sebahagian senarai ulama mazhab Shafi^i (ramai di dunia Arab seperti Mesir, Hijaz, Syam, Somalia, Habsyah dan Yaman juga di Asia Tenggara dan lain-lain), Maliki (ramai di dunia Arab seperti di Hijaz, Iraq, Mesir, Sudan, Libya, Tunisia, Nigeria dan Maghribi dan lain-lain) dan Hanafi (ramai di dunia Arab seperti Hijaz, Syam, Mesir dan Iraq juga ramai di Turki, Afghanistan, Pakistan, India dan China dan lain-lain) yang menolak aqidah tajsim dan tashbih serta beberapa perkara sesat yang lain yang dibawa oleh puak mujassimah mushabbihah sebelum zaman al-Mujassim Ibn Taymiyyah sehingga zaman kewujudan al-Mujassimah al-Wahhabiyyah.

Sebahagian Senarai Ulama Mazhab Shafi^i Yang Menyanggah Mujassimah Mushabbihah

1. Sultanul-^Ulama’ ^Izzud-Din ^Abdul-^Aziz ibn ^Abdis-Salam al-Sulami (w. 660 H) menyanggah puak mujassimah yang berselindung di sebalik slogan aqidah Salaf dan aqidah al-Imam Ahmad ibn Hanbal dalam kitab beliau:
· Al-Milhah fi I^tiqad Ahlil-Haqq
· Al-Radd ^alal-Mubtadi^ah wal-Hashwiyyah
2. Al-Qadi al-Mufassir Badrud-Din Muhammad ibn Ibrahim ibn Jama^ah al-Shafi^i (w. 733 H)
3. Al-Shaykh al-Faqih Nurud-Din ^Ali ibn Ya^qub al-Bakri al-Shafi^i (w. 724 H)
4. Al-Shaykh Kamalud-Din Muhammad ibn Abil-Hasan ^Ali al-Siraj al-Rifa^i al-Qurashi al-Shafi^i menyanggah Ibn Taymiyyah melalui kitab beliau:
· Tuffahul-Arwah wa Fattahul-Arbah
5. Al-Shaykh al-Faqih Shamsud-Din Muhammad ibn ^Adlan al-Shafi^i (w. 749 H). Beliau pernah berkata: “Sesungguhnya Ibn Taymiyyah berkata: “Sesungguhnya Allah di atas Arasy dengan sifat atas yang hakiki dan sesungguhnya Allah berkata-kata dengan suatu huruf dan suatu suara”.”.
6. Al-Imam al-Hafiz al-Mujtahid Taqiyyud-Din al-Subki al-Shafi^i (w. 756 H) menyanggah al-Mujassim Ibn Taymiyyah al-Harrani dalam pelbagai masalah melalui kitab-kitab beliau:
· Al-I^tibar bi-Baqa’il-Jannah wan-Nar
· Al-Durratul-Madiyyah fir-Radd ^ala Ibn Taymiyyah
· Shifa’us-Saqam fi Ziyarah Khayril-Anam
· Al-Nazarul-Muhaqqaq fil-Halaf bit-Talaqil-Mu^allaq
· Naqdul-Ijtima^ wal-Iftiraq fi masa’ilil-Ayman wat-Talaq
· Al-Tahqiq fi Mas’alatit-Ta^liq
· Raf^ush-Shiqaq ^an Mas’alatit-Talaq
7. Al-Qadi Safiyud-Din al-Hindi al-Shafi^i (w. 715 H)
8. Al-Muhaddith al-Mufassir al-Usuli al-Faqih Muhammad ibn ^Umar ibn Makki yang dikenali sebagai Ibn al-Murahhil al-Shafi^i (w. 716 H)
9. Al-Faqih al-Muhaddith ^Ali ibn Muhammad al-Baji al-Shafi^i (w. 714 H) pernah berdebat dengan Ibn Taymiyyah di empat belas tempat dan beliau mengalahkannya.
10. Al-Mu’arrikh al-Faqih al-Mutakallim al-Fakhr Ibnul-Mu^allim al-Qurashi al-Shafi^i (w. 725 H) menyanggah Ibn Taymiyyah melalui kitabnya:
· Najmul-Muhtadi wa Rajmul-Mu^tadi
11. Al-Qadi al-Shaykh Kamalud-Din ibn al-Zamlakani al-Shafi^i (w. 727 H) berdebat dengan Ibn Taymiyyah dengan dua risalah iaitu pertama dalam masalah talak tiga sekaligus dan kedua dalam masalah ziarah.
12. Al-Shaykh Shihabud-Din Ahmad ibn Yahya al-Kilabi al-Halabi yang dikenali sebagai Ibn Jahbal al-Shafi^i (w. 733 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam tulisan beliau:
· Risalatun fi Nafyil-Jihah
13. Al-Faqih al-Muhaddith Jalalud-Din Muhammad al-Qazwini al-Shafi^i (w. 739 H)
14. Al-Hafiz al-Dhahabi al-Shafi^i (w. 748 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam dua tulisan beliau:
· Bayan Zaghlil-^Ilm wat-Talab
· Al-Nasihat al-Dhahabiyyah
15. Al-Hafiz al-Faqih al-Usuli Abu Sa^id Khalil Salahud-Din al-^Ala’i al-Shafi^i (w. 761 H) mencela Ibn Taymiyyah dalam kitab Dhakh’irul-Qasr fi Tarajum Nubala’il-^Asr oleh Ibn Tulun di halaman 32 - 33. Al-Hafiz al-^Ala’I juga menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Ahadith Ziayarah Qabrin-Nabi
16. Al-Faqih al-Shaykh Tajud-Din al-Subki al-Shafi^i (w. 771 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Tabaqatush-Shafi^iyyatil-Kubra
17. Al-Hafiz Ibn Hajar al-^Asqalani al-Shafi^i (w. 852 H) mendedahkan pandangan ulama terhadap kesesatan Ibn Taymiyyah dan beliau sendiri menyanggah penyelewengan Ibn Taymiyyan melalui kitab-kitab beliau:
· Al-Durarul-Kaminah fi A^yanil-Mi’atith-Thaminah
· Lisanul-Mizan
· Fathul-Bari Sharh Sahih al-Bukhari
· Al-Isharah bi-Turuq Hadithiz-Ziyarah
· Al-Ajwibatul-Mardiyyah fir-Radd ^alal-As’ilatil-Makkiyyah
18. Al-Faqih al-Mu’arrikh Ibn Qadi Shuhbah al-Shafi^i (w. 851 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Tarikh Ibn Qadi Shuhbah
19. Al-Faqih al-Shaykh Taqiyyud-Din Abu Bakr al-Hisni al-Shafi^i (w. 826 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan mendedahkan kesepakatan ulama empat mazhab sezaman di atas kekufuran Ibn Taymiyyah melalui kitab beliau:
· Daf^ Shubah Man Shabbaha wa Tamarrad wa Nasaba Dhalika ilal-Imam Ahmad
20. Al-Hafiz al-Sakhawi al-Shafi^i (w. 902 H) menyanggah Ibn Taymiyyah melalui kitab beliau:
· Al-I^lan bit-Tawbikh li-man Dhammat-Tarikh
21. Al-Shaykh Ibn Hajar al-Haytami al-Shafi^i (w. 974 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Fatawal-Hadithiyyah
· Al-Jawharul-Munazzam fi Ziyaratil-Qabril-Mu^azzam
22. Al-Shaykh ^Abdur-Ra’uf al-Munawi al-Shafi^i (w. 1031 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Sharhush-Shama’il lit-Tirmidhi
23. Al-Muhaddith Muhammad ibn ^Ali ibn ^Illan al-Siddiqi al-Makki al-Shafi^i (w. 1057 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Mubarridul-Mubki fi Raddis-Sarimil-Munki
24. Al-Shaykh ^Abdullah ibn ^Abdul-Latif al-Shafi^i pernah menjadi guru kepada pengasas Wahhabiyyah Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab. Beliau telah menyanggah Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab melalui kitab beliau:
· Tajrid Sayfil-Jihad li-Muda^il-Ijtihad
25. Al-Shaykh Muhammad ibn Sulayman al-Kurdi al-Shafi^i pernah menjadi guru kepada pengasas Wahhabiyyah Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab. Beliau menyanggah Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab dalam kitab beliau:
· Al-Radd ^ala Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab
26. Al-Mufti al-Sayyid Ahmad ibn Zayni Dahlan al-Shafi^i (w. 1304 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam melalui kitab beliau:
· Al-Durarus-Sunniyyah fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
· Fitnatul-Wahhabiyyah
27. Al-^Allamah Barakat al-Ahmadi al-Makki al-Shafi^i menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Raddun ^ala Ibn ^Abdil-Wahhab
28. Al-Shaykh Muhammad Salih al-Zamzami al-Shafi^i imam di Maqam Ibrahim di Mekah
· Al-Radd ^alal-Wahhabiyyah
29. Al-^Allamah al-Sayyid Yusuf al-Batah al-Ahdal al-Zabidi al-Makki al-Shafi^i (w. 1246 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Risalatun fi Jawazil-Istighathah wat-Tawassul
30. Al-Shaykh Zaynul-^Abidin ibn Muhammad al-Fatani mendedahkan dan menolak kesesatan puak mujassimah di zaman beliau dalam kitab beliau:
· Irshadul-^Ibad ila Sabilir-Rashad
31. Al-Shaykh Ahmad Khatib ibn ^Abdul-Latif al-Minankabawi imam mazhab Shafi^i di Masjidil-Haram menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Khattul-Mardiyyah fi Radd Shubhah Man Qal bi-Bid^atit-Talaffiz bin-Niyyah
32. Al-Shaykh Hasanud-Din ibn Muhammad Ma^sum ibn Abi Bakr al-Dali al-Jawi al-Shafi^i menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Qutufatus-Sunniyyah li-Man^ Ba^d ma fil-Fawa’idil-^Aliyyah
33. Al-Musnid al-Habib al-Sayyid Abul-Ashbal Salim ibn Husayn ibn Jindan al-Indunisi al-Shafi^i (w. 1389 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Khulasatul-Kafiyah fil-Asanidil-^Aliyah
34. Al-Faqih al-Habib al-Sayyid ^Alawi ibn Tahir al-Haddad al-Hadrami al-Shafi^i Mufti Negeri Johor mendedahkan kesesatan puak al-Wahhabiyyah yang digelar Kaum Muda dalam kitab beliau:
· Fatwa Mufti Kerajaan Negeri Johor
35. Al-^Allamah al-Habib al-Sayyid ^Alawi ibn Ahmad al-Haddad al-Shafi^i (w. 1222 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Sayful-Batir li-^Unuqil-Munkir ^alal-Akabir
· Misbahul-Anam wa Jila’uz-Zalam fi Radd Shubahil-Bid^iyyil-Najdiyyillati Adalla bi-hal-^Awam
36. Al-Shaykh Salamah al-^Azami al-Quda^i al-Misri al-Shafi^i menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Furqanul-Qur’an bayn Sifatil-Khaliq wa Sifatil-Akwan. Dalam kitab ini beliau menyanggah aqidah tajsim Ibn Taymiyyah dan al-Wahhabiyyah.
· Al-Barahinus-Sati^ah fi Radd Ba^dil-Bida^ish-Sha’i^ah
· Maqalat fi Jaridatil-Muslim (al-Misriyyah)
· Risalatun fi Ta’yid Madhhabis-Sufiyyah war-Radd ^alal-Mu^taridin ^alayhim
37. Al-Shaykh Ahmad ibn ^Ali al-Basri al-Qabbani al-Shafi^i menyanggah puak al-Wahhabiyyah dengan kitab beliau:
· Faslul-Khitab fi Radd Dalalat Ibn ^Abdil-Wahhab
38. Al-Shaykh ^Uthman ibn al-^Umari al-^Aqili al-Shafi^I menyanggah puak al-Wahhabiyyah dengan kitab beliau:
· Risalatun fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
39. Al-Shaykh al-Kiyahi Ihsan ibn Muhammad Dahlan al-Jamfasi al-Kadiri al-Indunisi al-Shafi^i menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Sirajut-Talibin ^ala Minhajil-^Abidin ila Jannah Rabbil-^Alamin
40. Al-Shaykh al-Kiyahi Sirajud-Din ^Abbas al-Indunisi al-Shafi^i (w. 1401 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· I^tiqad Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah
· Arba^inil-Masa’il-Diniyyah: Empat Puluh Masalah Agama
41. Al-Shaykh al-Kiyahi ^Ali Ma^sum al-Jukjawi al-Shafi^i (w. 1410 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Hujjah Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah
42. Al-Shaykh al-Kiyahi Ahmad ^Abdul-Halim al-Qindili al-Indunisi al-Shafi^i menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· ^Aqa’id Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah
43. Al-Shaykh al-Kiyahi Ahmad Makki ^Abdullah Mahfuz al-Indunisi al-Shafi^i menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Hisnus-Sunnah wal-Jama^ah fi Ma^rifah Firaq Ahlil-Bida^
44. Al-Shaykh al-Kiyahi Muhammad Shafi^I Hadhami ibn Muhammad Salih Ra’idi al-Indunisi Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia, Jakarta (1990 – 2000 R) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Tawdihul-Adillah
45. Al-Hafiz al-Muhaddith al-Zahid al-Shaykh ^Abdullah ibn Muhammad al-Harari al-Abdari al-Shaybi al-Rifa^i al-Shafi^i (w. 1429 H) mufti di Harar, Habsyah menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah dalam kitab-kitab beliau seperti:
· Al-Maqalatus-Sunniyyah fi Kashf Dalalat Ahmad ibn Taymiyyah
· Sarihul-Bayan fir-Radd ^ala Man Khalafal-Qur’an
· Al-Tahdhirush-Shar^iyyil-Wajib
. Bughyatut-Talib

Sebahagian Senarai Ulama Mazhab Maliki Yang Menyanggah Mujassimah Mushabbihah

1. Al-Qadi Muhammad ibn Abi Bakr al-Maliki
2. Al-Faqih al-Mutakallim al-Sufi al-Shaykh Tajud-Din Ahmad ibn ^Ata’iLlah al-Iskandari al-Shadhili (w. 709 H)
3. Qadi Qudah al-Malikiyyah ^Ali ibn Makhluf (w. 718 H). Beliau pernah berkata: “Ibn Taymiyyah berkata dengan aqidah tajsim dan di sisi kami barangsiapa yang berpegang dengan iktikad ini telah kafir dan wajib dibunuh”.
4. Al-Faqih al-Rahhalah Ibn Battutah (w. 779 H) mendedahkan kesesatan Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Rihlah Ibn Battutah
5. Al-Hafiz Waliyyud-Din Abu Zur^ah Ahmad ibn ^Abdur-Rahim al-^Iraqi al-Maliki (w. 826 H) menyanggah Ibn Taymiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Ajwibatul-Mardiyyah fir-Radd ^alal-As’ilatil-Makkiyyah
6. Al-Shaykh ^Umar ibn Abil-Yaman al-Lakhmi al-Fakihi al-Maliki (w. 734 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dengan kitab beliau:
· Al-Tuhfatul-Mukhtarah fir-Radd ^ala Munkiriz-Ziyarah
7. Al-Shaykh ^Isa al-Zawawi al-Maliki (w. 743 H) menyanggah Ibn Taymiyyah melalui kitab beliau:
· Risalatun fi Mas’alatit-Talaq
8. Shaykh Ifriqiya Abu ^Abdullah ibn ^Arafah al-Tunisi al-Maliki (w. 803 H)
9. Al-Shaykh Ahmad Zaruq al-Fasi al-Maliki (w. 899 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dengan kitab beliau:
· Sharh Hizbil-Bahr
10. Al-Shaykh Muhammad al-Razqani al-Maliki (w. 1122 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Sharhul-Mawahibil-Laduniyyah
11. Al-Shaykh Idris ibn Ahmad al-Wazani al-Fasi al-Maliki (dilahirkan pada 1272 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Nashrut-Tayyib ^ala Sharhish-Shaykh al-Tayyib
12. Mufti al-Madinah al-Munawwarah al-Shaykh al-Muhaddith Muhammad al-Khadir al-Shanqiti al-Maliki (w. 1353 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Luzumut-Talaqith-Thalath Daf^ahu bi-ma la Yastati^ul-^Alim Daf^ahu
· Qam^ Ahliz-Zaygh wal-Ilhad ^anit-Ta^n fi Taqlid A’immatil-Ijtihad
13. ^Alim Makkah Muhammad al-^Arabi al-Tabban al-Maliki (w. 1390 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Bara’atul-Ash^ariyyin min ^Aqa’idil-Mukhalifin
14. Al-Hafiz al-Mujtahid al-Shaykh al-Sayyid Ahmad ibn al-Siddiq al-Ghumari al-Maghribi al-Maliki (w. 1380 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah dalam kitab-kitab beliau seperti:
· Hidayatus-Sughara’
· Al-Qawlul-Jali
· Ihya’ul-Maqbur min Adillah Istihbab Bina’il-Masajid wal-Qubab ^alal-Qubur
15. Al-Muhaddith al-Shaykh al-Sayyid ^Abdullah ibn al-Siddiq al-Ghumari al-Maghribi al-Maliki (w. 1413 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah melalui kitab-kitab beliau seperti:
· Itqanus-Sin^ah fi Tahqiq Ma^nal-Bid^ah
· Al-Subhus-Safir fi Tahqiq Salatil-Musafir
· Al-Rasa’ilul-Ghumariyyah
16. Al-Shaykh al-Mashraqi al-Jaza’iri al-Maliki menyanggah al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Izharul-^Uquq min-man Mana^at-Tawassul bin-Nabi wal-Waliyyis-Saduq
17. Shaykhul-Islam di Tunisia al-Shaykh Isma^il al-Tamimi al-Maliki (w. 1248 H) menyanggah al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Radd ^ala Ibn ^Abdil-Wahhab
18. Al-Shaykh Ahmad al-Sawi al-Maliki menolak puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Hashiyatus-Sawi ^ala Tafsiril-Jalalayn
19. Al-Shaykh Ibrahim ibn ^Abdil-Qadir al-Tarabulusi al-Riyahi al-Tunisi al-Maliki (w. 1266 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Radd ^alal-Wahhabiyyah
20. Al-Shaykh Muhammad al-Sa^di al-Maliki menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Risalatul-Mardiyyah fir-Radd ^ala Man Munkiriz-Ziyaratil-Muhammadiyyah
21. Al-Shaykh Yusuf ibn Ahmad al-Dijwi al-Azhari al-Maliki (w. 1365 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab-kitab beliau:
· Risalatun fi Tasarrufil-Awliya’
· Al-Maqalat
22. Al-Shaykh ^Ali ibn Muhammad al-Mayli al-Jamali al-Tunisi al-Maghribi al-Maliki menyanggah aqidah tajsim puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Suyuful-Mashraqiyyah li-Qat^ A^naqil-Qa’ilin bil-Jihah wal-Jismiyyah
23. Al-Shaykh ^Abdul-^Aziz al-Qurashi al-^Alji al-Ahsa’i al-Maliki menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui tulisan beliau:
· Qasidatun fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah

Senarai Ulama Mazhab Hanafi Yang Menyanggah Mujassimah Mushabbihah

1. Al-Qadi Muhammad ibn al-Hariri al-Ansari al-Hanafi
2. Qadil-Qudah di Mesir al-Shaykh Ahmad ibn Ibrahim al-Saruji al-Hanafi (w. 710 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dengan kitab beliau:
· I^tiradat ^ala Ibn Taymiyyah fi ^Ilmil-Kalam
3. Al-Shaykh Ahmad ibn ^Uthman al-Turkamani al-Juzjani al-Hanafi (w. 744 H) menyanggah Ibn Taymiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Abhathul-Jaliyyah fir-Radd ^ala Ibn Taymiyyah
4. Al-^Allamah al-Shaykh ^Ala’ud-Din al-Bukhari al-Hanafi (w. 841 H) mengkafirkan Ibn Taymiyyah dan mengkafirkan sesiapa yang menamakannya sebagai Shaykhul-Islam dalam keadaan mengetahui kekufurannya. Ini telah disebut oleh al-Hafiz al-Sakhawi dalam kitab beliau al-Daw’ul-Lami^.
5. Al-Shaykh Muhammad ibn Ahmad Hamidid-Din al-Farghani al-Dimashqi al-Hanafi (w. 867 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dengan kitab beliau:
· Al-Radd ^ala Ibn Taymiyyah fil-I^tiqad
6. Al-Qadi al-Bayadi al-Hanafi (w. 1098 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Isharatul-Maram min ^Ibaratil-Imam
7. Al-Shaykh al-Mulla ^Ali al-Qari al-Hanafi (w. 1014 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dengan kitab beliau:
· Sharhushi-Shifa lil-Qadi ^Iyad
8. Al-Shaykh Ahmad al-Khafaji al-Misri al-Hanafi (w. 1069 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dengan kitab beliau:
· Sharhushi-Shifa lil-Qadi ^Iyad
9. Al-Shaykh ^Abdul-Ghani al-Nabulusi al-Dimashqi al-Hanafi (w. 1143 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam banyak kitab beliau.
10. Al-Shaykh Muhammad Bakhit al-Muti^i al-Hanafi pernah menjadi mufti di Mesir (w. 1354 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan al-Wahhabiyyah dengan kitab beliau:
· Tathirul-Fu’ad min Danasil-I^tiqad
11. Al-^Allamh al-Shaykh Muhammad Zahid al-Kawthari al-Hanafi (w. 1371 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah melalui kitab-kitab beliau seperti:
· Kitab Maqalatil-Kawthari
· Al-Ta^aqqubul-Hathith li-ma Yanfi-hi Ibn Taymiyyah minal-Hadith
· Al-Buhuthul-Wafiyyah fi Mufradat Ibn Taymiyyah
· Al-Ishfaq ^ala Ahkamit-Talaq
· Tahdhirul-Khalaf min Makhazi Ad^iya’is-Salaf
· Muhiqqul-Taqawwul fi Mas’alatit-Tawassul
12. Al-Shaykh Nu^man ibn Mahmud Khayrid-Din yang dikenali sebagai Ibn al-Alusi al-Baghdadi al-Hanafi (w. 1317 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Ajwibatun-Nu^maniyyah ^anil-As’ilah al-Hindiyyah fil-^Aqa’id
13. Al-Faqih al-Shaykh ^Ata al-Kasam al-Dimashqi al-Hanafi menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Aqwalul-Mardiyyah fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
14. Al-Muhaddith al-Shaykh Tahir Sunbul al-Hanafi menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Intisar lil-Awliya’il-Abrar
15. Al-Shaykh Muhammad al-Nafilati al-Hanafi mufti di al-Quds al-Sharif (masih hidup pada tahun 1315 H) menyanggah al-Wahhabiyyah dengan kitab beliau:
· Al-Tahriratur-Ra'iqah
16. Al-Shaykh HamduLlah al-Dajiwi al-Hindi al-Hanafi menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Basa’ir li-Munkiri al-Tawassul bi-Ahlil-Maqabir
17. Al-Shaykh ^Abdullah ibn Ibrahim al-Miraghni al-Hanafi yang mendiami Ta’if menyanggah al-Wahhabiyyah dengan kitab beliau:
· Tahridul-Aghniya’ ^alal-Istighathah bil-Anbiya’ wal-Awliya’
18. Al-Shaykh Dawud ibn Sulayman al-Baghdadi al-Naqshabandi al-Hanafi (w. 1299 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Sulhul-Ikhwan fir-Radd ^ala Man Qal ^alal-Muslimin bish-Shirk wal-Kufran
· Al-Mihnatul-Wahbiyyah fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
19. Al-Shaykh Muhammad Amin yang lebih dikenali sebagai Ibn ^Abidin al-Dimashqi al-Hanafi menolak puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Raddul-Muhtar ^alad-Durril-Mukhtar
20. Al-Shaykh ^Abdur-Rahman al-Hindi al-Dilhi al-Hanafi menyanggah al-Wahhabiyyah dengan kitab beliau:
· Rawdul-Majal fir-Radd ^ala Ahlid-Dalal
21. Al-Shaykh Ahmad ibn ^Abdil-Ahad al-Faruqi al-Naqshabandi al-Hanafi menyanggah al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-^Aqa’idut-Tis^


(3) WAHHABI SUATU PERKARA KHILAFIYYAH?

Perkara khilafiyyah ialah perkara yang menjadi perselisihan pendapat di antara ulama mujtahidin seperti perselisihan di antara empat imam mazhab yang utama. Khilafiyyah seperti ini suatu yang dibenarkan kerana berlaku dalam lingkungan perkara furu^iyyah (cabangan) dan ­ijtihad ulama mujtahidin. Manakala tiada seorang tokoh pun di kalangan Wahhabiyyah yang bertaraf mujtahid. Oleh itu, jika ada yang mendakwa bahawa Wahhabi ialah puak yang tidak bermazhab Shafi^i seperti tidak membaca qunut solat Subuh dan menghukum amalan tersebut sebagai bidaah, maka takrifan ini tidak tepat. Kenapa? Kerana seluruh tokoh besar selain mazhab Shafi^i iaitu mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali yang tidak mengamalkan qunut itu pun turut menolak puak Wahhabi seperti senarai di atas. Ini menunjukkan bahawa perselisihan Wahhabi bukan setakat dengan mazhab Shafi^i sahaja. Malah, mereka berselisih pendapat dengan empat mazhab yang muktabar. Bahkan, sebenarnya puak Wahhabi menyalahi ijmak ulama Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah dalam perkara aqidah dan syariat. Maknanya, persoalan Wahhabi tidak wajar dianggap perkara khilafiyyah, bahkan, sewajarnya Wahhabi ini dianggap telah mencarik ijmak.

Antara perkara aqidah yang telah diijmakkan dan puak Wahhabi menyalahinya ialah aqidah bahawa Allah ada tanpa bertempat. Puak Wahhabi beranggapan bahawa kewujudan Allah mesti bertempat kerana bagi mereka sesuatu yang tidak bertempat ada suatu yang tiada. Maha suci Allah… Ini suatu kesesatan dan kekufuran yang nyata!!!


(4) WAHHABI SUATU MISTERI?

Tulisan ini tidak mampu menyenaraikan semua tokoh yang menyanggah puak mujassimah kerana sangat ramai ulama Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah terutama daripada kalangan empat mazhab Hanafi, Maliki, Shafi^i dan tokoh-tokoh utama mazhab Hanbali yang menyanggah puak mujassimah mushabbihah sedari kemunculan bidaah aqidah tajsim sehingga kini yang digelar al-Wahhabiyyah.

Aqidah tajsim dan tashbih yang dibawa oleh al-Wahhabiyyah dengan dicanangkan bahawa mereka membawa aqidah al-salaf al-salih telah pun dibuat oleh beberapa tokoh mujassimah sebelum ini. Mereka menyelinap masuk ke dalam empat institusi mazhab fiqh muktabar. Institusi mazhab fiqh yang paling ramai dimasuki puak mujassimah ini ialah institusi mazhab Hanbali sedangkan al-Imam Ahmad ibn Hanbal berlepas diri dari kesesatan mereka.

Selain label aqidah salaf, pada zaman sekarang puak mujassimah ini selalu berselindung di sebalik slogan yang baik yang lain seperti menolak bid^ah, kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah, Darul-Sunnah, ijtihad, tajdid, Mazhab Shafi^i tulin dan lain-lain lagi.

Selayaknya untuk ditegaskan di sini ialah aqidah tajsim dan tashbih suatu aqidah kufur yang sangat berbahaya kepada umat Islam. Oleh kerana seluruh tokoh utama mazhab sepanjang zaman menolak aqidah sesat dan kufur ini, maka anda jangan terpengaruh dengan dakwaan dan sangkaan bahawa Wahhabi suatu ajaran yang benar cuma tidak sesuai di Malaysia serta mendakwa polemik Wahhabi ini hanya melibatkan masalah khilaf mazhab sahaja.

Akhirnya, jauhilah sesiapa yang berkata: “Wahhabi suatu istilah misteri”, atau “Saya tidak tahu apa itu Wahhabi”, atau “Jika pandangan saya sedikit berbeza dengan JAIS atau mazhab Shafi^i itu dianggap Wahhabi, maka ramailah orang Wahhabi!”, atau “Wahhabi suatu label yang direka oleh penjajah untuk memecahbelahkan umat Islam” sedangkan dia beraqidah tajsim (seperti mereka yang berpegang dengan zahir nas-nas mutashabihat bahawa Allah ada anggota tangan, kaki dan muka dan bahawa Allah duduk di atas Arasy atau bertempat di atas Arasy dan langit). Sebenarnya kata-kata seumpama itu adalah suatu pembohongan yang bertujuan untuk memisterikan kewujudan al-Wahhabiyyah di pandangan orang ramai, sedangkan sedari awal kemunculan al-Wahhabiyyah sehingga kini ramai ulama empat mazhab di seluruh benua dan kepulauan umat Islam telah pun mendedahkan sejarah kesesatan mereka.

WaLlahu a^lam wa ahkam.

Selasa, 24 November 2009

NAZAM TAUHID


"Cahaya Islam tetap bersinar,
Bersama aqidah tauhid yang tepat,
Antara aqidah Islam sebenar,
Allah ada tanpa bertempat...

Aqidah tajsim sesat dan nanar,
Itulah pegangan puak Wahhabi,
Peganglah aqidah yang sebenar,
Pegangan ulama dan para nabi...

Ulama membawa pelita yang cerah,
Agar umat tidak jahil dan payah,
Aqidah Nabi pegangan Asha^irah,
Itulah juga pegangan Maturidiyyah..."

Ahad, 25 Oktober 2009

SUATU CATATAN RINGKAS: RIBUT PETIR KE ATAS HIZBUT-TAHRIR

Selain kesesatan al-Wahhabiyyah al-Mujassimah yang sedang berleluasa di tanah air kita Malaysia dan seluruh dunia, ada satu lagi pertubuhan sesat yang amat perlu diperhatikan juga iaitu Hizbut Tahrir. Hizbut Tahrir adalah satu pertubuhan yang diasaskan oleh Taqiyyuddin al-Nabhani al-Falistini (meninggal pada tahun 1400 H) di Lubnan. Penyelewengan dan kesesatan pertubuhan ini ditentang oleh para ulama Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah sedunia. Antara penyelewengan dan kesesatan Hizbut Tahrir ialah:
1. Menghukum Orang Yang Meninggal Dunia Tanpa Bay^ah Seorang Khalifah Sebagai Mati Jahiliyyah
Antara kesesatan Hizbut Tahrir dan bukti terkeluarnya kelompok ini dari majoriti umat Islam ialah pernyataan mereka bahawa orang yang meninggal dunia tanpa membay^ah seorang khalifah, maka matinya adalah mati jahiliyyah[1]. Ini bermakna - menurut mereka - kematian orang tersebut seperti matinya orang-orang yang menyembah berhala. Bahkan, ini bermakna - menurut mereka - bahawa seluruh orang Islam dalam tempoh seratus tahun terakhir ini mati dalam keadaan mati jahiliyyah. Ini berlaku sejak saat dunia Islam kehilangan khalifah. Apatah lagi, khilafah Islamiyyah tertinggi yang mengurus keperluan seluruh umat Islam telah terputus sejak sekian lama. Umat Islam yang pada masa sekarang tidak mengangkat khalifah, sesungguhnya mereka mempunyai uzur (alasan yang diterima). Yang dimaksud dengan umat Islam di sini adalah rakyat, kerana terbukti rakyat tidak memiliki kemampuan untuk mendirikan khilafah dan mengangkat seorang khalifah. Lantas berdosakah mereka jika memang tidak mampu!?. Bukankah Allah taala berfirman:

لاَيُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا
Maknanya: “Allah ta’ala tidak membebankan terhadap satu jiwa, kecuali apa yang ia sanggup melakukannya”. (Surah al Baqarah: 286)

2. Berakidah Dengan Aqidah Muktazilah Atau Qadariyyah
Lebih sesat lagi, Hizbut Tahrir menyatakan bahawa seorang hamba adalah pencipta perlakuan ikhtiyari (perbuatan yang dilakukan atas dasar kemahuannya). Menurut mereka bahawa perkara yang diciptakan oleh Allah hanya perlakuan manusia yang bersifat idtirari (perbuatan yang di luar inisiatifnya seperti degupan jantung, takut, menggigil kerana kedinginan dan lain-lain)[2]. Dengan pernyataannya ini, Hizbut Tahrir telah menyalahi firman Allah taala:

اللهُ خَالِقُ كُلِّ شَىْءٍ
Maknanya: “Allah adalah Pencipta segala sesuatu”. (Surah al-Zumar: 62)

Segala sesuatu (shay') dalam ayat ini mencakupi diri makhluk dan segala perbuatannya. Selain itu, mereka juga menyalahi firman Allah:

هَلْ مِنْ خَالِقٍ غَيْرُ اللهِ
Maknanya: “Adakah pencipta selain Allah?” (Surah Fatir: 3)

Ertinya tidak ada Pencipta atau yang mengadakan sesuatu dari tidak ada menjadi ada kecuali Allah. Seterusnya, mereka juga menyalahi firman Allah:

قُلْ إِنَّ صَلاَتِى وَنُسُكِى وَمحْيَاىَ وَمَمَاتِى للهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ
Maknanya: “Katakanlah (wahai Muhammad) sesungguhnya solatku dan nusukku (sembelihan yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti al-Hady dan korban 'Id al-Adha), hidupku dan matiku adalah milik Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya” (Surah Al-An^am: 162-163)

Ayat di atas jelas menyatakan bahawa solat dan amalan ibadat korban yang merupakan perbuatan ikhtiyari, serta kehidupan dan kematian yang bukan perbuatan ikhtiyari kesemuanya adalah ciptaan Allah, tidak ada yang menyekutui-Nya dalam hal ini. Sesungguhnya hanyalah Allah yang menciptakan kesemuanya itu; yang mengadakannya daripada tidak ada kepada ada.

Ayat-ayat tersebut semuanya menunjukkan bahwa segala apa yang ada di dunia ini adalah ciptaan Allah. Segala benda (zat-zat) dan sifat-sifatnya seperti bergerak, diam, warna, fikiran, rasa sakit, rasa nikmat, mengerti, lemah dan lain-lain, semuanya tidak lain adalah ciptaan Allah. Manusia hanyalah berbuat (yaf^al –Kasb-), tidak menciptakan (la yakhluq) perbuatannya sendiri. Ini adalah akidah yang telah menjadi ijmak (kesepakatan) para sahabat dan majoriti umat Islam hingga kini.

Al-Imam Abu Hanifah radiyaLlahu ^anhu berkata dalam kitabnya al-Wasiyyah:

وَالْعَبْدُ مَعَ أَعْمَالِهِ وَإِقْرَارِهِ وَمَعْرِفَتِهِ مَخْلُوقٌ, فَإِذَا الْفَاعِلُ مَخْلُوقٌ فَأَفْعَالُهُ أَوْلَى أَنْ تَكُونَ مَخْلُوقَةً
Maknanya: “Dan si hamba itu bersama-sama segala perbuatannya, pengakuannya dan pengetahuannya adalah makhluk ciptaan Allah. Oleh itu, apabila si pelaku itu suatu makhluk maka perlakuannya lebih utama sebagai makhluk ciptaan Allah”.

Inilah yang diyakini oleh majoriti umat Islam, baik mereka para ulamak Salaf (mereka yang hidup pada 300 tahun pertama hijriyyah; iaitu zaman sahabat Nabi, tabi’in dan tabi’it tabi’in) mahupun ulama Khalaf (pasca zaman salaf hingga kini). Pendapat yang menyalahi akidah ini bererti telah menyalahi al-Quran dan hadis Nabi. Dalam sebuah hadis riwayat Ibn Hibban diriwayatkan bahawa Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa-sallam bersabda:

إِنَّ اللهَ صَانِعُ كُلِّ صَانِعٍ وَصُنْعَتِهِ
Maknanya: “Sesungguhnya Allah pencipta setiap pembuat dan perbuatannya”.

Hadis di atas jelas menyatakan bahawa manusia sama sekali tidak menciptakan perbuatannya.
3. Beberapa Pegangan Sesat Yang Lain
Selain itu, ada lagi beberapa pegangan mereka yang menyeleweng dari pegangan Ahlis Sunnah wal Jama^ah. Antaranya:
1) Mereka mengatakan bahawa sifat ^ismah atau maksum para nabi dan rasul itu hanya berlaku selepas mereka menjadi nabi atau rasul, manakala sebelum kenabian atau kerasulan maka sesuatu dosa yang boleh terjadi ke atas manusia biasa lain boleh berlaku ke atas mereka kerana sifat maksum itu adalah kerana kenabian dan kerasulan[3].
2) Mereka juga mengatakan bahawa perjalanan dengan tujuan zina tidak haram kerana yang haram hanya perbuatan zina[4].
3) Mereka juga membolehkan cumbuan lelaki dengan perempuan ajnabiyyah[5].
4) Mereka juga membolehkan seseorang lelaki berjabat tangan dengan perempuan ajnabiyyah[6].
5) Mereka juga mendakwa bahawa semua manusia boleh berijtihad terutamanya selepas mereka dapat membaca kitab-kitab yang berbahasa Arab dan yang berkaitan syariat Islam[7].

Oleh itu, jauhilah Hizbut Tahrir kerana mereka mengancam akidah umat Islam! Sebarkan maklumat ini kepada orang lain! AWAS! Mereka sedang mencari pengaruh di kalangan masyarakat Islam di Malaysia terutama golongan siswazah dan profesional yang tidak kuat asas akidah Islam dan ilmu fardu ain bagi memudahkan lagi pergerakan mereka.
[Risalah ini telah siap disusun oleh Abu Nur al-Dununiyy al-Ash^ariyy pada 28 Jumadal-Awwal 1427 H dan diedarkan di sebahagian negeri Johor bersama dengan doa: "Ya Allah! Jadikanlah risalah kecil ini sebagai RIBUT PETIR yang melanda HIZBUT TAHRIR!".]
________________________________

[1] Sila rujuk penulisan-penulisan mereka seperti berikut: (1) Al-Shakhsiyyah al-Islamiyyah, juzuk 2, bahagian 3, hlm. 13, 15 dan 29. (2) Al-Khilafah, hlm. 3, 4 dan 9. (3) Al-Dawlah al-Islamiyyah, hlm. 179. (4) Mudhakkirah Hizb al-Tahrir ila al-Muslimin fi Lubnan, hlm. 4.
[2] Sila rujuk penulisan-penulisan mereka seperti berikut: (1) Al-Shakhsiyyah al-Islamiyyah, juzuk 1, bahagian 1, hlm. 71, 72 dan 74. (2) Nizam al-Hukm fi al-Islam, hlm. 22.
[3] Sila rujuk penulisan pengasas dan ketua Hizbut Tahrir iaitu Taqiyyuddin al-Nabhani al-Shakhsiyyah al-Islamiyyah, juzuk 1, bahagian 1, hlm. 120.
[4] Perkara ini telah ditulis dan disebarkan dalam kertas edaran mereka di Tripoli, Syam pada tahun 1969 dan masih disebut sehingga sekarang oleh penduduk Tripoli dan mendapat tentangan daripada kebanyakan penduduk.
[5] Sila rujuk edaran soal jawab terbitan Hizbut Tahrir pada 24 Rabi^ul-Awwal 1390, dan edaran soal jawab terbitan Hizbut Tahrir pada 21 Jamadil-Awwal 1400/ 7 April 1980.
[6] Sila rujuk edaran soal jawab terbitan Hizbut Tahrir pada 8 Muharram 1390, dan buku mereka al-Khilafah, hlm. 22 – 23, serta buku ketua mereka al-Shakhsiyyah al-Islamiyyah, juzuk 2, bahagian 3, hlm. 22 – 23, dan juzuk 3, hlm. 107 – 108.
[7] Sila rujuk kitab mereka al-Tafkir, hlm. 149.

Ahad, 13 September 2009

SANGGAHAN PENGIKUT AL-IMAM AL-ASH^ARI KE ATAS DAKWAAN DR. MOHD ASRI


(1) Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin dalam tulisannya Mengapa Insan Mencari Agama di ruangan Pelita Ilmu, Risalah Tauhid, Majalah i, April 2003 berkata:
“Ada pula yang apabila menemui seseorang yang baru menganut Islam atau ingin memahami Islam maka dia mengatakan: “Engkau wajib menghafal sifat dua puluh dengan perbahasan falsafahnya jika tidak iman engkau tidak dikira sah dan solat kau juga tidak bermakna…

Ini semua adalah contoh golongan yang menyusahkan manusia mendekati dan memahami Islam dengan cara yang jelas dan diterima.”
Intaha.

Sanggahan:
1. Dakwaan Dr. Mohd Asri di atas tanpa sebarang bukti yang menunjukkan kejadian yang didakwa itu benar-benar berlaku seperti dengan data-data orang yang berkata sebegitu, masa dan tarikh kejadian dan tempat kejadian. Di sini, Dr. Asri cuba secara halus dan seni untuk menjauhkan umat Islam dari pengajian tauhid Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah al-Asha^irah al-Maturidiyyah.
2. Jikalah kejadian itu benar-benar berlaku, maka kata-kata itu tidak diungkapkan oleh orang alim dalam pengajian sifat dua puluh tetapi diungkapkan oleh peribadi yang jahil. Ini kerana jelas dalam kitab pengajian sifat dua puluh tidak mewajibkan ke atas setiap mukallaf untuk menghafal sifat dua puluh tersebut, bahkan mereka diwajibkan (fard ^ayn) agar mempelajari dan mengetahui sifat-sifat tersebut beserta dalil aqli. Adapun untuk mendalami dan mahir ilmu tauhid Ahlis-Sunnah al-Asha^irah al-Maturidiyyah ini dengan menguasai segala dalil naqli dan dalil aqli, maka itu hukumnya fard kifayah. Menghafal merupakan salah satu cara untuk menjadikan seseorang itu pakar dalam sesuatu bidang, termasuk bidang ilmu tauhid ini. Oleh itu, menghafal segala dalil itu bukanlah satu perkara fardu ke atas setiap mukallaf, bahkan diwajibkan ke atas sesebuah masyarakat Islam di suatu kampung atau mukim atau daerah atau negeri atau negara agar segolongan yang menghafal segala dalil dan hujah iaitu yang pakar dalam ilmu ini secara mendalam. Jelaslah di sini pengajian ilmu tauhid pada tahap fard ^ayn tidak menyusahkan dan tidak rumit. Malah, apa jua ilmu yang dituntut secara mendalam memanglah suatu yang rumit dan susah terutama kepada orang awam.


(2) Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin dalam tulisannya Apabila Golongan Agama Melemahkan Agama dalam ruangan Fikrah, Majalah i, November 2005, hlm. 36 berkata:
“Jika pun dibincangkan persoalan akidah, mereka dipengaruhi falsafah Greek lama yang kadangkala perbincangannya tidak membawa sebarang kekuatan kepada akidah, bahkan membawa kepada kepenatan akal dan kecelaruan. Ini seperti sifat Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya. Kemudian diikuti dengan falsafahnya yang memeningkan. Sehingga guru yang mengajar pun tidak faham.

Untuk mengelak guru dipersoalkan pelajar, guru itu akan berkata: “Siapa banyak bertanya maka lemah imannya...”. Maka akidah sebenar hilang dalam kepincangan perbahasan falsafah warisan Greek dan Yunan.”
Intaha.

(3) Dr. Mohd Asri berkata dalam temubual wartawan Berita Harian Tuan Nazuri Tuan Ismail yang bertajuk Akidah luntur punca masyarakat Islam mundur. Ilmu tauhid cetek, pemikiran ulama dipengaruhi falsafah Greek sebabkan iman muslim celaru, dalam ruangan Soal Jawab, Berita Minggu, Ahad 14 Januari 2007 hlm. 12:
“Umat Islam juga mudah dipengaruhi falsafah Greek lama yang kadangkala perbincangannya tidak membawa sebarang kekuatan kepada akidah, bahkan membawa kepada kepenatan akal dan kecelaruan. Ia seperti sifat Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya. Kemudian diikuti dengan falsafahnya yang memeningkan. Sehingga guru yang mengajar pun tidak faham.

Untuk mengelak guru dipersoalkan pelajar, guru itu akan berkata: “Siapa banyak bertanya maka lemah imannya”. Maka, akidah sebenar hilang dalam kepincangan perbahasan falsafah warisan Greek dan Yunan.”
Intaha.

Sanggahan:
1. Dengan kesarjanaannya sepatutnya Dr. Mohd Asri mengemukakan analisa perbandingan falsafah Greek lama dengan pengajian tauhid al-Asha^irah al-Maturidiyyah. Kemudian barulah buat kesimpulan bahawa pengajian tauhid mereka dipengaruhi falsafah Greek lama jika benarlah begitu. Oleh itu, selayaknya dakwaan Dr. Mohd Asri itu dianggap suatu fitnah ke atas al-Asha^irah al-Maturidiyyah!!
2. Dr. Mohd Asri menyatakan di atas: “…yang kadangkala perbincangannya tidak membawa tidak membawa sebarang kekuatan kepada akidah…”. Oleh kerana masalah yang cuba diutarakan oleh Dr. Mohd Asri adalah masalah “kadangkala”, maka ini bukanlah suatu isu besar untuk dibahaskan sehingga seolah-olah beliau cuba secara halus dan seni untuk mengajak umat Islam meminggirkan atau membuang pengajian tauhid al-Asha^irah al-Maturidiyyah.
3. Adakah dengan dinyatakan bahawa Allah ada lawannya tiada dan selanjutnya, lalu dikatakan bahawa ini kecelaruan dan memenatkan akal? Sedangkan ini suatu yang jelas bahawa kata antonim (kata yang berlawanan makna) bagi kalimah ada ialah tiada dan selanjutnya… Jadi, siapakah yang membawa kecelaruan dalam isu ini? Sebenarnya, dalam pengajian tauhid al-Asha^irah al-Maturidiyyah tidak ada kata-kata Allah ada lawannya tiada dan selanjutnya, bahkan yang ada ialah Allah wajib ada dan Allah mustahil tiada dan selanjutnya kecuali dalam beberapa kitab kecil atau risalah ringkas.
4. Sewajarnya orang yang tidak faham tidak layak menjadi guru dalam apa jua ilmu pun, apatah lagi dalam ilmu tauhid! Dakwaan Dr. Mohd Asri di atas sepatutnya beserta dengan bukti yang menunjukkan guru tersebut benar-benar wujud seperti nama guru tersebut, tempat kejadian dan tarikh dan masa kejadian supaya dia dapat dihalang dari mengajar orang lain tentang perkara yang dia sendiri tidak faham. Jika tidak, maka itu sekadar cerita rekaan Dr. Mohd Asri sebagai pendekatan halus untuk mencampakkan pengajian tauhid Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah dari umat Islam. Jikalah guru yang tidak faham itu benar-benar wujud, maka kemungkinan dia bukan dari kalangan ulama al-Asha^irah al-Maturidiyyah dan mereka menyamar sebagai guru yang mengajar ilmu tauhid sebagai cara halus untuk menimbulkan kekeliruan dan keraguan terhadap ilmu tauhid tersebut.
5. Adakah Dr. Mohd Asri mahu mengatakan bahawa ulama muktabar yang berpegang dengan pendekatan ilmu kalam tidak mengajar aqidah tauhid yang sebenar atau beliau mahu mengkafirkan mereka? Adakah Dr. Mohd Asri menganggap selama ratusan tahun aqidah tauhid yang telah pun disampaikan oleh para ulama ke seluruh kepulauan Melayu bahkan seluruh dunia bukan aqidah sebenar? Adakah Dr. Mohd. Asri menganggap bahawa umat Islam di seluruh dunia ini tidak berpegang dengan akidah sebenar kecuali mereka yang mengikut ajaran Wahhabiyyah yang diasaskan oleh Muhammad ibn ^Abdul-Wahhab?

(4) Dalam ruangan Pena Mufti dalam Utusan Malaysia yang bertajuk Mudahkan pendekatan Islam, jangan ekslusifkannya, Ahad 5 Ogos 2007 Dr. Mohd Asri menyatakan:
Pendekatan yang menyukarkan ini berlarutan sehingga dalam pengajian aqidah. Sesetengah perbincangan dipengaruhi falsafah lama yang kadang-kala tidak membawa kekuatan kepada akidah, bahkan kepada kepenatan akal dan kecelaruan.
Ini seperti Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya. Kemudian diikuti dengan falsafahnya yang memeningkan. Sehingga guru yang mengajar pun tidak faham. Untuk mengelak guru dipersoalkan pelajar, guru itu akan berkata: “Siapa banyak bertanya maka lemah imannya…”.
Maka tidak hairanlah jika yang baru menganut Islam kehairanan bertanya: Mengapa Tuhan itu ada, selepas lawan maka Dia sudah tiada? Akidah sebenar hilang dalam kepincangan perbahasan falsafah.
Akidah Islam adalah bersih dan mudah difahami. Bacalah al-Quran dan al-sunah, lihatlah perbincangan akidah dalam kedua sumber agung itu, sangat jelas dan tidak berbelit. Dalam hanya beberapa ayat seperti isi al-Ikhlas, al-Quran menyerlahkan konsep akidahnya, tidak perlu menyukarkan.”
Intaha.

Sanggahan:
1. Sekali lagi Dr. Mohd Asri nengemukakan dakwaan tanpa sebarang bukti. Dr. Mohd Asri hanya sekadar berprasangka buruk dengan berkata: “Maka tidak hairanlah jika yang baru menganut Islam kehairanan bertanya: Mengapa Tuhan itu ada, selepas lawan maka Dia sudah tiada?. Ini sekadar “jika” bukannya benar-benar berlaku. Kemudian, kata-kata ini: Mengapa Tuhan itu ada, selepas lawan maka Dia sudah tiada?.." Ini mungkin suatu rekaan Dr. Mohd Asri yang mungkin juga menjadi unsur kecindan atau jenaka yang cuba diselitkan dalam tulisannya dan adalah satu pendekatan halus dan seni untuk mencemuh pengajian tauhid Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah al-Asha^irah al-Maturidiyyah. Dakwaan Dr. Mohd Asri ini dapat disangkal dengan bukti yang telah dilaporkan di ruangan Nur Ilahi, berjudul Bekas Pembantu Paderi Katolik Kagum Dengan Sifat 20 dalam majalah al-Islam Julai 2009, halaman 39:
“…Di ulang tahun kelahirannya, Alif menerima hadiah berupa sebuah buku yang bertajuk Sifat 20. “Saya berasa terlalu gembira menerima hadiah itu. Bagaikan orang dahaga diberikan air sememangnya saya benar-benar ingin mengetahui dan mengenali sifat-sifat Allah. Sebaik sahaja saya membaca buku tersebut, hati saya berasa begitu kagum sekali dengan Allah. Rupanya baru saya tahu Allah itu esa dan tunggal tidak seperti Kristian yang berpegang kepada konsep triniti. Saya hayati sifat-Nya dan saya bandingkan dengan Jesus dan ternyata Allah itu Maha Suci dan Maha Agung”, katanya.” Intaha.




Sebenarnya sifat-sifat wajib bagi Allah, sifat-sifat mustahil bagi-Nya dan sifat harus bagi-Nya yang dibicarakan dalam pengajian tauhid Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah adalah ringkasan bagi keseluruhan isi ayat-ayat al-Quran yang membicarakan sifat Allah taala. Ulama Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah seperti al-Imam Abul-Hasan al-Ash^ari dan para pengikutnya al-Asha^irah serta al-Imam Abu Mansur al-Maturidi dan para pengikutnya al-Maturidiyyah telah membuat ringkasan ini sebagai usaha untuk memudahkan umat Islam memahami tauhid yang terkandung dalam al-Quran. Hanya segelintir manusia yang mampu membaca dan lebih-lebih lagi memahami keseluruhan ayat al-Quran. Pengajian aqidah secara kalam di sisi Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah al-Asha^irah al-Maturidiyyah tidak mengubah kandungan ajaran aqidah Islam, tidak menyukarkan atau mengaburkan pengajian aqidah tauhid, bahkan tidak meminggirkan al-Quran dan al-Sunnah. Bahkan, pengajian tauhid Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah itu mengambil intipati atau isi al-Quran dan al-Sunnah itu sendiri. Oleh sebab bukan semua mampu menghafaz dan menguasai semua ilmu yang terkandung dalam al-Quran dan al-Hadis, maka sebahagian ulama Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah menyusun ilmu aqidah yang ada dalam kedua-dua sumber tersebut dalam bentuk sistematik bagi memudahkan orang awam memahami aqidah dengan lebih cepat dan tepat. Sebagaimana ilmu hukum hakam yang telah disusun oleh ulama mujtahidin dalam bentuk sistematik berbentuk kitab bagi memudahkan orang awam memahami cara ibadah dan mualamah dengan betul seperti yang dianjurkan dalam al-Quran dan al-Sunnah. Hal yang sama juga berlaku kepada ilmu-ilmu Islam yang lain seperti ilmu usul fiqh contohnya adanya penyusunan perbahasan tentang ijmak dan qiyas, ilmu al-Quran contohnya adanya penyusunan ilmu tajwid dan qiraat dan ilmu al-Sunnah contohnya dengan penyusunan ilmu mustalah hadis dan al-jarh wal-ta^dil. Adakah semua ilmu yang disusun oleh para ulama muktabar ini boleh dianggap membelakangkan al-Quran dan al-Sunnah? Tentu sekali tidak! Bahkan usaha penyusunan ilmu-ilmu Islam itu seperti ilmu tauhid adalah suatu usaha untuk memudahkan umat Islam memahami al-Quran dan al-Sunnah dan juga menjaga ketulenan ajaran yang terkandung dalam kedua-dua sumber utama tersebut…


Lihatlah meskipun ilmu-ilmu yang berkaitan al-Quran misalnya seperti ilmu tajwid, ilmu qira’at, ilmu tafsir dan seumpamanya itu bukanlah ilmu fard ^ayn yang biasanya mampu dipelajari oleh segolongan manusia yang mempunyai daya akal yang kuat, ia tetap disusun oleh ulama muktabar bagi memudahkan para penuntut memahami al-Quran dan al-Sunnah. Maka apatah lagi ilmu aqidah tauhid yang bertahap fard ^ayn, sewajarnya disusun agar dapat mudah dan cepat difahami oleh semua orang yang semestinya tahap akal mereka berbeza-beza?..


(5) Terkini, Dr. Mohd Asri mengulangi lagi fitnahnya yang sama dalam Mingguan Malaysia, Ahad 6 Jun 2009:
“Akidah adalah teras Islam. Akidah Islam itu mudah dan jelas. Semudah dan sejelas akidah dalam Surah al-Ikhlas. Sesiapa yang membaca al-Quran seperti Surah al-An'am akan mendapati kejelasan akidah Islam. Ia tidak berbelit-belit seperti sukatan yang mengajar sifat Allah dengan menghafal; Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta. Ramai yang muallaf dan bukan muallaf tidak jelas mengenai akidah dan mudah 'menukar agama' walaupun menghafal sukatan ini. Ini kerana sukatan tersebut adalah ajaran falsafah yang tidak sekukuh akidah yang mudah dan jelas yang diajar oleh al-Quran dan al-Sunnah. Kita perlukan tajdid dalam hal ini.”. Intaha.

Sanggahan:
1. Apakah yang berbelit-belit dalam pengajian aqidah secara ilmu kalam? Kalaulah ungkapan Allah ada lawannya tiada dan seterusnya itu berbelit-belit adalah suatu pembohongan dan fitnah semata-mata! Ungkapan “Allah ada lawannya tiada” dan seterusnya itu adalah dalam bentuk bahasa yang mudah, amat jelas dan tak berbelit-belit pun. Namun, perlu diingatkan bahawa semua ilmu hendaklah diambil secara talaqqi termasuk ilmu tauhid bagi mengelak salah faham dan kekeliruan.
2. Sepatutnya Dr. Mohd Asri membuat kajian tentang faktor muallaf dan bukan muallaf ramai yang tidak jelas mengenai aqidah dan mudah tukar agama walaupun menghafal sukatan pengajian aqidah secara ilmu kalam Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah dan kemukakan kes dan statistiknya jika benarlah mereka menghafal sifat-sifat tersebut!

WaLlahu a^lam…

Ahad, 6 September 2009

AL-SALAFUS-SALIH DAN ILMU KALAM

Golongan yang menolak ilmu kalam Ahlus-Sunnah al-Asha^irah dan al-Maturidiyyah turut menyangka bahawa para ulama al-Salafus-Salih mencela ilmu kalam dengan merujuk kepada ilmu kalam Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah al-Asha^irah dan al-Maturidiyyah. Sebenarnya ilmu kalam yang terpuji telah didalami oleh sebahagian ulama al-Salafus-Salih sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Ustadh al-Imam Abu Mansur ^Abdul-Qahir ibn Tahir al-Tamimi al-Baghdadi dalam kitabnya al-Farq baynal-Firaq[1]: “Mutakallim (ahli kalam) Ahlis-Sunnah yang pertama daripada kalangan sahabat ialah ^Ali ibn Abi Talib radiyaLlahu ^anhu wa-karramaLlahu wajhah yang pernah berdebat dengan golongan Khawarij dalam masalah al-wa^d (balasan baik) dan al-wa^id (balasan buruk). Beliau juga pernah berdebat dengan golongan al-Qadariyyah dalam masalah al-mashi’ah (kehendak Allah), al-istata^ah dan al-qadar. Kemudian selepas beliau Abdullah ibn ^Umar radiyaLlahu ^anhuma yang pernah berlepas diri daripada Ma^bad al-Juhni yang menafikan al-qadar”. Intaha.

Usaha para sahabat ini diteruskan oleh para tabi^in yang sebahagian mereka telah mengarang risalah dan kitab-kitab dalam ilmu kalam bagi membidas dan menyanggah golongan Ahlul-Ahwa’. Al-Imam ^Abdul-Qahir al-Baghdadi berkata dalam kitabnya al-Farq baynal-Firaq[2]: “Dan ahli kalam Ahlis-Sunnah yang pertama daripada kalangan tabi^in ialah ^Umar ibn ^Abdil-^Aziz dan beliau menulis satu risalah yang hebat bagi menyanggah golongan al-Qadariyyah. Kemudian, diikuti oleh Zayd ibn ^Ali Zaynul-^Abidin dan beliau ada mengarang sebuah kitab bagi menyanggah golongan al-Qadariyyah. Seterusnya, al-Hasan al-Basri dengan risalah beliau kepada ^Umar ibn ^Abdil-^Aziz bagi mencela golongan al-Qadariyyah adalah suatu yang diketahui. Seterusnya, diikuti oleh al-Sha^bi dan beliau merupakan orang yang paling keras terhadap golongan al-Qadariyyah. Kemudian, diikuti oleh al-Zuhri dan beliau telah mengeluarkan fatwa kepada ^Abdul-Malik ibn Marwan bahawa (halal) darah golongan al-Qadariyyah”. Intaha.

Selanjutnya, al-Imam ^Abdul-Qahir al-Baghdadi berkata lagi[3]: “Ahli kalam yang pertama daripada kalangan para fuqaha’ dan para imam mazhab (fiqh) ialah Abu Hanifah dan al-Shafi^i. Dan Abu Hanifah mempunyai sebuah kitab yang menyanggah golongan al-Qadariyyah yang beliau menjudulkannya sebagai al-Fiqhul-Akbar…”. Intaha.

Al-Imam al-Shafi^i turut menulis kitab dalam ilmu kalam sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Imam ^Abdul-Qahir al-Baghdadi: “…dan al-Shafi^i mempunyai dua kitab dalam perbahasan kalam. Salah satunya untuk mengabsahkan kenabian dan menyanggah golongan al-Barahimah, dan yang keduanya bagi menyanggah Ahlul-Ahwa’. Intaha.

Jika masih ada orang berkata kepada anda: “Kenapa anda membicarakan tauhid dengan ilmu kalam sedangkan para sahabat nabi tidak membicarakannya?”, maka jawablah: “Para sahabat diumpamakan seperti orang yang tidak berhadapan dengan musuh yang mahu memerangi mereka maka mereka tidak perlu mengeluar dan menghunuskan senjata, manakala kami yang membicarakan tauhid dengan ilmu kalam pula diumpamakan seperti orang yang berhadapan dengan musuh yang mahu memerangi kami maka kami perlu mengeluar dan menghunuskan senjata tersebut”.

Perbahasan di atas membuktikan kepada kita bahawa para ulama al-Salafus-Salih turut memberi sumbangan yang besar dalam ilmu kalam, bahkan pelopor dalam ilmu ini. Jikalah ilmu kalam ini suatu bidaah yang keji, nescaya merekalah orang yang pertama menjauhinya. Apatah lagi tokoh-tokoh yang dinyatakan di atas tadi adalah peribadi-peribadi yang dikenali dengan ketinggian ilmu dan kemuliaan sahsiah.

Hukum Mempelajari Ilmu Kalam

Ilmu kalam dipuji dan dipandang mulia dan tinggi oleh para ulama terutama setelah aqidah-aqidah ahli bidaah mula tersebar dan menyusup masuk dalam masyarakat Islam. Al-Imam al-Hafiz al-Nawawi yang merupakan salah seorang ulama besar dalam mazhab al-Shafi^i telah menghukumkan ilmu kalam sebagai perkara bidaah hasanah yang wajib sebagaimana pernyataan beliau dalam kitabnya Sharh Sahih Muslim[4]: “Para ulama telah berkata: “Bidaah itu lima bahagian iaitu wajib, mandud (sunat), haram, makruh dan mubah (harus). Antara (bidaah) yang wajib ialah perbuatan menyusun dalil-dalil oleh ahli kalam bagi menyanggah golongan mulhid, golongan bidaah dan seumpamanya”. Intaha.

Al-Shaykh Shamsud-Din al-Ramli al-Shafi^i berkata dalam kitabnya Ghayatul-Bayan[5]: “Menceburi ilmu kalam iaitu sehingga mampu menegakkan dalil-dalil dan menghilangkan kekeliruan-kekeliruan adalah suatu fardu kifayah ke atas setiap mukallaf yang mampu melakukannya…”. Intaha.

Al-Shaykh Ibn Hajar al-Haytami berkata dalam kitabnya al-Fatawa al-Hadithiyyah [Dar al-Ma^rifah, Beirut, hlm. 27]: “Yang dijelaskan oleh para imam kita bahawa ia (ilmu kalam) wajib ke atas mukallaf sebagai wujub ayni (fardu ain) untuk mengetahui iktikad yang sahih (yang berlainan) dengan iktikad yang salah. Tidak disyaratkan mengetahuinya (ilmu kalam) dengan formula-formula ilmu kalam kerana perkara yang biasanya berlegar ialah berada di atas iktikad yang putus meskipun dengan taklid menurut pendapat yang lebih sahih. Adapun perbuatan mengajar hujah-hujah ilmu kalam dan menegakkan hujah-hujah tersebut bagi menyanggah golongan yang menyeleweng maka ia suatu fardu kifayah…”. Intaha.


Tatimmah

Kepada sesiapa (seperti puak al-Wahhabiyyah) yang menuduh bahawa mempelajari ilmu kalam sebagai suatu perkara bidaah, maka anda sewajarnya mengkaji terlebih dahulu ilmu kalam Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah al-Asha^irah dan al-Maturidiyyah sebelum menyalah, mempertikai dan menolaknya tanpa dalil dan bukti yang kukuh. Seandainya mereka “pening kepala”, “bingung”[6] atau gagal untuk memahami masalah-masalah yang dibicarakan dalam ilmu kalam, maka sewajarnya mereka bertanya kepada ulama yang ada keahlian dalam ilmu ini. Sekiranya mereka tidak dapat memahaminya, maka sepatutnya mereka tidak perlu mendalaminya kerana mereka tidak termasuk di kalangan orang yang mampu mempelajari ilmu kalam secara mendalam. Tidak sewajarnya mereka menjadikan ilmu kalam ini sebagai “mangsa” untuk dihentam dan dipersalahkan. Bahkan, lebih baik mereka mengakui dan menginsafi kelemahan diri mereka untuk memahami dan menyelami perbahasan ilmu kalam. Kebebalan dan kebingungan benak mereka (seperti puak al-Wahhabiyyah) untuk memahami ilmu kalam bukannya suatu dalil dan alasan untuk mempertikai ilmu kalam, malah kebebalan mereka itulah sepatutnya menjadi alasan bagi menolak dan menyanggah tuduhan mereka ke atas ilmu kalam.

Ingatlah! Serangan mereka ke atas ilmu kalam Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah al-Asha^irah dan al-Maturidiyyah akan membuka pintu kepada musuh-musuh Islam untuk melancarkan serangan terhadap para ulama silam yang telah memberi sumbangan yang sangat besar dalam menyebar dan mempertahankan kesucian agama Islam ini. Paling dibimbangi ialah serangan al-Wahhabiyyah ke atas ilmu kalam dikhuatiri sebagai sebahagian konspirasi Yahudi dan Kristian atas label Islam. WaLlahu a^lam.

__________________________________

[1] ^Abdul-Qahir al-Baghdadi, al-Farq baynal-Firaq, Dar al-Kutubil-^Ilmiyyah, Beirut, hlm. 286.
[2] Ibid, hlm. 283.
[3] Ibid, hlm. 284.
[4] Al-Nawawi, Sharh Sahih Muslim, Dar al-Fikr, Beirut, juz. 6, hlm. 154 – 155.
[5] Al-Ramli, Ghayatul-Bayan Sharh Zubad Ibn Ruslan, Dar al-Ma^rifah, Beirut, hlm. 20.
[6] Inilah pengakuan sebahagian penganut ajaran al-Wahhabiyyah ketika mereka menolak perbahasan tauhid dengan ilmu kalam.

Isnin, 31 Ogos 2009

ILMU KALAM DI SISI AL-IMAM AL-SHAFI^I

Sesetengah pihak seperti golongan al-Wahhabiyyah (yang menggelarkan diri mereka sebagai al-Salafiyyah - sedangkan al-Salafus-Salih berlepas daripada mereka - ) ada mendakwa bahawa al-Imam al-Shafi^i menolak dan mencela ilmu kalam secara mutlak. Mereka mendatangkan beberapa perkataan al-Imam al-Shafi^i – pada sangkaan mereka – yang menunjukkan penentangan dan penolakan beliau terhadap ilmu kalam tersebut. Antara kata-kata yang dianggap sebagai pendapat al-Imam al-Shafi^i ialah:

لأن يلقى الله العبدُ بكل ذنب ما عدا الشرك خير له من أن يلقاه بعلم الكلام
Maknanya: “Bahawa pertemuan seorang hamba dengan Allah dengan setiap dosa yang selain dosa syirik itu lebih baik baginya daripada dia bertemu Allah dengan ilmu kalam”.

Sebenarnya lafaz di atas tidak thabit daripada al-Imam al-Shafi^i. Lafaz yang thabit daripada beliau ialah sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh al-Hafiz Ibn ^Asakir di dalam kitabnya Tabyin Kadhibil-Muftari[1]:

لأن يلقى الله عزّ وجلّ العبدُ بكل ذنب ما خلا الشرك خير له من أن يلقاه بشىء من هذه الأهواء
Maknanya: “Bahawa pertemuan seorang hamba dengan Allah azza wa-jall dengan setiap dosa yang selain dosa syirik itu lebih baik baginya daripada dia bertemu Allah dengan sesuatu yang berpunca daripada hawa nafsu (al-ahwa’)”.
Kata-kata al-Imam al-Shafi^i yang diriwayatkan oleh al-Hafiz Ibn ^Asakir di atas menjelaskan pendirian sebenar al-Imam al-Shafi^i terhadap ilmu kalam. Sebenarnya perkara yang ditentang dan ditolak al-Imam al-Shafi^i ialah ilmu kalam golongan al-Ahwa’ iaitu ilmu kalam golongan yang menyeleweng daripada ajaran Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah seperti golongan al-Mujassimah, al-Mu^tazilah, Jabbariyyah dan yang sebagainya. Adapun ilmu kalam golongan Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah maka itu tidak ditentang dan tidak ditolak al-Imam al-Shafi^i.

Al-Imam al-Hafiz Ibn ^Asakir ada menyatakan dalam kitabnya Tabyin Kadhibil-Muftari[2]:

والكلامُ المذموم كلام أصحاب الأهوية وما يزخرفه أرباب البدع الـمُرْدية فأما الكلام الموافق للكتاب والسنة الموضح لحقائق الأصول عند ظهور الفتنة فهو محمود عند العلماء ومن يعلمه وقد كان الشافعي يحسنه ويفهمه وقد تكلم مع غير واحد ممن ابتدع وأقام الجحة عليه حتى انقطع

Maknanya: “Dan perbahasan kalam yang dicela ialah perbahasan kalam golongan Ahwiyyah (pengikut hawa nafsu yang juga digelar sebagai Ahlul-Ahwa’) dan sesuatu yang dianggap elok oleh ahli bidaah yang menyeleweng. Adapun perbahasan kalam yang bertepatan dengan al-Kitab (al-Quran) dan al-Sunnah yang menjelaskan hakikat-hakikat usul (tauhid) ketika munculnya fitnah (ketika berleluasanya golongan sesat) maka ini suatu yang terpuji di sisi para ulama dan sesiapa yang mengetahuinya. Sesungguhnya al-Imam al-Shafi^i menguasai dengan baik dan memahami perbahasan kalam ini, dan beliau juga berbahas atau berbicara dengan ilmu kalam dengan bukan seorang daripada golongan yang telah melakukan bidaah dan beliau telah berjaya menegakkan hujah ke atas ahli bidaah tersebut sehingga putus”.
Al-Imam al-Hafiz al-Bayhaqi telah meriwayatkan dalam kitabnya al-Asma’ was-Sifat[3] satu perdebatan panjang yang berlaku di antara al-Imam al-Shafi^i dengan seorang yang berfahaman Mu^tazilah yang bernama Hafs al-Fard sehingga al-Imam al-Shafi^i dapat mematah hujah-hujah lawannya. Perdebatan ini jelas membuktikan bahawa al-Imam al-Shafi^i seorang yang mahir dan pakar dalam ilmu kalam.
Selain itu, al-Imam al-Hafiz al-Bayhaqi berkata dalam kitabnya Manaqib al-Shafi^i[4]bahawa beliau membaca suatu hikayat yang ada dalam kitab Abu Nu^aym al-Asbahani daripada al-Sahib ibn ^Abbad bahawa dia menyebut dalam kitabnya dengan isnad beliau daripada Ishaq bahawa dia (Ishaq) berkata: “Ayahku berkata kepadaku: “Pada suatu hari al-Shafi^i berbicara dalam ilmu kalam dengan sebahagian fuqaha’ lalu beliau memperhalusinya dan menelitinya, bersungguh dan bersusah-susah dengannya. Lalu aku berkata kepada beliau: “Wahai Abu ^Abdullah! Ini milik ahli kalam (mutakallimun) bukannnya milik ahli halal dan haram (fuqaha’). Lalu dia berkata:

أحكمنا ذاك قبل هذا
Maknanya: “Kami telah menyempurnakan perkara itu (ilmu kalam) sebelum perkara ini (ilmu fiqh; hukum halal dan haram)”.
Ilmu kalam di sisi Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah al-Asha^irah dan al-Maturidiyyah adalah salah satu nama di antara nama-nama yang merujuk kepada ilmu tauhid. Namun, sesetengah pihak seperti golongan al-Wahhabiyyah cuba membezakan ilmu kalam dengan ilmu tauhid tanpa sebab yang kukuh. Mereka menuduh bahawa ilmu kalam Ahlus-Sunnah al-Ashairah dan al-Maturidiyyah ini mengajar falsafah yang berbelit-belit dan bukannya mengajar ilmu tauhid. Tuduhan seperti ini acap kali dikeluarkan oleh Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin dalam banyak tulisan dan ucapannya dengan bertaqlid kepada pendapat beberapa orang tokoh kegemarannya tanpa hujah dan bukti yang kukuh.

Siapalah Dr. Mohd Asri bin Zainul Abdin yang mencela ilmu kalam al-Asha^irah jika dibandingkan dengan ketokohan dan kesarjanaan al-Imam al-Hafiz Ibn ^Asakir dan al-Imam al-Hafiz al-Bayhaqi yang membela ilmu kalam Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah al-Asha^irah dan al-Maturidiyyah! In sha' Allah blog ini akan membongkar kerapuhan dakwaan Dr. Mohd Asri ke atas ilmu kalam. WaLlahu a^lam.

________________________________________

[1] Ibn ^Asakir, Tabyin Kadhibil-Muftari, Dar al-Kitab al-^Arabi, Beirut, hlm. 337.
[2] Ibid, hlm. 339.
[3] Al-Bayhaqi, al-Asma’ was-Sifat, Dar Ihya’ al-Turath al-^Arabi, Beirut, hlm. 252.
[4] Al-Bayhaqi, Manaqib al-Shafi^i, Dar al-Nasr lit-Tiba^ah, Kaherah, juz. 1, hlm. 457.

Ahad, 2 Ogos 2009

PENGAJIAN SIFAT DUA PULUH TIDAK MENGGERUNKAN MUSUH ISLAM??

Pada tahun 2006 saya pernah menerima laporan melalui sms daripada salah seorang murid saya bahawa dia sedang menghadiri satu tazkirah Maghrib di sebuah surau kampungnya iaitu Kampung Jerangau Sungai, Dungun. Tazkirah itu disampaikan oleh seorang ustaz muda lepasan Universiti al-Azhar. Menurut laporan murid saya itu, ustaz itu mengatakan bahawa pengajian sifat dua puluh tidak menggerunkan musuh Islam, bahkan untuk menggerunkan musuh Islam ialah dengan hukum hudud. Setelah saya selidik dan bertanya sendiri si ustaz tu maka munasabahlah dia berkata begitu kerana dia mengaku sendiri bahawa dia secara praktikalnya berpegang dengan pegangan Wahhabiyyah. Pernyataan si ustaz ini berkenaan sifat dua puluh sangat tidak tepat dan menunjukkan dia cuba memesongkan tanggapan masyarakat Kg Jerangau Sungai terhadap pengajian tauhid. Seolah-olah dia cuba menafikan sumbangan pengajian ilmu kalam Ahlis-Sunnah ini kepada kekuatan aqidah dan keberanian jiwa orang Islam selama ini.

Mungkin dia lupa atau jahil sejarah Islam yang telahpun membuktikan keberanian, kekuatan dan kepahlawanan tokoh al-Asha^irah al-Maturidiyyah digeruni oleh musuh Islam. Antara tokoh tersebut ialah al-Sultan Salahud-Din al-Ayyubi dan al-Sultan Muhammad al-Fatih.

Al-Sultan Salahud-Din al-Ayyubi

Al-Sultan al-^Alim al-Wara^ al-Faris al-Nasir al-Mujahid Salahud-Din al-Ayyubi atau nama sebenarnya Salahud-Din Yusuf ibn Ayyub ibn Shadi (w. 589 H) amat berjasa kepada Islam dan umat Islam. Antara jasa beliau ialah memerdekakan Masjid al-Aqsa dan Baytul-Maqdis dari penjajahan kuffar Eropah Salibiyyah. Dalam lipatan sejarah menunjukkan bahawa beliau seorang tokoh Islam yang digeruni dan disegani oleh musuh Islam.
Beliau terkenal sebagai pemerintah yang bertaqwa dan mencintai ilmu agama. Menurut al-Imam Tajud-Din al-Subki dalam kitabnya Tabaqat al-Shafi^iyyah bahawa al-Sultan Salahud-Din telah mendengar pengajian hadis daripada al-Hafiz Abu Tahir al-Silafi, Abu Tahir ibn ^Awf, al-Shaykh Qutubud-Din al-Naysaburi, ^Abdullah Barri al-Nahwi dan ramai lagi.
Al-Mu’arrikh Taqiyyud-Din al-Maqrizi dalam kitabnya al-Mawa^iz wal-I^tibar bi-Dhikril-Khutat wal-Athar, al-Imam al-Hafiz Jalalud-Din al-Suyuti dalam kitabnya al-Wasa’il ila Ma^rifatil-Awa’il dan al-^Allamah Ibn ^Illan al-Siddiqi dalam kitabnya al-Futuhat al-Rabbaniyyah ^alal-Adhkar al-Nabawiyyah berkata bahawa sebaik sahaja al-Sultan Salahud-Din al-Ayyub dilantik menjadi pemerintah lalu beliau memerintahkan agar muazzin mengumandangkan aqidah al-Asha^irah pada waktu tasbih iaitu sebelum Subuh. Aqidah al-Asha^irah yang dikumandangkan itu dikenali sebagai al-^Aqidatul-Murshidah yang ditulis oleh al-Shaykh Fakhrud-Din Abu Mansur al-Dimashqi yang dikenali sebagai Ibn ^Asakir al-Shafi^i al-Mashhur.
Selain itu, al-Sultan Salahud-Din juga memerintahkan agar sebuah risalah aqidah tauhid yang berjudul Hada’iqul-Fusul wa-Jawahirul-Usul agar diajarkan di tempat-tempat pengajian agama untuk kanak-kanak sehingga risalah ini juga dikenali sebagai al-^Aqidah al-Salahiyyah bersempena nama beliau. Risalah aqidah tauhid yang juga menurut pendekatan al-Imam Abul-Hasan al-Ash^ari ini ditulis oleh al-^Allamah Muhammad ibn HibatiLlah al-Makki dan beliau menghadiahkannya kepada al-Sultan Salahud-Din.

Al-Sultan Muhammad al-Fatih
Nama sebenar beliau ialah al-Sultan Muhammad al-Thani ibn al-Sultan Murad Khan al-Thani (w. 886 H). Selepas bapanya wafat, beliau menduduki takhta pemerintahan seusia 19 tahun 5 bulan pada tahun 855 H. Al-Sultan Muhammad al-Fatih seorang raja yang amat besar sumbangan jihadnya, sangat kuat keberaniannya dan sangat kuat bertawakal kepada Allah taala.
Beliau digelarkan al-Fatih kerana jasanya yang sangat besar kepada penyebaran agama Islam ke lebih dua puluh wilayah kafir serta penguasaan beliau ke atas lebih dua ratus bandar dan paling utama ialah kerana beliaulah yang dipuji oleh Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa-sallam dengan sabda baginda:

لَتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ وَلَنِعْمَ الأَميرُ أمِيرُهَا وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذلِكَ الْجَيْشُ
Mafhumnya: “Sesungguhnya Konstantinapol akan dibukakan. Sebaik-baik pemerintah ialah pemerintah yang membukanya dan sebaik-baik tentera ialah tentera pemerintah itu” [Diriwayatkan oleh Ahmad dalam kitabnya Musnad Ahmad dan oleh al-Hakim dalam kitabnya al-Mustadrak dengan sanad sahih].
Sesungguhnya semua yang dikhabarkan oleh Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa-sallam itu benar sama ada berkenaan perkhabaran peristiwa lampau atau peristiwa masa depan di dunia dan di akhirat, sama ada berkenaan hukum halal atau haram sebahagian perbuatan dan perkataan manusia. Antara kebenaran yang telah dikhabarkan oleh baginda ialah pembukaan Konstantinapol dan baginda memuji pemimpin dan tentera yang membuka kota tersebut.
Kota Konstantinapol ini adalah pembukaan Islam yang sangat agung kerana janji Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa-sallam tersebut. Ramai khalifah dan sultan yang telah cuba membuka kota tersebut secara bersungguh-sungguh memenuhi janji Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa-sallam itu tapi mereka tidak berjaya. Mu^awiyah ibn Abi Sufyan telah mengepungkan kota tersebut pada zaman pemerintahan Khilafah Sayyidina ^Ali radiyaLlahu ^anhu wa-karama wajhah, Sufyan ibn Aws telah mengepungnya pada zaman pemerintahan Mu^awiyah dan Maslamah ibn ^Abdil-Malik telah mengepungnya pada zaman pemerintahan ^Umar ibn ^Abdil-^Aziz. Seterusnya, kota ini pernah dikepung pada zaman pemerintahan Hisham ibn ^Abdil-Malik dan juga pernah dikepung oleh salah seorang panglima tentera al-Khalifah Harun al-Rashid. Sesungguhnya kota Konstantinapol ini akhirnya berjaya dibuka oleh al-Sultan Muhammad al-Thani Fatihul-Qustantiniyyah pada siang Rabu 10 Jamadil-Akhir 857 H.

Pujian Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa-sallam dalam hadis di atas adalah suatu khabar gembira yang agung buat al-Asha^irah dan al-Maturidiyyah lantaran al-Sultan Muhammad al-Fatih adalah sebahagian daripada mereka dan berpegang dengan aqidah mereka. Sesungguhnya mustahil Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa-sallam memuji peribadi yang sesat aqidah dan amalnya. Hadis di atas juga membuktikan dakwaan pihak tertentu seperti Wahhabiyyah yang menuduh al-Asha^irah al-Maturidiyyah terkeluar dari Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah al-Firqatun-Najiyah adalah salah. Begitu juga tuduhan mereka bahawa pengajian sifat dua puluh atau pengajian aqidah tauhid secara kalam yang dipelopori oleh al-Asha^irah al-Maturidiyyah tidak menggerunkan musuh atau memundurkan umat adalah salah sama sekali dan suatu momokan terhadap umat Islam semata-mata. Jikalah pengajian aqidah tauhid secara pendekatan kalam tidak membawa faedah kepada kekuatan aqidah dan jiwa umat Islam, mengapa kedua-dua tokoh yang hebat ini menitikberatkan pengajian tersebut? Mengapa majoriti ulama Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah menyebarkan dan mempertahankan pengajian ini sehingga kini?!

Tatimmah

Meskipun secara zahirnya memanglah pengajian sifat dua puluh ini tidak menggerunkan musuh kerana pengajian ini bukannya mengajar cara membuat senjata yang canggih dan berbahaya kepada jasad musuh Islam, namun secara seninya pengajian ini menggerunkan musuh-musuh melalui hujah-hujah al-Asha^irah al-Maturidiyyah yang dilontarkan dan melalui keberanian dan sahsiah unggul tokoh-tokoh mereka. Sebenarnya pengajian sifat dua puluh atau pengajian tauhid menurut pendekatan al-Imam Abul-Hasan al-Ash^ari dan al-Imam Abu Mansur al-Maturidi memang digeruni oleh musuh-musuh Islam seperti kuffar Kristian dan Yahudi, dan juga golongan yang menyandarkan diri mereka kepada Islam seperti puak Mu^tazilah, Jabbariyyah, Mushabbihah, Mujassimah dan lain-lain lagi lantaran hujah-hujah naqli dan aqli yang dikemukakan oleh dua imam besar ini.
Dua imam besar ini pendebat yang digeruni golongan bidaah dan menulis banyak kitab yang mengandungi hujah-hujah yang mantap dan putus bagi menolak dan menyanggah kekeliruan dan kesesatan mereka. Kemudian, para pengikut dua imam besar ini juga turut menulis kitab-kitab ratusan jilid dan berdebat bagi menyanggah golongan bidaah dan sesat tersebut sehingga bendera mazhab al-Ash^ari berkibar di timur dan barat. Tokoh yang paling menonjol menyebarkan mazhab al-Ash^ari ialah al-Ustadh Abu Bakr ibn Furak, al-Imam Abu Ishaq al-Isfirayini (menyebarkan mazhab al-Ash^ari di sebelah timur) dan al-Qadi al-Imam Abu Bakr al-Baqillani (menyebarkan mazhab al-Ash^ari di sebelah timur dan barat). Oleh itu, layak dikatakan bahawa pada kurun kelima hijrah semua umat Islam adalah Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah al-Asha^irah dan al-Maturidiyyah kecuali ada segelintir yang janggal yang terdiri daripada golongan sesat seperti Mu^tazilah, Mushabbihah (sekarang dikenali sebagai Wahhabiyyah), Khawarij (yang juga kini dikenali sebagai Wahhabiyyah) dan Shi^ah. Bahkan, anda tidak akan menemui seorang alim muhaqqiq atau faqih mudaqqiq melainkan dia adalah seorang Ash^ari atau Maturidi.
Al-Imam al-Faqih al-Usuli al-Zarkashi berkata dalam kitabnya Tashniful-Masami^ bahawa Ibnul-^Arabi berkata:

كانت المعتزلة قد رفعوا رءوسهم حتى أظهر الله الأشعري فحجزهم في أقماع السماسم
Maknanya: “Sesungguhnya Mu^tazilah pernah mengangkat kepala mereka sehinggalah Allah menzahirkan al-Ash^ari. Lalu beliau telah menyekat mereka dalam kerosong biji lenga (iaitu disempitkan ke atas mereka habis-habisan)”. Intaha. WaLlahu a^lam…

SUATU PESANAN BUAT DIRI SENDIRI DAN PEMBACA:

BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DI MANA JUA ANDA BERADA DAN DALAM APA JUA KEADAAN ANDA. IKHLASLAH KETIKA MELAKSANAKAN AMAL SOLEH DAN MENINGGALKAN DOSA. JANGAN LUPA BERKATA: "SAYA TIDAK TAHU" SEKIRANYA ANDA TIDAK TAHU...