Isnin, 13 Jun 2011

ALLAH ADA TANPA TEMPAT: AQIDAH SHAYKHUL-ISLAM SHAYKHUL-JAMI^IL-AZHAR MUHAMMAD IBN ^ALI AL-SHANWANI


Shaykhul-Islam ^Umdatul-Anam al-Faqih al-^Allamah wan-Nihrir al-Fahhamah Shaykhul-Jami^il-Azhar al-Shaykh Muhammad ibn ^Ali al-Shafi^i al-Shanwani (w. 1233 H) berkata dalam kitab beliau Hashiyah ^ala Mukhtasar Ibn Abi Jamrah lil-Bukhari (Maktabah wa Matba^ah Dar al-Mu^arif, Pulau Pinang, t. th. hlm 64):

قوله: (قال) أي النبي صلى الله عليه وسلم: (فإنكم ترونه): أي الله سيحانه وتعالى (كذلك): أي رؤية واضحة جلية ظاهرة منكشفة فالمراد التشبيه في الوضوح. لكن تلك الرؤية مجردة عن ارتسام صورة المرئي في البصر, وعن اتصال الشعاع بالمرئي, وعن الجهة والمكان, وعن المقابلة, لأن هذه أمور لازمة للرؤية عادة, والعقل يجوز الرؤية بدون تلك الأمور. اهـ

Maknanya: “Katanya: (Dia bersabda) iaitu Nabi sollaLlahu ^alay-hi wa sallam [bersabda]: (Maka sesungguhnya kamu akan melihat-Nya) iaitu [kamu akan melihat] Allah subhana-hu wa ta^ala (sedemikian): iaitu suatu penglihatan yang terang, nyata, jelas dan tersingkap. Maka [makna] yang dikehendaki ialah perumpamaan pada kejelasan [penglihatan]. Namun penglihatan tersebut suci dari lakaran gambaran perkara yang dilihat itu pada penglihatan, juga suci dari hubungan cahaya dengan perkara yang dilihat, suci dari sebarang arah dan tempat, suci dari berhadapan, kerana ini adalah perkara-perkara yang lazim bagi penglihatan dari segi kebiasaan, manakala akal mengharuskan penglihatan tanpa perkara-perkara tersebut”. Intaha.

Ahad, 12 Jun 2011

HUKUM ORANG YANG BERKATA: "ALLAH ITU SUATU JISIM YANG TIDAK SEPERTI JISIM-JISIM LAIN"


Al-Imam Badrud-Din Muhammad ibn Bahadar ibn ^AbduLlah al-Zarkashi (w. 794 H) di dalam kitabnya Tashniful-Masami^ bi-Jam^il-Jawami^ pada perbahasan ketujuh pada bab Ijitihad menjelaskan kata-kata al-Imam al-Mujtahid Ahmad ibn Hanbal radiyaLlahu ^an-hu (w. 231 H) dengan katanya (1):

وَنَقَلَ صَاحِبُ ((الْخِصَالِ)) مِنَ الْحَنَابِلَةِ عَنْ أَحْمَدَ أَنَّهُ قَالَ: مَنْ قَالَ-أَيْ الله- جِسْمٌ لا كَالأَجْسَامِ كَفَرَ، وَنَقَلَ عَنِ الأَشْعَرِيَّةِ أَنَّهُ يُفَسَّقُ، وَهَذَا النَّقْلُ عَنِ الأَشْعَرِيَّةِ لَيْسَ بِصَحِيْحٍ

Ertinya:

"Dan telah dinaqalkan oleh pengarang al-Khisal daripada para ulama Hanabilah daripada [al-Imam] Ahmad bahawa sesungguhnya beliau telah berkata: "Barangsiapa yang mengatakan Allah itu suatu jisim yang tidak sama dengan semua jisim [jisim-jisim yang lain] maka dia telah kafir". Dan telah dinaqalkan daripada para ulama' al-Ash^ariyyah bahawa orang yang berkata sedemikian dihukum fasiq, dan naqalan ini tidak sahih daripada para ulama al-Ash^ariyyah". Intaha.


WaLlahu a^lam.

_________________________________

(1) Tashniful-Masami^ bi-Jam^il- Jawami^, Dar al-Kutub al-^Ilmiyyah, Beirut, j. 2, hlm. 249. Kata-kata al-Imam Ahmad ini juga diriwayatkan oleh al-Imam Ibn Hamdan di dalam kitab Nihayatul-Mubtadi’in, hlm. 30.

SUATU PESANAN BUAT DIRI SENDIRI DAN PEMBACA:

BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DI MANA JUA ANDA BERADA DAN DALAM APA JUA KEADAAN ANDA. IKHLASLAH KETIKA MELAKSANAKAN AMAL SOLEH DAN MENINGGALKAN DOSA. JANGAN LUPA BERKATA: "SAYA TIDAK TAHU" SEKIRANYA ANDA TIDAK TAHU...