Selasa, 27 April 2010

BENDUNG DAKYAH MENGELIRUKAN

BENDUNG DAKYAH MENGELIRUKAN
[Surat ini ditulis oleh Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh YDP Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia dan diterbitkan dalam Berita Harian, dalam kolum Surat pada Isnin 26 April 2010]

INDIVIDU atau kumpulan yang menentang institusi Raja atau menghasut orang ramai menentang perlembagaan yang sedia ada, patut didakwa. Rakyat Malaysia memang mempunyai sebab untuk berbangga dengan bertambahnya bilangan cerdik pandai di kalangan rakyatnya terutama dalam bidang pelajaran agama Islam.

Tetapi apa yang mengecewakan ialah ada juga di dalam golongan cerdik pandai Islam itu yang tidak dianugerahkan sifat kesedaran dan prihatin kepada persekitarannya. Golongan ini berpendapat bahawa kepandaian mereka perlu diarahkan untuk membawa perubahan kepada keadaan yang mereka fikir `baik’, tetapi tidak memikirkan bahawa orang lain tidak sama pendapat dengan mereka.

Menonjolkan pendapat mereka dengan cara yang tidak sopan, tanpa mendengar pendapat orang lain dan melulu menuding jari kepada pihak yang lain dengan tidak sedikitpun memikirkan kesan negatif yang boleh menimpa bangsa dan agama kita.

Ada juga sebilangan golongan ini yang sanggup memperlekehkan cara pentadbiran agama Islam yang sedia ada dan teratur atas nama golongan 'Gerakan Pembaharuan'. Ada yang cuba mencabar sistem demokrasi beraja semata-mata kerana pandangan individualismenya tidak dapat diterima oleh masyarakat setempat.

Mungkin pelopor 'Penggerak Perubahan' ini pernah memegang jawatan mufti tetapi masih tidak faham bahawa kuasa mentadbir agama Islam terletak di bawah kuasa Raja negeri berkenaan. Seorang Raja, sungguhpun diberi kuasa mutlak di dalam pentadbiran agama Islam tidak membuat sebarang keputusan sesuka hatinya, tetapi sentiasa mendapat nasihat daripada mufti berkenaan. Seseorang mufti pula tidak boleh membuat sesuatu keputusan yang besar sebelum mendapat pandangan daripada persidangan Musyawarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang dihadiri semua mufti negeri. Tambahan pula keputusan mengenai pentadbiran agama Islam dibuat menerusi Mesyuarat Majlis Agama Islam negeri berkenaan, yang terdiri daripada cerdik dan pandai dalam pelbagai bidang dan tidak terhad kepada pandangan seorang bekas mufti saja.

Sekiranya keputusan yang dibuat hasil sebegini banyak semakan dan pandangan masih dianggap tidak betul, berbanding dengan pendapat seorang individu yang menganggap dirinya pakar di dalam undang-undang Islam dan perlembagaan, maka pihak kami berasa begitu keliru di manakah arahnya pentadbiran negara kita sekiranya pendapat orang seperti ini mempengaruhi masyarakat kita.

Saya menyokong NGO yang dilaporkan akan mengambil tindakan tegas terhadap orang yang menyebarkan dakyah yang bukan saja boleh mengelirukan tetapi boleh merosakkan sistem pentadbiran dan cara hidup demokrasi beraja yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.
DATUK PADUKA RAJA WAN MAHMOOD PAWAN TEH,
Yang Dipertua
Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia
Negeri Selangor.

Selasa, 13 April 2010

POLEMIK TAJDID DAN PEMBAHARUAN

Polemik Tajdid dan Pembaharuan
Oleh Panel Penyelidik, Yayasan Sofa.
(Versi penuh daripada versi yang tersiar di ruangan Relung Cahaya, Sisipan Mega, Selasa 13 April 2010)
Di antara isu yang sering menjadi punca tergelincir langkah dalam memahami dan menghayati Islam adalah isu Tajdid atau Pembaharuan dalam agama. Jika tidak berhati-hati dan tanpa perlindungan Ilahi, ramai yang mungkin terkeliru dalam beberapa persoalan pokok dalam soal pembaharuan dalam Islam ini. Antara persoalan pokok di sekitar Tajdid termasuklah falsafah pembaharuan yang sahih dan diterima dalam Islam, skop atau ruang untuk pembaharuan dan kaedah dan manhaj untuk pembaharuan agama. Akhirnya pemahaman terhadap semua persoalan ini akan memandu kita untuk mengenalpasti siapakah para Mujaddid atau pembaharu sebenar, dulu dan kini.
Kekeliruan dalam soal ini turut mudah berlaku kerana sering terdapat pihak yang cuba bercakap atas nama pembaharuan atau tajdid kalaupun mereka dan aliran pemikiran mereka adalah menyimpang daripada fahaman tajdid yang murni dalam Islam. Ringkasnya mereka ini cuba berselindung dan memanipulasi tajdid dalam usaha mereka meminggirkan aliran yang tidak selari dengan mereka agar merekalah yang akan mendominasi fahaman agama di kalangan masyarakat. Jika mereka ini aggresif dan bijak memainkan lagu mereka ini tidak mustahil ramai orang awam yang akan terpengaruh. Tidak mudah sebenarnya untuk mengambil sikap yang tepat dalam hal ini kerana isu tajdid agama ini merupakan persoalan kompleks yang memerlukan kajian dan kepakaran.
Falsafah Tajdid dalam Islam
Istilah tajdid, pembaharuan atau renewal memang punya imej dan daya tariknya secara semulajadi kerana ia membawa makna-makna yang positif dan segar. Ditambah lagi apabila mengingatkan bahawa kalimah dan konsep tajdid ada disebut oleh Rasulullah dalam sebuah hadis yang menjanjikan suatu berita gembira untuk umat Islam,“Sesungguhnya Allah (SWT) akan membangkitkan dari kalangan umat ini dipermulaan setiap kurun mereka yang akan mentajdidkan agama umat ini” (riwayat Abu Dawud, al-Hakim dan al-Baihaqi). Hadis ini adalah antara hadis yang sangat popular dikalangan umat Islam kerana berita baik yang terkandung di dalamnya. Cuma, harus diingat, seperti mana-mana nas al-Quran mahupun Sunnah perlulah difahami dan ditafsirkan mengikut maksudnya yang sebenar. Walaupun hadis ini ada menyebut pembaharuan agama tetapi ia mestilah merujuk kepada faham dan konsep Tajdid yang khusus dalam Islam.
Hakikat dan sejarah Islam adalah berbeza berbanding dengan agama-agama lain. Kita meyakini bahawa Islam bermula sempurna dan murni sejak generasi awalnya lagi. Malah kurun-kurun awal Islam adalah diiktiraf oleh hadis Nabi sebagai era terbaik bagi Islam. Jadi umat Islam sebagai umat pillihan sudah dibekalkan dengan acuan dan panduan yang terbaik dari peninggalan generasi awalnya. Maka falsafah Islam tentang Tajdid harus setia kepada hakikat ini. Tajdid dalam Islam adalah suatu usaha untuk menghayati dan menterjemahkan dengan sebaik mungkin acuan Islam yang ditinggalkan oleh generasi awal umat ini. Risalah Islam itu sendiri tidak perlukan perubahan (Taghyir) ataupun reformasi (Islah) kerana ia sudah sedia lengkap, murni dan utuh. Taghyir dan Islah hanya layak ditujukan terhadap orang-orang Islam yang lalai agar mereka ini berubah dan mengislah diri kembali mengikuti fahaman Islam yang sebenar.
Adapun agama Islam itu sendiri sebagai risalah yang terakhir tetap dijamin kesinambungan dan keterpeliharaannya sepanjang zaman. Islam terpelihara dengan kehadiran para ulama yang dinobatkan oleh Nabi SAW sendiri sebagai para pewarisnya yang sah. Ilmu-ilmu dan kefahaman agama pula sebagai inti dan paksi agama Islam dijamin hanya akan beredar dikalangan para ulama yang berkeperibadian adil dan jujur. Mereka ini akan berperanan memelihara fahaman agama ini daripada gangguan aliran yang batil, melampau dan menyeleweng. Janji dan jaminan tentang hal ini yang kita temui dalam al-Quran dan Sunnah ternyata menjadi kenyataan. Di sepanjang sejarah Islam, sentiasa muncul barisan ulama menjuarai pelbagai disiplin ilmu Islam dengan tradisi menyusun, memperkembangkan dan memperjelaskan lagi acuan Islam yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dan para Salaf al-Soleh. Mengenali diri peribadi dan keterampilan para ulama muktabar ini, kita memandang mereka dan khazanah ilmiyyah yang mereka tinggalkan sebagai jelmaan janji Allah SWT dan RasulNya SAW yang sekali-kali tidak akan membiarkan umat ini tanpa panduan yang benar sepanjang hayatnya. Malah hadis Mujaddid itu sendiri merupakan sebahagian daripada janji Ilahi ini.
Tajdid agama dalam Islam dalam hadis ini perlu difahami dalam kerangka sejarah dan perkembangan tiga aspek agama iaitu Islam, Iman dan Ihsan seperti yang dinyatakan dalam hadis Jibril yang masyhur itu. Aspek Islam, Iman dan Ihsan ini dikembangkan dan dihuraikan dibawah ilmu-ilmu Shariah/Fiqh, Aqidah/Tawhid dan Akhlak/Tasawwuf. Ketiga-tiga cabang ilmu agama ini yang hakikatnya diasaskan oleh Rasulullah SAW sendiri berdasarkan wahyu telah berkembang dengan cemerlang ditangan para ulama Islam sehingga muncul sebagai disiplin ilmu yang baku dan tersusun rapi. Pada masa yang sama ilmu-ilmu ini turut mengandungi aspek dinamika dan keanjalan yang menyebabkannya mampu untuk memenuhi tuntutan pelbagai zaman dan situasi.
Para pengkaji dan pemerhati yang jujur akan bersetuju bahawa sesudah di kembangkan dan disusun oleh para ulama muktabar umat ini, fahaman Islam arus perdana dan muktabar atau yang dinamakan Ahlus Sunnah wal Jamaah boleh disimpulkan kepada yang beraqidahkan acuan Aqidah Asha`rah-Maturidiyyah, bershariahkan Mazhab-mazhab yang muktabar dan bertasawwuf dalam akhlaknya. Mengambil kira hakikat ini, tidak hairanlah jika dalam senarai-senarai utama para Mujaddid sepanjang kurun yang dikemukakan oleh para ulama muktabar seperti Imam Jalaluddin al-Suyuti (m.911H) dan Shah Waliyyullah al-Dehlawi (1176H) kita melihat nama-nama Imam-imam Abul Hassan al-Ash`ariy, al-Shafi`iy, al-Ghazaliy dan lain-lainnya yang memang merupakan arkitek-arkitek utama penyusunan, pembakuan dan perkembangan ilmu-ilmu Islam ini sepanjang kurun yang lampau.Susulan daripada perbahasan di atas, tumpuan sebenar Tajdid dan pembaharuan dalam Islam adalah kefahaman dan penghayatan umat Islam dan bukannya terhadap fahaman Islam itu sendiri. Sebagai seorang muslim, kita meyakini bahawa fahaman dan ilmu-ilmu Islam yang ada pada kita merupakan fahaman dan manhaj terbaik yang dikurniakan Allah kepada kita. Ruang dan batas apa yang haram dan halal, yang baik dan buruk semuanya tersedia dihadapan kita. Ruang perkara-perkara khilafiyyah yang dibolehkan kita berbeza pegangan padanya juga jelas dihadapan kita. Perkara-perkara yang jelas-jelas haram, halal atau khilafiyyah tidak sepatutnya dijadikan bahan untuk ditajdidkan atau dibahaskan lagi oleh para Mujaddid hakiki.
Mengenal Mujaddid Sebenar
Hasil perbahasan kita ini, bolehlah disimpulkan bahawa para Mujaddid sebenar dalam Islam adalah mereka yang berjaya memimpin umat Islam sepanjang kurun yang silih-berganti agar memperbaharui iltizam dan penghayatan mereka terhadap Aqidah/Tawhid, Shariah/Fiqh dan Akhlak/Tasawwuf yang benar dan murni. Acuan dan manhaj yang benar dan murni dalam cabang-cabang ilmu Islam ini juga adalah jelas dan terang bagi mereka yang mahu melihat. Apabila umat Islam mengikut pimpinan dan panduan para Mujaddid maka agama mereka akan terpelihara dan berkembang. Mereka juga mampu menempa pencapaian ketamadunan yang hebat seperti kemunculan Islam sebagai salah satu tamaddun agung dunia dalam sejarah perkembangan tamadun manusia. Kesetiaan umat Islam dengan manhaj para Mujaddid sebenar umat ini juga menjadi rahsia disebalik episod-episod tertentu yang gemilang dalam sejarah Islam seperti kejayaan generasi Sultan Salahuddin al-Ayyubi dan Sultan Muhammad al-Fateh.
Kesimpulan yang kita kemukakan ini tidak akan mampu menghalang aliran-aliran pinggiran umat ini untuk tetap mendakwa dan bercakap atas nama Tajdid dan pembaharuan. Tajdid dan pembaharuanlah jenama yang paling laku dalam mereka cuba mengalih perhatian umat daripada khazanah keagungan ilmu-ilmu Islam kepada pegangan mereka yang pada hakikatnya janggal dan asing. Mereka ini akan menjulang nama-nama tokoh yang dikenali masyarakat yang dirasakan dapat mendokong pegangan mereka. Dalam masyarakat kita, nama-nama seperti Zaaba, Hamka, Syed Syeikh al-Hadi dan seumpamanya yang dikenali oleh masyarakat kerana sumbangan dan jasa mereka yang tersendiri turut digunakan tanpa mendedahkan keseluruhan sisi dan kedudukan sebenar tokoh-tokoh ini. Aspek-aspek kontroversi tokoh-tokoh ini disembunyikan. Khalayak awam yang kurang teliti dan berhati-hati mungkin mudah terpengaruh kerana terhimbau dengan kemasyhuran tokoh-tokoh ini tanpa mampu menilai mereka dengan tepat dalam kerangka faham Tajdid agama sebenar seperti yang kita sentuh dalam makalah ini.Sebenarnya, dengan berbekalkan faham Tajdid dan pembaharuan Islam yang sebenar, kita tidak akan mudah terpesona dengan setiap yang melagukan lagu Tajdid dan pembaharuan. Dengan izin Allah, dikesempatan yang mendatang, ruang ini akan mendedahkan secara lebih khusus beberapa pandangan yang menyimpang daripada fahaman Tajdid yang ada diketengahkan dalam masyarakat kita akhir-akhir ini.

Ahad, 11 April 2010

BAGAIMANA MENYEBUT LAFZUL-JALALAH "ALLAH"?

Berikut adalah beberapa petua yang amat wajar diikuti:
  1. Dapatkan cara sebutan yang tepat daripada guru yang dipercayai secara talaqqi mushafahah (dengan menyaksikan sendiri cara sebutan tepat dari mulut guru dan kesalahan murid pula diperbetulkan sendiri oleh guru). Ini syarat yang paling utama.
  2. Huruf hamzah di awal nama "Allah" hendaklah disebut "a" iaitu dengan baris atas dan jangan pula sebut "o".
  3. Huruf lam di tengah nama "Allah" hendaklah disebut secara tashdid iaitu tekan suara pada huruf lam selama 2 harakat (dua kali gerak jari) jangan pula diringankan.
  4. Selepas huruf lam ditekankan suara, maka sebutan lam di tengah nama "Allah" hendaklah dipanjangkan paling kurang sekadar 2 harakat. Pastikan anda menyebut huruf lam dan bukannya huruf waw. Jika tidak maka anda akan menyebut Awwoh atau Alwoh. Ini kesalahan yang nyata.
  5. Selepas itu, huruf ha' di akhir nama "Allah" hendaklah disebut dengan jelas pada tempat keluarnya iaitu di pangkal tenggorokan

PERINGATAN:

  • Sila dapatkan sebutan yang tepat dari mulut guru yang dipercayai
  • Sila buat teguran kepada sesiapa yang menyebut Lafzul-Jalalah secara salah jika anda mampu menegurnya
  • Jika tidak mampu menegur, maka jauhi majlis zikir yang di dalamnya ada kesalahan menyebut Lafzul-Jalalah


وبالله التوفيق والهداية

Selasa, 16 Februari 2010

ISLAM AGAMA SAMAWI BAGI SEMUA NABI DAN RASUL

Hanya Islam Agama Yang Benar

Agama adalah suatu kumpulan peraturan yang berdiri di atas prinsip-prinsip keyakinan yang jika diikuti akan menjamin keselamatan hidup seseorang hamba di dunia dan akhirat. Agama yang benar pada prinsipnya adalah wad^ Ilahi (peraturan yang ditentukan oleh Allah). Oleh kerana Allah adalah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah, pemilik dan pentadbir dunia, akhirat dan sekalian alam maka Allah-lah yang maha mengetahui perkara-perkara yang membawa kemaslahatan kehidupan di dunia dan perkara-perkara yang menyelamatkan hamba di akhirat. Justeru, antara hikmah pengutusan para nabi dan rasul ialah menyampaikan wahyu dari Allah yang mengandungi perkara-perkara yang menyelamatkan hamba di akhirat. Sebaliknya pula, agama yang bukan wad^ Ilahi adalah agama yang batil.

Ketahuilah bahawa agama yang haqq disebut agama, dan demikian juga agama yang batil juga disebut agama. Allah ta^ala berfirman:

لكم دينكم ولى دين

Maknanya: “Bagi kamu agama kamu (yang batil yang wajib kamu meninggalkannya), dan bagiku agama (yang haqq yang wajib aku berpegang teguh dengannya)”. [Surah al-Kafirun, ayat 6]

Ditegaskan di sini bahawa satu-satunya agama yang haqq hanyalah agama Islam. Allah berfirman:

إن الدين عند الله الإسلام

Maknanya: “Sesungguhnya agama yang diredai Allah adalah Islam”. [Surah Ali ^Imran, ayat 19]

Allah juga berfirman:

ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه وهو في الآخرة من الخاسرين

Maknanya: “Dan barangsiapa mencari selain Islam sebagai suatu agama maka tidak akan diterima daripadanya dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”. [Surah Ali ^Imran, ayat 85]

Hanya Islam Agama Samawi

Islam adalah satu-satunya agama yang haqq yang diredai oleh Allah buat hamba-hamba- Nya. Allah memerintahkan kita untuk berpegang dan beramal dengannya. Justeru, satu-satunya agama samawi; yang diturunkan oleh Allah adalah Islam, tidak ada agama samawi selain Islam. Penggunaan istilah agama samawi hanya sah dengan merujuk kepada agama Islam. Ini kerana agama Islam adalah agama para nabi seluruhnya, dari nabi yang pertama, iaitu ayah segenap manusia; Nabi Adam yang merupakan seorang nabi dan rasul, hingga nabi dan rasul terakhir; Nabi Muhammad. Semua pengikut para nabi adalah beragama Islam. Para nabi dan para pengikut mereka semuanya beriman dengan Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari akhirat dan qadar baik dan buruk.

Agama atau al-Din adalah dikenali dengan aqidah atau prinsip-prinsip keyakinan. Oleh itu, tidak boleh sama sekali untuk memasukkan agama Yahudi dan Nasrani ke dalam istilah agama samawi kerana dari segi aqidah kedua-dua agama ini amat jauh berbeza dengan aqidah Islam yang dibawa oleh semua para nabi dan rasul. Demikian juga amat tidak wajar untuk mengatakan bahawa agama Yahudi suatu agama yang dibawa oleh Nabi Musa dan agama Kristian suatu agama yang dibawa oleh Nabi ^Isa! Ini kerana pernyataan seumpama ini jelas telah menyandarkan agama kufur kepada Nabi Musa dan Nabi ^Isa. Bahkan, dengan tegasnya telah dinyatakan oleh Allah:

إن الدين عند الله الإسلام

Maknanya: “Sesungguhnya agama yang diredai Allah adalah agama Islam”. [Surah Al ^Imran, ayat 19]

Selanjutnya, ditegaskan dalam al-Quran bahawa seluruh para nabi adalah muslim. Berikut adalah sebahagian ayat-ayat al-Quran mengenai hal tersebut.

Allah berfirman berkenaan Nabi Ibrahim:

ما كان إبراهيم يهوديا ولا نصرانيا ولكن كان حنيفا مسلما وما كان من المشركين

Maknanya: “Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan pula seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang jauh dari syirik dan kekufuran dan seorang muslim. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orangorang musyrik”. [Surah Al ^Imran, ayat 67]

Allah berfirman berkenaan Nabi Sulayman:

إنه من سليمان وإنه بسم الله الرحمن الرحيم ألا تعلوا علي وأتوني مسلمين

Maknanya: “Sesungguhnya surat itu, daripada Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya: Dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Bahawa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang memeluk Islam”. [Surah al-Naml, ayat 30-31]

Berkenaan Nabi Yusuf, Allah berfirman bahawa baginda berdoa dengan berkata:

توفني مسلما وألحقني بالصالحين

Maknanya: “…Wafatkanlah aku dalam keadaan muslim dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh”. [Surah Yusuf, ayat 101]

Allah berfirman berkenaan seruan Nabi kepada kaum baginda:

وقال موسى ياقوم إن كنتم ءامنتم بالله فعليه توكلوا إن كنتم مسلمين

Mafhumnya: "Musa pula berkata (kepada kaumnya): "Wahai kaumku! Jika kamu beriman dengan Allah, maka hendaklah kamu bertawakal kepada-Nya, jika kamu benar-benar orang Islam". [Surah Yunus, ayat 84]

Allah berfirman berkenaan kata-kata bekas ahli sihir yang menjadi pengikut Nabi Musa:

وما تنقم منا إلا أن ءامنا بآيات ربنا لما جاءتنا ربنا أفرغ علينا صبرًا وتوفنا مسلمين

Maknanya: “Dan engkau [Firaun] tidak menyalahkan kami, melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami ketika ayat-ayat itu datang kepada kami. (mereka berdoa): Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan muslim (beragama Islam)”. [Surah al-A^raf, ayat 126]

Allah berfirman berkenaan Nabi Isa dan pengikut setianya:

فلما أحس عيسى منهم الكفر قال من أنصاري إلى الله قال الحواريون نحن أنصار الله ءامنا بالله واشهد بأنا مسلمون

Maknanya: “Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka (Bani Israil) lalu dia berkata: Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah. Para Hawariyyun (sahabat-sahabat setia) menjawab: Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang muslim”. [Surah Al ^Imran, ayat 52]

Sebenarnya masih banyak lagi ayat-ayat lain yang menunjukkan bahawa agama para nabi seluruhnya adalah Islam dan bahawa mereka adalah orang-orang muslim.


Agama Samawi atau Syariat-syariat Samawiyyah Bukannya Agama-agama Samawi

Semua nabi dan rasul membawa agama yang sama dan satu iaitu Islam tetapi dengan hukum syariat (peraturan syariat) yang berbeza-beza. Oleh itu, wajar disebut sebagai hukum-hukum syariat samawiyyah dan amat tidak wajar disebut agama-agama samawi tapi sebutlah agama samawi dengan merujuk kepada agama Islam sahaja. Ini kerana dari segi hukum syariat ada perbezaan di antara seorang rasul dengan rasul yang lain, manakala dari segi aqidah pula maka tiada sebarang perbezaan di antara seorang nabi dengan nabi yang lain secara mutlak. Allah berfirman:

لكل جعلنا منكم شرعة ومنهاجا

Maknanya: “…Untuk tiap-tiap umat di antara kamu (umat Muhammad dan umat-umat sebelumnya), kami berikan aturan dan jalan yang terang”. [Surah al-Ma’idah, ayat 48]

Dalam ayat ini Allah menyatakan bahawa bagi setiap umat ada syariat tersendiri, dan Allah tidak pula menyatakan bahawa masing-masing memiliki al-Din; agama yang mempunyai prinsip aqidah tersendiri dan berbeza di antara satu dengan yang lain. Lebih tegas lagi Rasulullah bersabda:

الأنبياء إخوة لعلات دينهم واحد وأمهاتهم شتى

Maknanya: “Para nabi bagaikan saudara seayah, agama mereka satu (iaitu Islam) dan ibu-ibu (iaitu syariat-syariat) mereka berbeza-beza”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Ibn Hibban dan selain mereka]

Tatimmah: Awasi dan jauhi pendapat-pendapat sesat sebagaimana berikut:
1. “Agama samawi atau agama langit mencakupi Islam, Yahudi dan Kristian”.
2. “Yahudi agama yang dibawa oleh Nabi Musa”.
3. “Kristian atau Nasrani agama yang dibawa oleh Nabi Isa”.
4. “Penamaan agama samawi atau agama langit ialah kerana agama ini diwahyu oleh Allah yang berada di langit”.

WaLlahu a^lam

Ahad, 14 Februari 2010

SENARAI RINGKAS PARA ULAMA DARI KURUN PERTAMA HINGGA KURUN KE 15 HIJRIYYAH

Ulama Kurun Pertama Hijrah
1. Amirul-Mu'minin Abu Bakr ^Abdullah ibn Abi Qahafah al-Siddiq 13 H.
2. Amirul-Mu'minin ^Umar ibnul-Khattab al-Faruq 24 H.
3. Amirul-Mu'minin ^Uthman ibn ^Affan Dhun-Nurayn 36 H.
4. Amirul-Mu'minin ^Ali ibn Abi Talib 40 H.
5. Al-Imam ^Abdullah ibn al-^Abbas 68 H.
6. Al-Imam ^Abdullah ibn ^Umar 74 H.
7. Al-Imam ^Abdullah bn Ja^far ibn Abi Talib 80 H.
8. Al-Imam Anas ibn Malik 90 H.
9. Al-Imam Zaynul-^Abidin ^Ali ibn al-Hasan ibn ^Ali 94 H.
10. Al-Imam Sa^id ibn Musayyib 94 H.
11. Al-Imam ^Awrah ibn al-Zubayr 94 H.
12. Al-Imam ^Ubayd ibn ^Abdullah ibn ^Utbah ibn Mas^ud 99 H.

Ulama Kurun Kedua Hijrah
1. ^Umar ibn ^Abdul-^Aziz - al-Khalifatur-Rashid (Hums) - 61/63 - 101 H.
2. Al-Imam Salim ibn ^Abdullah ibn ^Umar 106 H.
3. Al-Imam Maymun ibn Mahran 107 H.
4. Al-Imam Muhammad ibn Muslim ibn Shihab al-Zuhri 125 H.
5. Al-Imam Ja^far al-Sadiq ibn Muhammad al-Baqir ibn Zaynul-^Abidin ^Ali ibn al-Hasan ibn ^Ali 148 H.
6. Al-Imam Al-Kabir Abu Hanifah al-Nu^man ibn Thabit al-Kufi (Baghdad) 80 - 150 H.
7. Al-Imam Abu ^Amr Abdur-Rahman ibn ^Amr al-Awza^i 88 - 158 H.
8. Al-Imam Abu ^Abdullah Sufyan ibn Sa^id al-Thawri 97 - 161 H.
9. Imamul-Muhaddithin Abu ^Abdillah Malik ibn Anas ibn Malik ibn ^Amr ibn Harith 93 - 179 H.
10. Al-Qadi Abu Yusuf Ya^qub ibn Ibrahim ibn Habib al-Ansari al-Kufi al-Baghdadi 113 - 182 H. 11. Al-Imam Muhammad ibn al-Hasan al-Shaybani 135 - 189 H.

Ulama Kurun Ketiga Hijrah
1. Al-Imam al-Mujtahid Muhammad ibn Idris al-Shafi^i (Mesir) 150 - 204 H.
2. Al-Hafiz ^Abdullah ibn Abi Shaybah 235 H.
3. Al-Imam ^Abdullah ibn Yahya ibn Mubarak 237 H.
4. Al-Imam Abu ^Abdullah Ahmad ibn Hanbal al-Shaybani 164 - 241 H.
5. Al-Sufi Dhun-Nun al-Misri 245 H.
6. Al-Imam Amirul-Mu'minin fil-Hadith Muhammad ibn Isma^il al-Bukhari 256 H.
7. Al-Hafiz ^Abdullah ibn Abi Dunya (Baghdad) 261 H.
8. Al-Hafiz Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qushayri al-Naysaburi 202 - 261 H.
9. Al-Hafiz Abu ^Abdillah Muhammad ibn Yazid ibn Majah al-Qazwini 273 H.
10. Al-Hafiz Abu ^Isa Muhammad ibn ^Isa al-Tirmidhi 209 - 279 H.

Ulama Kurun Keempat Hijrah
1. Al-Imam Muhammad ibn Jarir al-Tabari 310 H.
2. Al-Lughawi Ibrahim al-Zajjaj 311 H.
3. Al-Hafiz Abu Dawud Sulayman Ibn Ash^ath al-Sijistani 230 - 316 H.
4. Al-Hafiz al-Tirmidhi (Baghdad) 320 H.
5. Al-Imam Abu Ja^far al-Tahawi 239 - 321 H.
6. Imam Ahlis-Sunnah Abul-Hasan ^Ali ibn Isma^il ibn Abi Bishr al-Ash^ari 260 - 324 H.
7. Imam Ahlis-Sunnah Abu Mansur Muhammad ibn Muhammad al-Samarqandi al-Maturidi 333 H.
8. Al-Hafiz Abu Hatim Muhammad ibn Hibban al-Shafi^i 270 - 354 H.
9. Al-Hafiz Abul-Qasim Sulayman al-Tabarani 260 - 360 H.
10. Al-Sufi Abu ^Uthman al-Maghribi Sa^id ibn Salam 373 H.
11. Al-Shaykh ^Abdul-Karim al-Qushayri 376 H.
12. Al-Shaykh Abu Bakr ibn Muhammad Ishaq al-Kalabadhi al-Hanafi 380 H.
13. Al-Shaykh Abu Sulayman ibn Muhammad al-Khattabi 388 H.

Ulama Kurun Kelima Hijrah
1. Al-Shaykh Abu ^Abdillah al-Husayn ibn al-Hasan al-Halimi al-Shafi^i 403 H.
2. Al-Qadi Abu Bakr Muhammad al-Baqillani al-Maliki 403 H.
3. Mufti Naysabur al-Shaykh Abut-Tayyib Sahl ibn Muhammad al-Shafi^i 404 H.
4. Al-Hafiz Sahibul-Mustadrak al-Hakim Muhammad ibn ^Abdullah al-Naysaburi 405 H.
5. Al-Shaykh al-Husyan ibn Husayn al-Hamadhani 405 H.
6. Al-Shaykh Abu Muhammad al-Husyan ibn Ahmad ibn Al-Husayn al-Tara^ifi 405 H.
7. Al-Hafiz Abu ^Ali al-Husayn ibn Ahmad ibn Muhammad al-Kashi al-Shirazi 405 H.
8. Al-Imam Abu Bakr Muhammad ibn al-Hasan (Ibn Furak) 406 H.
9. Al-Qadi Abu Muhammad al-Husayn ibn al-Husayn ibn Muhammad al-Istarabadhi al-Ash^ari al-Shafi^i 412 H.
10. Al-Faqih Ja^far ibn al-Qasim Ja^far ibn ^Abdul-Wahid 415 H.
11. Al-Shaykh Abu Muslim Ja^far ibn Bay al-Jili 417 H.
12. Al-Nahwi Abu ^Ali al-Marzuqi 421 H.
13. Al-Faqih Abu ^Ali al-Husayn ibn ^Abdullah al-Bandaniji al-Shafi^i 425 H.
14. Al-Ustadh Abu Mansur ^Abdul-Qahir al-Baghdadi 429 H.
15. Al-Shaykh Abu Sa^d Isma^il ibn ^Ali al-Istarabadhi 440 H.
16. Al-Faqih Abul-Khayr Ja^far ibn Muhammad Ibn ^Uthman al-Marwazi 447 H.
17. Al-Shaykh ^Ali ibn Khalaf al-Maliki (Ibn Battal) 449 H.
18. Shaykhul-Islam Abu ^Uthman Isma^il ibn ^Abdur-Rahman ibn Ahmad al-Sabuni 449 H.
19. Al-Shaykh Abul-Hasan ^Ali ibn Muhammad ibn Habib al-Mawardi 450 H.
20. Al-Shaykh Bay ibn Ja^far Ibn Bay al-Jili 452 H.
21. Al-Hafiz Abu Bakr Ahmad ibn Husayn al-Bayhaqi (Naysabur) 458 H.
22. Al-Hafiz Abu Bakr Ahmad ibn ‘Ali Ibn Thabit ibn Ahmad ibn Mahdi al-Shafi^i al-Khatib al-Baghdadi 463 H.
23. Al-Shaykh Abu ^Ali Hassan ibn Sa^id ibn Hassan al-Makhzumi al-Haji 463 H.
24. Al-Shaykh Abul-Qasim ^Abdul-Karim ibn Hawazin al-Qushayri 465 H.
25. Al-Shaykh Abur-Rida Muhammad ibn Mahmud al-Tarazi *dilahirkan dalam tahun 469 H.
26. Al-Mutakallim Abul-Muzaffar al-Isfarayini 471 H
27. Al-Shaykh Abu Sa^d Isma^il ibn ^Abdul-Qahir al-Atrush al-Isma^ili 471 H.
28. Al-Imam Abu Ishaq al-Shirazi 472 H.
29. Al-Shaykh Badil ibn ^Ali ibn Badil al-Barzandi 475 H.
30. Al-^Alim Abul-Qasim Isma^il ibn Mus^adah ibn Isma^il al-Isma^ili al-Jurjani 477 H.
31. Imamul-Haramayn Abul-Mu^ali ^Abdul-Malik ibn ^Abdullah al-Juwayni 478 H.
32. Al-Faqih Abu Sa^id al-Mutawalli al-Shafi^i 478 H.
33. Al-Faqih al-Husayn ibn ^Abdur-Rahman ibn al-Husayn al-Nihi al-Shafi^i 480 H.
34. Al-Shaykh Abu Muhammad Isma^il ibn al-Fudayl al-Fudayli al-Harawi 488 H.

Ulama Kurun Keenam Hijrah
1. Al-Shaykh Abul-Fath Muhammad ibn Mahmud ibn al-Hasan al-Qazwini 501 H.
2. Al-Lughawi Abul-Qasim al-Husayn ibn Muhammad (al-Rajib al-Asfahani) 502 H.
3. Al-Shaykh Abul-Fadl Muhammad ibn Qinan ibn Hamid al-Anbari 503 H.
4. Al-Imam Hujjatul-Islam Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad al-Tusi al-Ghazali 505 H.
5. Al-Shaykh Abu ^Abdillah Muhammad ibn Muhammad ibn al-Hasan ibn al-Husayn 507 H.
6. Al-Shaykh Abul-Ma^in Maymun ibn Muhammad al-Nasafi 508 H.
7. Al-Imam Abul-Qasim Sulayman (Salman) ibn Nasir al-Ansari al-Naysaburi 512 H.
8. Al-Shaykh Abul-Wafa' ^Ali ibn ^Aqil al-Baghdadi al-Hanbali 513 H.
9. Al-Shaykh Abun-Nasr ^Abdur-Rahim ibn ^Abdul-Karim al-Qushayri 514 H.
10. Al-Shaykh Abul-Fath Muhammad ibn Muhammad ibn ^Ali al-Khuzaymi 515 H.
11. Al-Shaykh Muhammad ibn ^Ali Ibn Muhammad al-Larizi 518 H.
12. Al-Muhaddith Abul-Hasan Muhammad ibn Marzuq al-Za^farani 519 H.
13. Al-Shaykh Abul-Walid Muhammad ibn Ahmad al-Maliki (datuk Ibn Rushd) 520 H.
14. Al-Muhaddith Abu Nasr Muhammad ibn Muhammad al-Fashani al-Marwazi 529 H.
15. Al-Faqih Abul-Husayn Muhammad ibn Muhammad al-Sahluki 530 H.
16. Al-Shaykh Abu ^Abdillah Muhammad ibn al-Fadl ibn Ahmad al-Farawi al-Naysaburi (Faqihul-Haram) 530 H.
17. Al-Qadi Muhammad ibn Muhammad al-Wasiti 530 H.
18. Al-Shaykh Abul-Futuh Muhammad ibn al-Fadl ibn Muhammad ibn al-Mu^tamid al-Isfarayni 533 H.
19. Al-Shaykh Abu Nasr Muhammad ibn Mahmud al-Sarakhsi 534 H.
20. Al-Shaykh Muhammad ibn al-Muntasir ibn Hafs al-Nuqani 535 H.
21. Al-Muhaddith Abu Hafs Najmud-Din ^Umar ibn Muhammad al-Nasafi 537 H.
22. Al-Shaykh Abu ^Abdillah Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad al-Madini 537 H.
23. Al-Qadi Abu Bakr Muhammad ibn al-Qasim ibn al-Muzaffar al-Shahrawarzi 538 H.
24. Al-Shaykh Abuth-Thana' Mahmud ibn Zayd al-Hanafi 539 H.
25. Al-Faqih Abu Abdillah Muhammad ibn ^Ali ibn Muhran al-Jazari 540 H.
26. Al-Qadi Abu Hashim Muhammad ibn Muhammad ibn ^Abdullah al-Sawi 541 H.
27. Al-Shaykh al-Najib Muhammad ibn Muhammad ibn Abul-Qasim al-Bukhari 542 H.
28. Al-Qadi Abu Bakr Ibn al-^Arabi al-Maliki al-Andalusi 543 H.
29. Al-Qadi ^Iyad ibn Musa al-Maliki (Marrakesh) 544 H.
30. Al-Shaykh Abus-Sa^adah Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad ibn al-Qasim 544 H.
31. Al-Qadi Abul-Fadl Muhammad ibn ^Umar ibn Yusuf ibn Muhammad al-Armawi 547 H.
32. Al-Shaykh Muhammad ibn ^Abdul-Karim al-Shahrastani 548 H.
33. Al-Hafiz Abu Tahir Muhammad ibn Muhammad ibn ^Abdullah al-Marwazi 548 H.
34. Al-Shaykh Abul-Fath Muhammad ibn al-Fadl ibn ^Ali al-Marishki (al-Fakhr) 549 H.
35. Al-Shaykh Abul-Hasan Muhammad ibn al-Mubarak al-Baghdadi (Ibn Abul-Baqa') 552 H.
36. Al-Shaykh Abul-Futuh Muhammad ibn Muhammad ibn ^Ali al-Hamadhani 555 H.
37. Al-Shaykh Abu ^Abdillah Muhammad ibn ^Umar ibn Muhammad ibn Muhammad al-Shashi 556 H.
38. Al-Ghawth al-Sayyid al-Shaykh Muhyid-Din Abu Muhammad ^Abdul-Qadir al-Jilani (atau al-Jaylani) ibn Abi Salih Musa ibn Abi ^Abdillah ibn Yahya al-Zahid ibn Muhammad ibn Dawud ibn Musa ibn ^Abdullah ibn Musa al-Jun ibn ^Abdullah al-Muhd ibn al-Hasan al-Muthna ibn Amirul-Mu'min ^Ali ibn Abi Talib 471 - 561 H.
39. Al-Faqih Abu Mansur Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad al-Barawi 567 H.
40. Al-Shaykh Sirajud-Din ^Ali ibn ^Uthman al-Awshi al-Hanafi 569 H.
41. Al-Hafiz Abul-Qasim ^Ali ibn al-Hasan ibn Hibatullah al-Dimashqi (Ibn ^Asakir) 571 H.
42. Al-Imam al-Sayyid Ahmad al-Rifa^i ibn al-Sultan ^Ali Abul-Hasan ibn Yahya al-Maghribi ibn al-Thabit ibn al-Hazim ibn Ahmad ibn ^Ali ibn Abul-Mukarim Rifa^ah al-Hasan al-Makki ibn al-Mahdi ibn Muhammad Abul-Qasim ibn al-Hasan ibn al-Husayn Ahmad ibn Musa al-Thani ibn al-Imam Ibrahim al-Murtada ibn al-Imam Musa al-Kazim ibn al-Imam Ja^far al-Sadiq ibn al-Imam Muhammad al-Baqir ibn al-Imam Zaynul-^Abidin ^Ali ibn al-Shahid al-Husayn ibn al-Imam ^Ali ibn Abi Talib 578 H.
43. Al-Faqih Abu Shuja^ Muhammad ibn Munjah ibn ^Abdullah 581 H.
44. Al-Hafiz Abu Musa Muhammad ibn ^Umar ibn Ahmad al-Madini 581 H.
45. Al-Shaykh Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad ibn ^Abdullah al-Shahrazuri al-Mawsuli 586 H.
46. Al-Nasir Salahud-Din al-Ayyubi 532 - 589 H.
47. Al-Shaykh Abul-Fath Muhammad Ibn Mahmud At-Tusi 590 A.H.
48. Al-Qadi Abu Shuja^ Ahmad ibn al-Husayn al-Asfahani 593 H.
49. Al-Hafiz al-Mufassir Abul-Faraj ^Abdur-Rahman ibn al-Jawzi (Baghdad) 597 H.
50. Al-Shaykh Muhammad ibn ^Ali ibn Muhammad al-^Uthmani (Ibnuz-Zaki) 598 H.
51. Al-^Imad al-Shaykh Muhammad ibn Muhammad ibn Hamid al-Asbahani (Ibn Akhil-^Aziz) 598 H.
52. Al-Shaykh Tajud-Din Muhammad ibn Hibatullah al-Makki al-Misri 599 H.

Ulama Kurun Ketujuh Hijrah
1. Al-Shaykh al-Mubarak ibn Muhammad (Ibnul-Athir) 606 H.
2. Al-Mufassir al-Mutakallim Abu ^Abdillah Muhammad Fakhrud-Din al-Razi 606 H.
3. Al-Shaykh Fakhrud-Din ibn ^Asakir 620 H.
4. Al-Shaykh Isma^il ibn Ibrahim al-Shaybani al-Hanafi 629 H.
5. Al-Mutakallim Sayfud-Din al-Amidi 631 H.
6. Al-Shaykh ^Umar al-Suhrawardi 632 H.
7. Al-Shaykh ^Abdul-Khattab ibn Dihya 633 H.
8. Al-Shaykh Jamalud-Din Mahmud ibn Ahmad al-Hasiri al-Hanafi 636 H.
9. Al-Shaykh Jamalud-Din Abu ^Amr ^Uthman ibn ^Umar al-Maliki (Ibnul-Hajib) 646 H.
10. Al-Shaykh Najmud-Din Mankubaras 652 H.
11. Al-Shaykh Abu Shama 655 H.
12. Al-Shaykh ^Abdul-^Azim al-Mundhuri (Mesir) 656 H.
13. Al-Imam al-^Izz ibn ^Abdus-Salam 660 H.
14. Al-Shaykh Muhammad ibn Ahmad al-Qurashi al-Hashimi 669 H.
15. Al-Mufassir Muhammad ibn Ahmad al-Ansari al-Qurtubi al-Maliki 671 H.
16. Al-Shaykh Diya'ud-Din Abul-^Abbas Ahmad ibn Muhammad al-Qurtubi 672 H.
17. Al-Shaykh Ahmad al-Badawi (Tanta, Mesir) 675 H.
18. Al-Hafiz Abu Zakariyya Yahya Ibn Sharif al-Nawawi (Damsyik) 676 H.
19. Al-Shaykh Zakariyya ibn Muhammad al-Ansari al-Qazwini 682 H.
20. Al-Usuli al-Shaykh Ahmad ibn Idris al-Qarafi al-Maliki 684 H.
21. Al-Qadi ^Abdullah al-Badawi (Shiraz) 685 H.
22. Al-Shaykh al-Baydawi 685 H.
23. Al-Shaykh Zaynud-Din ^Ali ibn Muhammad ibn Mansur (Ibnul-Munayyir) 695 H.
24. Al-Shaykh Muhammad al-Busiri 695 H.
25. Al-Shaykh al-Salih ^Abdullah ibn Sa^d (Ibn Abi Jamrah) 699 H.

Ulama Kurun Kelapan Hijrah
1. Al-Hafiz al-Mujtahid Taqiyyud-Din Abul-Fath Muhammad ibn ^Ali ibn Wahb al-Qushayri (Ibn Daqiqil-^Id) 702 H.
2. Al-Mutakallim Ahmad ibn ^Ata'ullah al-Iskandari al-Shadhili 709 H.
3. Al-Mufassir ^Abdullah ibn Ahmad al-Nasafi 710 H.
4. Al-Lughawi Muhammad ibn Mukarram al-Ifriqi al-Misri (Ibn Manzur) 711 H.
5. Al-Muhaddith ^Ali ibn Muhammad al-Baji al-Shafi^i 714 H.
6. Al-Qadi Safiyyud-Din al-Hindi 715 H.
7. Al-Shaykh Sharafud-Din Abun-Nur Yunus ibn Ahmad ibn Salah al-Qalqashindi 715 H.
8. Al-Qadi Sirajud-Din Yunus ibn ‘Abdul-Majid ibn ^Ali ibn Dawud al-Arminti 715 H.
9. Al-Faqih Muhammad ibn ^Umar ibn Makki (Ibnul-Murahhal) 716 H.
10. Al-Faqih Fakhrud-Din ibn al-Mu^allim al-Qurashi 725 H.
11. Al-Qadi Kamalud-Din al-Zamalkani 727 H.
12. Al-Qadi Jamalud-Din Ahmad ibn Ibrahim ibn Yusuf al-Dibaji (al-Manfaluti) 730 H.
13. Al-Qadi Badrud-Din Muhammad ibn Ibrahim (Ibn Jama^ah) 733 H.
14. Al-Shaykh Shihabud-Din Ahmad ibn Yahya ibn Isma^il al-Kilabi al-Halabi (Ibn Jahbal) 733 H.
15. Al-Shaykh ^Umar ibn Abul-Yaman al-Lakhmi al-Fakihi al-Maliki 734 H.
16. Al-Shaykh Abu ^Abdillah Muhammad ibn Muhammad al-^Abdari (Ibnul-Hajj al-Maghribi al-Maliki) 737 H.
17. Al-Mufassir ^Ali ibn Muhammad al-Khazin 741 H.
18. Al-Malik al-Nasir Muhammad ibn Qalawun 741 H.
19. Al-Hafiz Jalalud-Din Abul-Hajjaj Yusuf ibn al-Zaki ^Abdur-Rahman ibn Yusuf al-Dimashqi al-Mizzi 742 H.
20. Al-Shaykh Husayn ibn Muhammad al-Tibi 743 H.
21. Al-Shaykh ^Isa Abur-Rawh al-Zawawi 743 H.
22. Al-Shaykh Ahmad ibn ^Uthman al-Jawjazani al-Hanafi 744 H.
23. Al-Mufassir Muhammad ibn Yusuf (Abu Hayyan al-Andalusi) 745 H.
24. Al-Shaykh Fakhrud-Din Ahmad ibn al-Hasan al-Jarabardi 746 H.
25. Al-Hafiz al-Dhahabi 748 H.
26. Al-Qadi Muhammad al-Sa^di al-Misri al-Akhinna'i 750 H.
27. Al-Mujtahid al-Mutlaq Abul-Hasan ^Ali Taqiyyud-Din al-Subki 756 H.
28. Al-Imam ^Adadud-Din ^Abdur-Rahman al-Iji 756 H.
29. Al-Hafiz Salahud-Din Abu Sa^id Khalil al-^Ala'i 761 H.
30. Al-Shaykh Ahmad ibn al-Husayn ibn ^Ali al-Husayni al-Anji 765 H.
31. Al-Shaykh Muhammad ibn Isma‘il ibn Muhammad Badr al-Rashid al-Hanafi 768 H.
32. Al-Shaykh ^Abdullah ibn As^ad al-Yafi^ al-Yamani 768 H.
33. Al-Shaykh Tajud-Din Abu Nasr ^Abdul-Wahhab ibn ^Ali al-Subki 771 H.
34. Al-Faqih Ibn Batutah 779 H.
35. Al-Shaykh Muhammad ibn Yusuf al-Baghdadi al-Karmani 786 H.
36. Al-Shaykh Abu Ishaq Ibrahim ibn Musa al-Shatibi al-Andalusi 790 H.
37. Al-Shaykh Mas^ud ibn ^Umar al-Taftazani 791 H.
38. Al-Imam Muhammad al-Zarkashi 794 H.
39. Al-Shaykh Ibn Rajab al-Hanbali (Damsyik) 795 H.
40. Al-Shaykh Burhanud-Din Ibrahim al-Maliki 799 H.

Ulama Kurun Kesembilan Hijrah
1. Shaykh Ifriqiya Abu ^Abdullah ibn ^Arafah al-Tunisi al-Maliki 803 H.
2. Al-Mujtahid ^Alimul-Ard Sirajud-Din ^Umar al-Bulqini al-Shafi^i 808 H.
3. Al-Lughawi Majdud-Din Muhammad ibn Ya^qub al-Fayruzabadi 817 H.
4. Al-Hafiz Waliyyud-Din Abu Zur^ah Ahmad ibn ^Abdur-Rahim al-^Iraqi 826 H.
5. Al-Faqih Abu Bakr Taqiyyud-Din al-Husni al-Shafi^i 829 H.
6. Al-^Allamah ^Ala'ud-Din al-Bukhari al-Hanafi 841 H.
7. Al-Faqih Ibn al-Qadi Shuhbah al-Shafi^i 851 H.
8. Al-Hafiz Ahmad ibn Hajar al-^Asqalani 852 H.
9. Al-Shaykh Badrud-Din Mahmud ibn Ahmad al-^Ayni al-Hanafi 855 H.
10. Al-Shaykh Jalalud-Din Muhammad ibn Ahmad al-Mahalli 864 H.
11. Al-Shaykh Muhammad ibn Muhammad al-Hanafi (Ibn Amirul-Hajj) 879 H.
12. Al-Shaykh Burhanud-Din Ibrahim ibn ^Umar al-Baqa‘i al-Shafi^i 885 H.
13. Al-Shaykh Abu ^Abdillah Muhammad ibn Yusuf al-Sunusi 895 H.
14. Al-Shaykh Ahmad Zarruq al-Fasi al-Makki 899 H.

Ulama Kurun Kesepuluh Hijrah
1. Al-Qadi Mustafa ibn Muhammad al-Hanafi al-Rumi 901 H.
2. Al-Hafiz Muhammad ibn ^Abdur-Rahman al-Sakhawi 902 H.
3. Al-Hafiz al-Mujtahid Jalalud-Din ^Abdur-Rahman ibn Abu Bakr al-Suyuti 911 H.
4. Al-Shaykh Abul-^Abbas Shihabud-Din Ahmad ibn Muhammad al-Qastalani al-Misri 923 H.
5. Al-Qadi al-Shaykh Zakariya al-Ansari al-Shafi^i 926 H.
6. Al-Shaykh Jalalud-Din al-Dawwani 928 H.
7. Al-Shaykh Abu ^Ali Muhammad ibn ^Ali ibn ^Abdur-Rahman al-Dimashqi (Ibn ^Iraq al-Kinani) 933 H.
8. Al-Hafiz Muhammad ibn ^Ali al-Hanafi (Ibn Tulun) 953 H.
9. Al-Shaykh al-Sha^rani al-Misri 973 H.
10. Al-Shaykh Shihabud-Din Ahmad ibn Muhammad (Ibn Hajar al-Haytami) (Mekah) 907 - 974 H.
11. Al-Shaykh Muhammad al-Khatib al-Misri 977 H.
12. Al-Shaykh Ahmad ibn Muhammad al-Witri 980 H.

Ulama Kurun Kesebelas Hijrah
1. Al-Shaykh Shamsud-Din al-Ramli 1004 H.
2. Al-Shaykh Mulla ^Ali al-Qari 1014 H.
3. Al-Shaykh Mansur ibn Yunus al-Buhuti 1015 H.
4. Al-Shaykh ^Abdur-Ra'uf al-Mannawi al-Shafi^i 1029 H.
5. Al-Shaykh Burhanud-Din Ibrahim ibn Ibrahim ibn Hasan al-Laqqani al-Misri al-Maliki 1041 H.
6. Al-Shaykh Ahmad ibn Muhammad al-Maqqari al-Tillimsani al-Maliki 1041 H.
7. Al-Muhaddith Muhammad ibn ^Ali ibn ^Allan al-Siddiqi al-Shafi^i 1057 H.
8. Al-Shaykh ^Abdus-Salam ibn Ibrahim al-Laqqani al-Misri al-Maliki 1078 H.
9. Al-^Allamah Kamalud-Din al-Bayyadi al-Hanafi 1098 H.

Ulama Kurun Keduabelas Hijrah
1. Al-Shaykh Muhammad ibn ^Abdul-Baqi al-Zurqani al-Maliki 1122 H.
2. Al-Qutb Mawlana Sayyidul-Awliya' al-Shaykh al-Habib ^Abdullah ibn ^Alawi al-Haddad al-Hadrami al-Husayni al-Shafi^i 1132 H.
3. Al-Shaykh Muhammad ibn ^Abdul-Hadi al-Sindi al-Hanafi 1138 H.
4. Al-Shaykh ^Abdul-Ghani al-Nabulusi al-Dimashqi al-Hanafi 1143 H.
5. Al-Shaykh Isma^il ibn Muhammad al-^Ajluni 1087 - 1162 H.
6. Al-Musnid al-Muhaddith al-Shaykh Ahmad Waliyullah al-Dahlawi al-Hanafi 1176 H.

Ulama Kurun Ketigabelas Hijrah
1. Al-Shaykh Abul-Barakat Ahmad ibn Muhammad al-Dardir al-Maliki al-Misri 1201 H.
2. Al-Hafiz al-Sayyid Muhammad Murtada al-Zabidi al-Hanafi 1205 H.
3. Al-Mufti Muhammad Khalil al-Muradi 1206 H.
4. Al-^Allamah Muhammad ^Arafah al-Dusuqi 1230 H.
5. Mawlana Khalid ibn Ahmad al-Naqshabandi 1242 H.
6. Al-Faqih Muhammad Amin ibn ^Umar al-Hanafi (Ibn ^Abidin) 1252 H.
7. Al-Muhaddith ^Abdul-Latif FathuLlah al-Hanafi 1260 H.
8. Al-Shaykh Muhammad ^Uthman al-Mayraghani al-Makki al-Hanafi 1268 H.
9. Al-Muhaddith Muhammad ibn Darwish al-Hut al-Husayni al-Bayruti 1276 H.
10. Al-Shaykh Ibrahim al-Bayjuri al-Shafi^i 1277 H.
11. Al-Shakh Ahmad Marzuqi al-Maliki al-Makki [masih hidup pada] 1281 H.
12. Al-Shaykh Baha'ud-Din Muhammad Mahdi ibn ^Ali al-Sayyadi al-Husayni (al-Rawwas) 1287 H.
13. Al-Shaykh ^Umar ibn Muhammad al-Ansi al-Bayruti 1293 H.
14. Al-Shaykh ^Abdul-Ghani al-Ghanimi al-Maydani al-Hanafi 1298 H.
15. Al-Mutakallim ^Abdullah ibn ^Abdur-Rahman al-Dahlabi al-Hanafi [masih hidup pada] 1299 H.
16. Al-Shaykh Muhammad ^Ulaysh al-Maliki 1299 H.

Ulama Kurun Keempatbelas Hijrah
1. Mufti al-Shafi^iyyah fi Makkah al-Shaykh al-Sayyid Ahmad ibn Zayni Dahlan 1304 H.
2. Al-Muhaddith al-Shaykh Muhammad al-Qawuqji al-Tarabulusi al-Hanafi 1305 H.
3. Al-Shaykh Muhammad Nawawi al-Jawi al-Bantani al-Shafi^i 1316 H.
4. Al-Shaykh Mahfuz ibn al-Tarmasi al-Indunisi 1338 H.
5. Al-Mutakallim ^Abdul-^Aziz ibn ^Abdur-Rahman al-Sakandari 1317 H.
6. Al-Shaykh ^Abdul-Basit al-Fakhuri 1323 H.
7. Al-Shaykh Husayn ibn Muhammad al-Jisr al-Tarabulusi 1327 H.
8. Al-Shaykh Rajib ibn Muhammad Jamalud-Din al-Bayruti 1328 H.
9. Al-Shaykh Muhammad Abul-Huda al-Sayyadi 1328 H.
10. Al-Shaykh Isma^il al-Rumi al-Hanafi 1330 H.
11. Al-Shaykh Salim al-Bishri al-Misri al-Azhari 1335 H.
12. Al-Shaykh Ahmad ibn Muhammad ibn HabibuLlah Bamba al-Baki al-Maliki (Ahmadu Bamba) 1345 H.
13. Al-Shaykh ^Abdul-Majid al-Sharnubi al-Azhari 1348 H.
14. Al-Mufti Mustafa ibn Ahmad al-Shatti al-Hanbali al-Dimashqi 1348 H.
15. Al-Shaykh Yusuf al-Nabahani al-Bayruti 1350 H.
16. Al-Shaykh Mustafa Naja al-Shafi^i 1351 H.
17. Al-Muhaddith Anwar Shah al-Kashmiri al-Hanafi 1352 H.
18. Al-Shaykh ^Abdul-Majid al-Maghribi al-Tarabulusi 1352 H.
19. Al-Shaykh Mahmud ibn Muhammad Khattab al-Subki al-Azhari 1352 H.
20. Al-Shaykh Muhammad al-Khadar al-Shanqiti 1353 H.
21. Al-Shaykh ^Abdul-Fattah al-Tarabulusi 1354 H.
22. Al-Mufti Muhammad Bakhit al-Muti^i al-Misri 1354 H.
23. Al-Shaykh Muhammad Hasanayn Makhluf 1355 H.
24. Al-Shaykh Muhammad ibn Ibrahim al-Husayni al-Tarabulusi 1362 H.
25. Al-^Allamah al-Shaykh Yusuf al-Dijwi al-Azhari al-Misri 1367 A.H.
26. Al-Shaykh Muhammad ^Abdul-^Azim al-Zurqani 1367 H.
27. Al-^Allamah al-Shaykh Muhammad Zahid ibn Hasan al-Kawthari al-Hanafi 1371 H.
28. Al-Shaykh Mustafa Wahib al-Barudi 1372 H.
29. Al-Shaykh Salamah al-Qada^i al-Shafi^i 1376 H.
30. Al-Hafiz al-Mujtahid Ahmad ibn Muhammad ibn al-Siddiq al-Ghumari al-Maghribi 1380 H.
31. Al-Musnid Abul-Ashbal al-Habib Salim ibn Jundan al-Indunisi [masih hidup pada] 1383 H.
32. Al-Muhaddith al-Shaykh Muhammad ^Arabi al-Tabbani al-Maliki 1390 H.
33. Al-Shaykh Abu Hamid ibn Marzuq al-Makki 1390 H.
34. Al-Shaykh Muhammad al-Tahir ibn ^Ashur al-Maliki 1393 H.
35. Al-Shaykh ^Abdul-Karim al-Rifa^i al-Dimashqi 1393 H.

Ulama Kurun Kelimabelas Hijrah
1. Al-Muhaddith ^Abdullah ibn Muhammad ibn al-Siddiq al-Ghumari al-Maghribi 1413 H.
2. Musnidud-Dunya Shaykhul-Hadith Muhammad Yasin ibn ^Isa al-Fadani 1410 H.
3. Al-Hafiz al-Waliyyus-Salih al-Zahid al-Shaykh ^Abdullah ibn Muhammad al-Harari al-Shaybi 1429 H
4. Al-Shaykh Tuan Guru Hj. Abdullah bin Tuan Guru Hj. Abdul Rahman Lubuk Tapah al-Kalantani (1429 H)
5. Al-Shaykh Muhammad Nurud-Din Marbu al-Banjari al-Makki.

Ya Allah, jadikan hidupku sebagaimana kehidupan para ulama, amin ya Rabbal-^alamin bi-jah Sayyidina Muhammadinil-amin sayyidil-^ulama'il-^amilin...

SUATU PESANAN BUAT DIRI SENDIRI DAN PEMBACA:

BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DI MANA JUA ANDA BERADA DAN DALAM APA JUA KEADAAN ANDA. IKHLASLAH KETIKA MELAKSANAKAN AMAL SOLEH DAN MENINGGALKAN DOSA. JANGAN LUPA BERKATA: "SAYA TIDAK TAHU" SEKIRANYA ANDA TIDAK TAHU...