Rabu, 6 Jun 2012

AWAS MAJALAH SAYANG MUSLIM!


Ini adalah suatu peringatan kepada para ibu bapa, penjaga dan pendidik tentang penyelewengan aqidah yang ada dalam majalah Islamik untuk kanak-kanak Sayang Muslim terbitan Blue-T Publication Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, no. 51, halaman 18, iaitu dalam ruangan Kisah Rasul Allah yang bertajuk "Nabi Ibrahim". Artikel tersebut menjelaskan bahawa Nabi Ibrahim ketika baginda kecil tidak mengenal Allah sebagai tuhan yang berhak disembah sehingga kadang kala baginda terfikir bahawa bulan, bintang dan matahari adalah tuhan. Wal-^iyadhu biLlah.
              
      Ketahuilah bahawa semua para nabi dan rasul itu maksum iaitu mereka terpelihara dari semua dosa besar dan dosa kecil yang keji ketika sebelum dan selepas dibangkitkan sebagai nabi atau rasul termasuk semasa kecil atau kanak-kanak. Hal ini adalah aqidah yang telah diijmakkan oleh para ulama Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah. Pegangan bahawa seseorang nabi itu boleh berlaku suatu dosa besar seperti dosa syirik atau kufur adalah suatu kesesatan dan kekufuran!

     Sila baca artikel berkenaan Nabi Ibrahim di sambungan ini http://al-dununiyy.blogspot.com/2011/02/nabi-ibrahim-tidak-pernah-kafir.html
      
      Berikut adalah gambar kulit depan majalah Sayang Muslim dan artikel yang dimaksudkan.



SUATU PESANAN BUAT DIRI SENDIRI DAN PEMBACA:

BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DI MANA JUA ANDA BERADA DAN DALAM APA JUA KEADAAN ANDA. IKHLASLAH KETIKA MELAKSANAKAN AMAL SOLEH DAN MENINGGALKAN DOSA. JANGAN LUPA BERKATA: "SAYA TIDAK TAHU" SEKIRANYA ANDA TIDAK TAHU...