Sabtu, 9 Julai 2011

AL-IMAM AL-QURTUBI MENGKAFIRKAN PUAK MUJASSIMAH


Al-Imam Abu ^AbdiLlah Muhammad ibn Ahmad ibn Farah al-Qurtubi al-Andalusi (w. 671 H) berkata dalam kitab beliau al-Tidhkar fi Afdalil-Adhkar[1]:

كذلك يستحيل على الله أن يكون في السماء أو في الأرض إذ لو كان في شيء لكان محصورا أو محدودا، ولو كان ذلك لكان محدثا، وهذا مذهب أهل الحق والتحقيق، وعلى هذه القاعدة قوله تعالى: ( أأمنتم من في السماء ) وقوله عليه السلام للجارية: ( أين الله؟ ) قالت: في السماء فلم ينكر عليها، وما كان مثله ليس على ظاهره بل هو مؤول تأويلات صحيحة قد أبداها كثير من أهل العلم في كتبهم، وقد بسطنا القول في هذا بكتاب الأسنى في شرح أسماء الله الحسنى وصفاته العلى عند قوله تعالى: ( الرحمن على العرش استوى ). اهـ

Maknanya: “Demikian itu mustahil Allah berada di langit atau di bumi kerana jika Allah berada di sesuatu nescaya Dia adalah suatu yang terbatas atau terhad, dan jika begitu nescaya Dia adalah suatu yang baharu. Ini mazhab Ahlul-Haqq dan tahqiq [Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah]. Dan berdasarkan kaedah ini, firman Allah ta^ala: أأمنتم من في السماء [ayat 16 dan 17: surah al-Mulk], sabdaan Nabi ^alay-his-salam kepada hamba perempuan: أين الله؟ lalu hamba perempuan itu berkata: في السماء kemudian Nabi tidak menginkari hamba perempuan, dan perkara yang semisalnya tidak berdasarkan zahirnya bahkan ia suatu yang boleh ditakwil dengan takwilan-takwilan yang benar yang sebenarnya telah dinyatakan oleh ramai ulama dalam kitab-kitab mereka. Dan sesungguhnya kami telah memuatkan bicara dalam masalah ini dalam kitab al-Asna fi Sharh Asma’ilLahil-Husna wa Sifatihil-^Ula di sisi firman-Nya: الرحمن على العرش استوى”. Intaha.


Al-Imam al-Qurtubi berkata lagi[2]:

ثم متبعوا المتشابه لا يخلو أن يتبعوه ويجمعوه طلبا للتشكيك في القرآن وإضلال العوام كما فعلته الزنادقة والقرامطة والطاعنون في القرآن، أو طلبا لاعتقاد ظواهر المتشابه كما فعلته لمجسمة الذين جمعوا ما في الكتاب والسنة مما يوهم ظاهره الجسمية حتى اعتقدوا أن الباري تعالى جسم مجسم وصورة مصورة وذات وجه وغير ذلك من يد وعين وجنب وإصبع تعالى الله عن ذلك علوا كبيرا... اهـ

Maknanya: “Kemudian para pengikut [ayat dan hadis] mutashabih tidak sunyi untuk mengikutnya dan menghimpunnya agar timbul syak terhadap al-Quran dan menyesatkan orang awam sebagaimana yang telah dilakukan oleh puak zindiq, qaramitah dan pencela al-Quran, atau [mengikutnya dan menghimpunnya] sebagai suatu tuntutan bagi pegangan dengan zahir mutashabih sebagaimana yang telah dilakukan oleh puak mujassimah yang telah menghimpun perkara-perkara yang ada di dalam al-Kitab [al-Quran] dan al-Sunnah yang terdiri daripada perkara yang mendatangkan waham kepada zahirnya yang bersifat jisim [kebendaan] sehingga mereka beriktikad bahawa [Allah] al-Bari ta^ala itu suatu jisim yang dijisimkan, suatu gambaran yang digambarkan dan berwajah dan selain itu yang terdiri daripada tangan, mata, lambung dan jari. Maha suci Allah dari perkara itu dengan setinggi-tingginya….”. Intaha.


Seterusnya al-Imam al-Qurtubi berkata[3]:

الأول: لا شك في كفرهم وأن حكم الله فيهم القتل من غير استتابة. الثاني: الصحيح القول بتكفيرهم، إذ لا فرق بينهم وبين عباد الأصنام والصور، ويستتابون فإن تابوا وإلا قتلوا كما يفعل بمن ارتد... اهـ

Maknanya: “Golongan pertama [puak zindik, qaramitah dan pencela al-Quran]: Tiada syak pada kekufuran mereka. Sesungguhnya hukum Allah kepada mereka ialah bunuh tanpa diminta bertaubat. Golongan kedua [puak mujassimah]: [pendapat yang] sahih ialah pendapat yang mentakfirkan mereka kerana tiada perbezaan di antara mereka dengan para penyembah berhala dan gambar dan mereka diminta bertaubat. Jika mereka bertaubat [maka tidak dibunuh] dan jika tidak [bertaubat] maka mereka dibunuh sebagaimana dilakukan kepada sesiapa yang telah murtad…”. Intaha.



[1] Al-Qurtubi, al-Tidhkar fi Afdalil-Adhkar, Maktabah Dar al-Bayan [Damsyik] – Dar al-Mu’ayyad [Ta’if], 1407 H, Cet. 3, hlm 22 – 23.

[2] Ibid, hlm. 309.

[3] Ibid.

Isnin, 13 Jun 2011

ALLAH ADA TANPA TEMPAT: AQIDAH SHAYKHUL-ISLAM SHAYKHUL-JAMI^IL-AZHAR MUHAMMAD IBN ^ALI AL-SHANWANI


Shaykhul-Islam ^Umdatul-Anam al-Faqih al-^Allamah wan-Nihrir al-Fahhamah Shaykhul-Jami^il-Azhar al-Shaykh Muhammad ibn ^Ali al-Shafi^i al-Shanwani (w. 1233 H) berkata dalam kitab beliau Hashiyah ^ala Mukhtasar Ibn Abi Jamrah lil-Bukhari (Maktabah wa Matba^ah Dar al-Mu^arif, Pulau Pinang, t. th. hlm 64):

قوله: (قال) أي النبي صلى الله عليه وسلم: (فإنكم ترونه): أي الله سيحانه وتعالى (كذلك): أي رؤية واضحة جلية ظاهرة منكشفة فالمراد التشبيه في الوضوح. لكن تلك الرؤية مجردة عن ارتسام صورة المرئي في البصر, وعن اتصال الشعاع بالمرئي, وعن الجهة والمكان, وعن المقابلة, لأن هذه أمور لازمة للرؤية عادة, والعقل يجوز الرؤية بدون تلك الأمور. اهـ

Maknanya: “Katanya: (Dia bersabda) iaitu Nabi sollaLlahu ^alay-hi wa sallam [bersabda]: (Maka sesungguhnya kamu akan melihat-Nya) iaitu [kamu akan melihat] Allah subhana-hu wa ta^ala (sedemikian): iaitu suatu penglihatan yang terang, nyata, jelas dan tersingkap. Maka [makna] yang dikehendaki ialah perumpamaan pada kejelasan [penglihatan]. Namun penglihatan tersebut suci dari lakaran gambaran perkara yang dilihat itu pada penglihatan, juga suci dari hubungan cahaya dengan perkara yang dilihat, suci dari sebarang arah dan tempat, suci dari berhadapan, kerana ini adalah perkara-perkara yang lazim bagi penglihatan dari segi kebiasaan, manakala akal mengharuskan penglihatan tanpa perkara-perkara tersebut”. Intaha.

Ahad, 12 Jun 2011

HUKUM ORANG YANG BERKATA: "ALLAH ITU SUATU JISIM YANG TIDAK SEPERTI JISIM-JISIM LAIN"


Al-Imam Badrud-Din Muhammad ibn Bahadar ibn ^AbduLlah al-Zarkashi (w. 794 H) di dalam kitabnya Tashniful-Masami^ bi-Jam^il-Jawami^ pada perbahasan ketujuh pada bab Ijitihad menjelaskan kata-kata al-Imam al-Mujtahid Ahmad ibn Hanbal radiyaLlahu ^an-hu (w. 231 H) dengan katanya (1):

وَنَقَلَ صَاحِبُ ((الْخِصَالِ)) مِنَ الْحَنَابِلَةِ عَنْ أَحْمَدَ أَنَّهُ قَالَ: مَنْ قَالَ-أَيْ الله- جِسْمٌ لا كَالأَجْسَامِ كَفَرَ، وَنَقَلَ عَنِ الأَشْعَرِيَّةِ أَنَّهُ يُفَسَّقُ، وَهَذَا النَّقْلُ عَنِ الأَشْعَرِيَّةِ لَيْسَ بِصَحِيْحٍ

Ertinya:

"Dan telah dinaqalkan oleh pengarang al-Khisal daripada para ulama Hanabilah daripada [al-Imam] Ahmad bahawa sesungguhnya beliau telah berkata: "Barangsiapa yang mengatakan Allah itu suatu jisim yang tidak sama dengan semua jisim [jisim-jisim yang lain] maka dia telah kafir". Dan telah dinaqalkan daripada para ulama' al-Ash^ariyyah bahawa orang yang berkata sedemikian dihukum fasiq, dan naqalan ini tidak sahih daripada para ulama al-Ash^ariyyah". Intaha.


WaLlahu a^lam.

_________________________________

(1) Tashniful-Masami^ bi-Jam^il- Jawami^, Dar al-Kutub al-^Ilmiyyah, Beirut, j. 2, hlm. 249. Kata-kata al-Imam Ahmad ini juga diriwayatkan oleh al-Imam Ibn Hamdan di dalam kitab Nihayatul-Mubtadi’in, hlm. 30.

Ahad, 6 Mac 2011

ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT: AQIDAH AL-SHAYKH MAHMUD IBN MUHAMMAD KHATTAB AL-SUBKI SHAYKH AL-AZHAR AL-SHARIF


AL-SHAYKH MAHMUD IBN MUHAMMAD KHATTAB AL-SUBKI (w. 1352 H)

SALAH SEORANG DARIPADA MASHAYIKH AL-AZHAR AL-SHARIF.


Beliau berkata dalam kitabnya Ithaful-Ka'inat bi-Bayan Madhhabis-Salaf wal-Khalaf fil-Mutashabihat (hlm. 5): "Dan adapun mazhab Salaf dan Khalaf dengan nisbah kepada ayat-ayat dan hadis-hadis mutashabihat, maka sesungguhnya telah sepakati oleh semua mereka itu bahawa Allah taala itu maha suci dari segala sifat makhluk. Oleh itu, maka tiada bagi Allah ^azz wa-jall itu suatu tempat di Arasy, tiada juga di langit dan tiada juga di selain dari dua ini. Dan Dia tidak disifatkan dengan hulul (meresap) dalam suatu makhluk, tidak juga disifatkan dengan sifat bersambungan dengan suatu makhluk, tidak juga disifatkan dengan sifat perubahan dan perpindahan dan seumpamanya dari sekalian sifat perkara baharu (mahkluk)". Intaha.

Khamis, 17 Februari 2011

NABI IBRAHIM TIDAK PERNAH KAFIR...

Sebelum dibincangkan dengan lebih lanjut tentang permasalahan ini, terlebih dahulu perlu dijelaskan tentang sifat maksum para nabi dan rasul. Seorang ulama Ahlis-Sunnah Wa al-Jama`ah yang terkemuka, al-Hafiz al-Shaykh ^Abdullah al-Harari al-^Abdariyy di dalam kitabnya:[1]

وَتَجِبُ لَهُمُ الْعِصْمَةُ مِنَ الْكُفْرِ وَالْكَبَائِرِ وَصَغَائِرِ الْخَسَّةِ قَبْلَ النُّبُوُّةِ وَبَعْدَهَا
Maksudnya:
Dan (pada akal,) wajib bagi mereka (para nabi dan rasul) maksum (terpelihara) dari kekufuran, dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil yang hina dan keji sebelum kenabian dan selepasnya

Kata-kata al-Shaykh ^Abdullah al-^Abdary tentang kemaksuman para nabi dan rasul ini adalah bersesuaian dengan ijmak para ulama Ahlis-Sunnah Wa al-Jama^ah seperti yang disebut al-Qadi ^Iyad dalam kitabnya al-Shifa jilid 2, halaman 143. Selain itu, dalam kitab yang sama di halaman 109, al-Qadi ^Iyad mengatakan:

الصَّوَابُ أَنَّهُمْ مَعْصُوْمُوْنَ قَبْلَ النُّبُوَّةِ مِنَ الْجَهْلِ بِاللهِ وَصِفَاتِهِ وَالتَّشْكِيْكِ فِيْ شَيْءٍ مِنْ ذَلِكَ
Maksudnya:
Yang tepat sebenarnya ialah para nabi itu maksum (terpelihara) sebelum menjadi nabi daripada sifat jahil dan ragu (walau sedikit sekalipun) tentang Allah dan sifat-sifat-Nya”.

Oleh itu, pernyataan beberapa kumpulan seperti Hizbut-Tahrir yang secara jelas menyebut dalam kitab mereka bahawasanya para nabi tidak maksum sebelum kenabian adalah tidak benar sama sekali. Sila rujuk kitab mereka al-Shakhsiyyah al-Islamiyyah jilid 1, halaman 120.

Seperti yang telah dijelaskan, mustahil bagi para nabi dan rasul untuk melakukan dosa-dosa kecil yang keji apatah lagi ingin mendekati kekufuran baik sebelum atau selepas kenabian mereka. Adalah tidak dapat diterima akal bagi seorang penyampai dakwah rabaniah dan pembawa misi ilahiah tidak mengenal Tuhan yang disembah. Justeru itu, kisah Nabi Ibrahim yang mencari-cari tuhannya adalah tidak benar seperti yang diceritakan oleh sesetengah pihak. Maka perlu untuk diteliti maksud ayat surah al-An^am ayat 75-80 dari tafsir ulama Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah bukan hanya sekadar memahami makna zahirnya.

Berkata al-Shaykh Abdullah al-Abdary pada halaman yang sama:

"وَقَوْلُ اِبْرَاهِيْمَ عَنِ الْكَوْكَبِ حِيْنَ رَءَاهُ: ( هَذَا رَبِّيْ) هُوَ عَلَى تَقْدِيْرِ الاِسْتِفْهَامُ الإِنْكَارِيُّ فَكَأَنَّهُ قَالَ: أَهَذَا رَبِّيْ كَمَا تَزْعُمُوْنَ, ثُمَّ لَمَا غَابَ قَالَ: (لا أُحِبُّ الافِلِيْنَ). أَيْ لا يَصْلُحُ أَنْ يَكُوْنَ هَذَا رَبًّا, فَكَيْفَ تَعْتَقِدُوْنَ ذَلِكَ؟
Maksudnya:
Dan berkata Ibrahim tentang planet atau bintang ketika melihatnya: (Ini tuhanku) ialah dalam bentuk pertanyaan inkari (pertanyaan untuk menyanggah dan bukan untuk meminta jawapan) iaitu seolah-olah baginda berkata: "Adakah ini tuhanku seperti yang kamu sangkakan?", kemudian ketika bintang tersebut hilang baginda berkata: (Aku tidak suka kepada yang terbenam) yakni yang hilang atau terbenam itu tidak layak menjadi tuhan, lalu bagaimana kamu sekalian boleh menyembahnya?

Makna kalimah ''Ini Tuhanku'' semestinya diertikan dengan ''Inikah Tuhanku?''. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Imam Abu Hayyan al-Andalusi dalam tafsirnya al-Nahrul Mad jilid 1, halaman 706 :
وَلا يُرِيْدُ بِذَلِكَ الإِعْتِقَادِ وَإِنَّمَا ذَلِكَ مِثْلُ أَنْ تَرَىْ رَجُلا ضَعِيْفُ الْقُوَّةِ لا يَكَادُ يَنْهَضَ فَيَقُوْلَ إِنْسَانٌ هَذَا نَاصِرَتِيْ مِثْلُ هَذَا
Maksudnya:
"Perkataan Nabi Ibrahim, hadha rabbi (ini Tuhanku) bukanlah pernyataan keyakinan bahawa bintang, bulan dan matahari adalah Tuhannya. Hal ini diibaratkan seperti ketika kamu melihat orang lemah yang tak mampu berdiri, lalu anda mengatakan hadha nasirati mithlu hadha (seperti ini penolongku?)''.

Selain itu, kisah Nabi Ibrahim yang mencari-cari Tuhannya juga telah disanggah oleh al-Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya, al-Jami^ li Ahkam al-Qur'an. Ketika mentafsirkan ayat tersebut, beliau menyebut bahawa terdapat beberapa pendapat tentang firman Allah { قَالَ هَـٰذَا رَبِّي }. Antaranya ialah pendapat yang mengatakan Nabi Ibrahim menyembah bintang, matahari dan bulan sehingga hilang. Maka pendapat ini ditolak oleh beliau dengan menyebut:


غَيْرُ جَائِزٍ أَنْ يَكُوْنَ لِلَّهِ تَعَالَى رَسُوْلٌ يَأْتِيْ عَلَيْهِ وَقْتٌ مِنَ الأَوْقَاتِ إِلا وَهُوَ لِلَّهِ تَعَالَى مُوَحِّدٌ وَبِهِ عَارِفٌ ، وَمِنْ كُلِّ مَعْبُوْدٍ سِوَاهُ بَرِيْءٌ. قَالُوْا : وَكَيْفَ يَصِحُّ أَنْ يَتَوَهَّمَ هَذَا عَلَى مَنْ عَصَمَهُ اللهُ وَآتَاهُ رَشْدَهُ مِنْ قَبْلَ ، وَأَرَاهُ مَلَكُوْتَهُ لِيَكُوْنَ مِنَ الْمُوْقِنِيْنَ ، وَلا يَجُوْزُ أَنْ يُوْصَفَ بِالْخُلُوِّ عَنِ Huruf condongالْمَعْرِفَةِ ، بَلْ عَرَفَ الرَّبَّ أَوَّلَ النَّظَر
Maksudya:
Tidak harus bagi Allah mendatangkan seorang rasul yang tidak mentauhidkan dan mengenali-Nya, dan setiap manusia semuanya tidak berdosa (ketika lahir). Berkata: dan bagaimana ada golongan yang menyangka perkara tersebut (kisah nabi mencari tuhannya) ke atas manusia yang dipelihara oleh Allah dan diberikan petunjuk sebelum kerasulannya, dia melihat kekuasaan-Nya untuk menjadi yakin dan tidak boleh menganggap dia tidak mengenal Allah bahkan dia terlebih dahulu mengenal tuhannya”.

Antara ulama tafsir lain yang sependapat dengan al-Imam al-Qurtubi ialah al-Imam Fakhrud-Ddin al-Razi dalam tafsirnya, Mafatihul Ghaib (al-Tafsir al-Kabir), al-Imam al-Baydawi dan ramai lagi. Sebenarnya ayat dari surah al-An`am ayat 76-78 adalah dalam konteks Nabi Ibrahim berhujah dan berdebat dengan kaumnya, yakni kaum Harran yang cenderung terhadap ilmu astronomi, bahkan mereka sampai menyembahnya (bintang, bulan, dan matahari). Oleh sebab itu, Allah mengutuskan Nabi Ibrahim kepada mereka dengan membawa hujjah qawiyyah(hujah yang kuat). Maka Nabi Ibrahim mempersoalkan adakah layak sesuatu yang terbit lalu tenggelam, sesuatu yang berubah, dan tidak dapat memberikan manfaat dan mudarat untuk dijadikan Tuhan? Oleh karena itu, Nabi Ibrahim berkata kepada kaumnya { لا أُحِبُّ ٱلأَفِلِينَ } (aku tidak suka sesuatu yang tenggelam). Dalam kitab Tafsir al-Jalalayn karya Jalaluddin al-Mahalli dan Jalaluddin al-Suyuti dijelaskan:
''Aku tidak suka sesuatu yang tenggelam untuk dijadikan Tuhan kerana Tuhan itu tidak patut mempunyai sifat yang berubah-rubah, bertempat, dan berpindah-randah kerana sifat-sifat itu hanya layak dimiliki oleh makhluk''.

Terdapat dalil lain dari al-Quran al-Karim yang menunjukkan bahawasanya Nabi Ibrahim tidak pernah mencari atau jahil tentang Tuhannya seperti yang telah difirmankan oleh Allah taala:

Maksudnya:
Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan”. [Surah al-An^am, ayat 78]

Begitu juga pada ayat yang seterusnya:

Maksudnya:
Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Rabb yang menciptakan langit dan bumi, dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan”. [Surah al-An^am, ayat 79]

Allah taala berfirman:

Maksudnya:
Ibrahim bukanlah seorang Yahudi dan bukan (pula) seorang Nasrani, tetapi dia adalah seorang yang hanif/lurus lagi Muslim (seorang yang tidak pernah mempersekutukan Allah dan jauh dari kesesatan) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang musyrik (tidak pernah musyrik sama sekali baik sebelum menjadi nabi maupun sesudahnya)” [Surah Ali-`Imran, ayat 67]

Dan firman Allah taala lagi:

Maksudnya:
Dan sesungguhnya telah Kami anugerahkan kepada Ibrahim hidayah kebenaran sebelum (Musa dan Harun) dan adalah Kami mengetahui (keadaan)nya”. [Surah al-Anbiya’, ayat 51]

Ayat dari surah al-Anbiya’ ayat 51 ini menjelaskan bahawa sebelum Nabi Ibrahim menjalankan misi dakwahnya, dia telah diberikan iman yang kuat dan pengetahuan bahwa hanya Allah sahaja Tuhannya yang layak disembah, bukan bulan, bintang, ataupun matahari. Hal ini bersesuaian dengan kata-kata al-Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan ayat tersebut:
"قَوْلُهُ تَعَالَى: { وَلَقَدْ آتَيْنَآ إِبْرَاهِيمَ رُشْدَهُ } قَالَ الْفَرَّاءُ: أَيْ أَعْطَيْنَاهُ هُدَاهُ { مِن قَبْلُ } أَيْ مِنْ قِبَلِ النُّبُوَّةِ، أَيْ وَفَقْنَاهُ لِلنَّظَرِ وَالاِسْتِدْلالِ لِمَا جَنَّ عَلَيْهِ اللَّيْلُ فَرَأَىْ النَّجْمَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ".
Maksudnya:
"Allah berfirman: {ولقدنا اتينا ابراهيم رشده}, al-Farra’: "Iaitu Allah anugerahkannya hidayah. {مِن قَبْلُ} iaitu sebelum kenabian lagi, yaitu kami berikan petunjuk kepadanya untuk melihat bukti-bukti ketika datangnya malam maka dia melihat bintang, matahari dan bulan".

Kesimpulannya, Nabi Ibrahim yang merupakan seorang nabi dan rasul telahpun mengenal dan beriman kepada Allah ta`ala dari hari sebelum menjadi nabi sebagaimana para nabi lainnya. Ketahuilah tidak pernah ada keraguan sedikit pun baginya tentang keberadaan Allah yang tidak sama dengan makhluk dan ketuhanan hanya layak disandang oleh Allah. Sebahagian orang yang tidak amanah dengan ilmu membuat tanggapan bahwa Nabi Ibrahim suatu ketika pernah keliru dan ragu-ragu, lalu mencari siapa Tuhannya. Tanggapan ini adalah tidak benar sama sekali malah ianya merupakan satu bentuk pendustaan terhadap al-Quran. Wal-^iyadhubiLlah

Ketahuilah bahawa semua para nabi dan rasul MUSTAHIL untuk melakukan kesesatan, kekufuran, syirik, dosa besar, dan dosa kecil yang keji, baik sebelum mahupun sesudah menjadi nabi. Merekalah yang telah diutus sebagai Hudatan Muhtadin (orang yang mencerahkan dan tercerahkan) dengan menyampaikan risalah kebenaran kepada seluruh alam semesta.

___________________________

[1] Al-Shaykh ^Abdullah al-Harari, Bughyah al-Talib, hlm. 67.

SUATU PESANAN BUAT DIRI SENDIRI DAN PEMBACA:

BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DI MANA JUA ANDA BERADA DAN DALAM APA JUA KEADAAN ANDA. IKHLASLAH KETIKA MELAKSANAKAN AMAL SOLEH DAN MENINGGALKAN DOSA. JANGAN LUPA BERKATA: "SAYA TIDAK TAHU" SEKIRANYA ANDA TIDAK TAHU...