Sabtu, 13 Ogos 2011

WAHHABIYYAH BERAQIDAH SALAH BUKANNYA BERAQIDAH SALAF



Tuan Guru al-Shaykh Haji ^Abdul-Qadir ibn Haji Wangah ibn ^Abdul-Latif ibn ^Uthman Shaykhul-Ma^had al-Islami Waqaf Budi, Sekam Mai, Fatoni Darus-Salam berkata dalam kitabnya Irshadul-Jawiyyin ila Sabilil-^Ulama'il-^Amilin (Saudara Press Fatoni, t.th., hlm. 34 -35) :

"Adapun perkataannya [iaitu kata-kata Wahhabiyyah Mujassimah]: "Nabi angkat dua tangan ke pihak langit ketika berdoa itu menguatkan Tuhan duduk sebelah atas", maka ini perkataan janganlah anak-anak pakai dan mengambil guna sama sekali kerana jika sebenar seperti dia kata itu maka kita muslimin dan muslimat bersembahyang dengan tubuh badan anggota-anggota berhadap kepada BaytuLlah yang di dalam Masjid al-Haram itu jadi sangat-sangat menguatkan Tuhan ada di dalam BaytuLlah itu berertinya Rumah Allah. Maka adakah seorang pun daripada muslimin berkata dengan sebegitu[?] Yakni tak ada siapa pun daripada muslimin dan muslimat berkata dan berpegang begitu dan lagi pula langit itu qiblat muslimin dan muslimat ketika berdoa. Adapun hadith mi^raj Nabi kita sollaLlahu ^alay-hi wa sallam dan hadith malaikat Hafazoh yang termaklum kedua[-dua]nya itu, maka bukan juga menguatkan Tuhan duduk sebelah atas. [Ini] seperti juga cerita Nabi Musa ^alay-his-salam bercakap-cakap dengan Tuhan pada Bukit Tur Sina, maka tidak menguatkan Allah ta^ala duduk di situ. Dan lagi Nabi Ibrahim ^lay-his-salam tatkala keluar ia daripada api Raja Namrud berkata ia: "إني ذاهب إلى ربي سيهدين" ertinya: "Sungguhnya aku nak berjalan aku kepada Tuhan-ku lagi menu[n]juk [D]ia akan daku", yakni kepada tempat menyuruh [D]ia akan daku dengan pergi kepadanya iaitulah negeri Sham. Kemudian, kalaulah puak Mushabbihah kata zahir ayat "الرحمن على العرش استوى" itu Tuhan [du]duk pihak atas kerana Nabi sollaLlahu ^alay-hi wa sallam meng[h]adap ke langit malam mi^raj itu menguatkan Tuhan [du]duk sebelah atas dan juga malaikat Hafazoh naik turun itu pun menu[n]juk dan menguatkan Tuhan [du]duk sebelah atas juga, maka kita pun berkata zahir ayat "إني ذاهب إلى ربي سيهدين" pun menguatkan Tuhan [du]duk di negeri Sham kerana Nabi Ibrahim ^alay-his-salam meng[h]adap ia akan pihak negeri Sham maka jadi berbilang-bilang Tuhan iaitu satu di atas langit atau pihak atas pada Arasy, yang kedua di dalam BaytuLlah, yang ketiga di negeri Sham, yang keempat bersama-sama orang sembahyang dan orang memberi zakat. Tambahan pula, tiap-tiap Tuhan itu jisim yang bertempat maka di manakah lagi ada tinggal pegangan muslimin dan muslimat[?]. Apatah lagi pegangan Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah dan khalaf salaf - dengan huruf (ف) - [?], maka tinggal pegangan salah - dengan huruf (هـ) - yang diubahkan dia kepada huruf (ف) untuk menipukan orang-orang awam sebagai tarian syaitan iaitu sadurkan yang palsu beri nampak dan perasangkan eloknya..." Intaha.

SUATU PESANAN BUAT DIRI SENDIRI DAN PEMBACA:

BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DI MANA JUA ANDA BERADA DAN DALAM APA JUA KEADAAN ANDA. IKHLASLAH KETIKA MELAKSANAKAN AMAL SOLEH DAN MENINGGALKAN DOSA. JANGAN LUPA BERKATA: "SAYA TIDAK TAHU" SEKIRANYA ANDA TIDAK TAHU...