Mantan Mufti Syria Samahatush-Shaykh al-Sharif Muhammad Abul-Yusr ^Abidin al-Husayni (w. 1401 H) berkata dalam kitabnya al-Ijaz fi Ayatil-I^jaz:
اعلم أنه تقرر في دين الإسلام أن الله تعالى لا مكان له ولا زمان، وهو رب الزمان والمكان، وإنما الأمكنة التي تضاف إليه تعالى إنما تضاف للتشريف لأنه شرّفها فإنه يقال بيت الله
Maknanya: "Ketahuilah sesungguhnya telah diakui dalam agama Islam bahawa Allah taala itu tiada suatu tempat dan suatu masa bagi-Nya, dan Dia-lah Tuhan [yang mencipta dan mentadbir] masa dan tempat. Dan sesungguhnya tempat-tempat yang disandarkan kepada-Nya taala itu hanya disandarkan untuk pemuliaan kerana Dia telah memuliakan tempat-tempat tersebut. Lalu disebut "BaytuLlah" [rumah Allah]". Intaha.