Isnin, 28 November 2011

ALLAH ADA TANPA TEMPAT: AQIDAH AL-IMAM AL-HAFIZ AL-WARA^ ABU MUHAMMAD ^ABDULLAH IBN ABI JAMRAH AL-ANDALUSI
















Al-Imam al-Hafiz al-Muhaddith al-Wara^ Abu Muhammad ^Abdullah ibn Abi Jamrah al-Azadi al-Andalusi (w. 699 H) berkata dalam kitabnya Bahjatun-Nufus wa Tahalli-ha bi-Ma^rifah Ma la-ha wa Ma ^Alay-ha Sharh Mukhtasar Sahihil-Bukhari atau disebutkan dengan judul Jam^un-Nihayah fi Bad’il-Khayr wal-Ghayah[1]:

لرَّحْمَانُ عَلَى العَرَشِ اسْتَوَى)، أي استوى أمره ونهيه وما شاء من حكمه، ومثله قوله تعالى (وَجَاءَ رَبُّكَ وَالمَلَك) أي جاء أمر ربك وهذا مستعمل في ألسنة العرب كثيرا، ومما يزيد هذا بيانا وإيضاحا، أعني نفي الذات عن الحلول والاستقرار قوله عليه السلام: (لا تفضلوني على يونس بن متّى). والفضيلة قد وُجدت بينهما في عالم الحس، لأنه عليه السلام رفع حتى رقى السبع الطباق ويونس عليه السلام ابتلعه الحوت في قعر البحار، فالفضيلة موجودة مرئية في هذا العالم الحسي، ولم يكن عليه السلام لينفي شيئا موجودا حسا ولا يقول إلا حقا، فلم يبق معنا لقوله عليه السلام : لا تفضلوني على يونس. إلا بالنسبة إلى القرب من الله سبحانه، فمحمد عليه السلام فوق السبع الطباق، ويونس عليه السلام في قعر البحار وهما بالنسبة إلى القرب من الله سبحانه على حد سواء، ولو كان عز وجل مقيدا بالمكان أو الزمان لكان النبي صلى الله عليه وسلم أقرب إليه، فثبت بهذا نفي الاستقرار والجهة في حقه جل جلاله

Maksudnya: “([Firman Allah:] – Allah yang bernama – al-Rahman itu istawa atas Arasy) iaitu menyempurnakan perintah dan larangan-Nya serta hukum-Nya yang Dia kehendaki. Semisal dengan firman ini ialah firman Allah taala: (Dan Tuhan-mu dan satu malaikat itu telah datang) iaitu perintah Tuhan-mu telah datang. Dan ini suatu yang banyak digunakan di lidah bangsa Arab. Dan antara perkara yang boleh menambahkan penjelasan dan penerangan bagi hal ini – saya maksudkan – penafian zat (Allah) dari al-hulul (mengambil tempat pada makhluk) dan pengambilan tempat ialah sabda [Nabi] ^alay-his-salam: (Janganlah kamu melebihkanku ke atas Yunus ibn Matta). Dan kelebihan itu sebenarnya ada di antara kedua-dua nabi ini pada alam hissi (alam inderawi) kerana banginda [Nabi Muhammad] ^alay-his-salam telah diangkat sehingga ke tujuh lapisan langit, sedangkan Nabi Yunus ^alay-his-alam pula telah ditelan oleh ikan paus di dasar laut. Oleh itu, kelebihan tersebut adalah suatu yang wujud yang dapat dilihat di alam inderawi ini. Baginda [Nabi Muhammad] ^alay-his-salam tidaklah menafikan suatu yang wujud secara inderawi sedangkan baginda hanya berkata perkara yang benar. Maka tiada suatu makna yang masih kekal bagi sabda [Nabi] ^alay-his-salam ini (Janganlah kamu melebihkanku ke atas Yunus..) melainkan dengan penyandaran kepada kedekatan dengan Allah. Oleh itu, Nabi Muhammad ^alay-his-salam yang berada di atas tujuh lapisan langit dan Nabi Yunus ^alay-his-salam berada di dasar laut dan kedua-dua nabi ini dengan penyandaran kepada kedekatan dengan Allah subhana-hu di atas suatu batas yang sama. Sekiranya [Allah] ^azza wa jall itu ada-Nya berkait dengan tempat atau masa nescaya Nabi sollaLlahu ^alay-hi wa sallam itu lebih dekat dengan-Nya. Dengan ini, maka telah tetap penafian pengambilan tempat dan arah pada hak-Nya jalla jalalu-hu”. Intaha.


[1] Bahjatun-Nufus wa Tahalli-ha bi-Ma^rifah Ma la-ha wa Ma ^alay-ha Sharh Mukhtasar Sahihil-Bukhari, Matba^ah al-Sidq al-Khayriyyah, Mesir, juz. 3, hlm. 176.

SUATU PESANAN BUAT DIRI SENDIRI DAN PEMBACA:

BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DI MANA JUA ANDA BERADA DAN DALAM APA JUA KEADAAN ANDA. IKHLASLAH KETIKA MELAKSANAKAN AMAL SOLEH DAN MENINGGALKAN DOSA. JANGAN LUPA BERKATA: "SAYA TIDAK TAHU" SEKIRANYA ANDA TIDAK TAHU...