Sabtu, 9 Julai 2011

AL-IMAM AL-QURTUBI MENGKAFIRKAN PUAK MUJASSIMAH


Al-Imam Abu ^AbdiLlah Muhammad ibn Ahmad ibn Farah al-Qurtubi al-Andalusi (w. 671 H) berkata dalam kitab beliau al-Tidhkar fi Afdalil-Adhkar[1]:

كذلك يستحيل على الله أن يكون في السماء أو في الأرض إذ لو كان في شيء لكان محصورا أو محدودا، ولو كان ذلك لكان محدثا، وهذا مذهب أهل الحق والتحقيق، وعلى هذه القاعدة قوله تعالى: ( أأمنتم من في السماء ) وقوله عليه السلام للجارية: ( أين الله؟ ) قالت: في السماء فلم ينكر عليها، وما كان مثله ليس على ظاهره بل هو مؤول تأويلات صحيحة قد أبداها كثير من أهل العلم في كتبهم، وقد بسطنا القول في هذا بكتاب الأسنى في شرح أسماء الله الحسنى وصفاته العلى عند قوله تعالى: ( الرحمن على العرش استوى ). اهـ

Maknanya: “Demikian itu mustahil Allah berada di langit atau di bumi kerana jika Allah berada di sesuatu nescaya Dia adalah suatu yang terbatas atau terhad, dan jika begitu nescaya Dia adalah suatu yang baharu. Ini mazhab Ahlul-Haqq dan tahqiq [Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah]. Dan berdasarkan kaedah ini, firman Allah ta^ala: أأمنتم من في السماء [ayat 16 dan 17: surah al-Mulk], sabdaan Nabi ^alay-his-salam kepada hamba perempuan: أين الله؟ lalu hamba perempuan itu berkata: في السماء kemudian Nabi tidak menginkari hamba perempuan, dan perkara yang semisalnya tidak berdasarkan zahirnya bahkan ia suatu yang boleh ditakwil dengan takwilan-takwilan yang benar yang sebenarnya telah dinyatakan oleh ramai ulama dalam kitab-kitab mereka. Dan sesungguhnya kami telah memuatkan bicara dalam masalah ini dalam kitab al-Asna fi Sharh Asma’ilLahil-Husna wa Sifatihil-^Ula di sisi firman-Nya: الرحمن على العرش استوى”. Intaha.


Al-Imam al-Qurtubi berkata lagi[2]:

ثم متبعوا المتشابه لا يخلو أن يتبعوه ويجمعوه طلبا للتشكيك في القرآن وإضلال العوام كما فعلته الزنادقة والقرامطة والطاعنون في القرآن، أو طلبا لاعتقاد ظواهر المتشابه كما فعلته لمجسمة الذين جمعوا ما في الكتاب والسنة مما يوهم ظاهره الجسمية حتى اعتقدوا أن الباري تعالى جسم مجسم وصورة مصورة وذات وجه وغير ذلك من يد وعين وجنب وإصبع تعالى الله عن ذلك علوا كبيرا... اهـ

Maknanya: “Kemudian para pengikut [ayat dan hadis] mutashabih tidak sunyi untuk mengikutnya dan menghimpunnya agar timbul syak terhadap al-Quran dan menyesatkan orang awam sebagaimana yang telah dilakukan oleh puak zindiq, qaramitah dan pencela al-Quran, atau [mengikutnya dan menghimpunnya] sebagai suatu tuntutan bagi pegangan dengan zahir mutashabih sebagaimana yang telah dilakukan oleh puak mujassimah yang telah menghimpun perkara-perkara yang ada di dalam al-Kitab [al-Quran] dan al-Sunnah yang terdiri daripada perkara yang mendatangkan waham kepada zahirnya yang bersifat jisim [kebendaan] sehingga mereka beriktikad bahawa [Allah] al-Bari ta^ala itu suatu jisim yang dijisimkan, suatu gambaran yang digambarkan dan berwajah dan selain itu yang terdiri daripada tangan, mata, lambung dan jari. Maha suci Allah dari perkara itu dengan setinggi-tingginya….”. Intaha.


Seterusnya al-Imam al-Qurtubi berkata[3]:

الأول: لا شك في كفرهم وأن حكم الله فيهم القتل من غير استتابة. الثاني: الصحيح القول بتكفيرهم، إذ لا فرق بينهم وبين عباد الأصنام والصور، ويستتابون فإن تابوا وإلا قتلوا كما يفعل بمن ارتد... اهـ

Maknanya: “Golongan pertama [puak zindik, qaramitah dan pencela al-Quran]: Tiada syak pada kekufuran mereka. Sesungguhnya hukum Allah kepada mereka ialah bunuh tanpa diminta bertaubat. Golongan kedua [puak mujassimah]: [pendapat yang] sahih ialah pendapat yang mentakfirkan mereka kerana tiada perbezaan di antara mereka dengan para penyembah berhala dan gambar dan mereka diminta bertaubat. Jika mereka bertaubat [maka tidak dibunuh] dan jika tidak [bertaubat] maka mereka dibunuh sebagaimana dilakukan kepada sesiapa yang telah murtad…”. Intaha.



[1] Al-Qurtubi, al-Tidhkar fi Afdalil-Adhkar, Maktabah Dar al-Bayan [Damsyik] – Dar al-Mu’ayyad [Ta’if], 1407 H, Cet. 3, hlm 22 – 23.

[2] Ibid, hlm. 309.

[3] Ibid.

SUATU PESANAN BUAT DIRI SENDIRI DAN PEMBACA:

BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DI MANA JUA ANDA BERADA DAN DALAM APA JUA KEADAAN ANDA. IKHLASLAH KETIKA MELAKSANAKAN AMAL SOLEH DAN MENINGGALKAN DOSA. JANGAN LUPA BERKATA: "SAYA TIDAK TAHU" SEKIRANYA ANDA TIDAK TAHU...