Ahad, 18 September 2011

ALLAH ADA TANPA TEMPAT: AQIDAH AL-SHAYKH DAWUD AL-FATANI (SYEIKH DAUD FATONI)

Al-Shaykh Dawud ibn Abdullah al-Fatani berkata dalam kitabnya al-Durruth-Thamin[1]:

“Maka wajib atas mukallaf menafikan daripada Allah Tuhan sekalian alam daripada serupai akan Dia dengan segala yang baharu seperti jirim dan ^arad dan yang melazimkan bagi jirim dan ^arad (dan) lazim bagi jirim itu empat perkara iaitu baharu dan bersusun dan mengambil lapang [ruang atau tempat] dan qabul bagi ^arad seperti maqadir [ukuran dan sukatan] dan jihah [arah] dan zaman dan hampir dan jauh dan kecil dan besar dan bersentuh dan bergerak dan diam…”. Intaha.


[1]Al-Shaykh Dawud al-Fatani, al-Durruth-Thamin, Percetakan Almuarif Sdn Bhd, Pulau Pinang, t. th., hlm. 23.

SUATU PESANAN BUAT DIRI SENDIRI DAN PEMBACA:

BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DI MANA JUA ANDA BERADA DAN DALAM APA JUA KEADAAN ANDA. IKHLASLAH KETIKA MELAKSANAKAN AMAL SOLEH DAN MENINGGALKAN DOSA. JANGAN LUPA BERKATA: "SAYA TIDAK TAHU" SEKIRANYA ANDA TIDAK TAHU...