Berikut adalah beberapa petua yang amat wajar diikuti:
- Dapatkan cara sebutan yang tepat daripada guru yang dipercayai secara talaqqi mushafahah (dengan menyaksikan sendiri cara sebutan tepat dari mulut guru dan kesalahan murid pula diperbetulkan sendiri oleh guru). Ini syarat yang paling utama.
- Huruf hamzah di awal nama "Allah" hendaklah disebut "a" iaitu dengan baris atas dan jangan pula sebut "o".
- Huruf lam di tengah nama "Allah" hendaklah disebut secara tashdid iaitu tekan suara pada huruf lam selama 2 harakat (dua kali gerak jari) jangan pula diringankan.
- Selepas huruf lam ditekankan suara, maka sebutan lam di tengah nama "Allah" hendaklah dipanjangkan paling kurang sekadar 2 harakat. Pastikan anda menyebut huruf lam dan bukannya huruf waw. Jika tidak maka anda akan menyebut Awwoh atau Alwoh. Ini kesalahan yang nyata.
- Selepas itu, huruf ha' di akhir nama "Allah" hendaklah disebut dengan jelas pada tempat keluarnya iaitu di pangkal tenggorokan
PERINGATAN:
- Sila dapatkan sebutan yang tepat dari mulut guru yang dipercayai
- Sila buat teguran kepada sesiapa yang menyebut Lafzul-Jalalah secara salah jika anda mampu menegurnya
- Jika tidak mampu menegur, maka jauhi majlis zikir yang di dalamnya ada kesalahan menyebut Lafzul-Jalalah
وبالله التوفيق والهداية